30

135 10 1
                                    

“Awak betul ke nak teruskan perkahwinan kita?”

Iskandar angguk laju. Sungguh dia tak tipu. Dia betul-betul mahu meneruskan perkahwinan nya dengan Athalia. 

“Ya. Aku bersungguh-sungguh ni nak kahwin dengan kau.”

Muka Iskandar penuh keyakinan namun belum tentu dapat meyakinkan Athalia. Gadis diam seribu bahasa. Terlalu terkejut dengan apa yang Iskandar utara kan. 

“Aku tahu kau terkejut tapi demi safety kau, aku terpaksa untuk teruskan perkahwinan kita. Aku takut kalau terjadi apa-apa pada kau lagi lepas ni.”

Athalia bangun dari duduk. Dia menjauhi Iskandar. 

“Tak. Tak perlu risaukan saya. Parents saya hidup lagi, abang saya pun masih ada dekat sini. Mereka masih boleh lindungi saya. Mereka ada untuk tolong saya.”

Athalia memegang kepalanya yang terasa pusing. Dia menafikan bahawa dia memerlukan Iskandar sebagai suami.

“Tapi kami tak akan ada selalu disamping Atha.” 

Satu suara menyampuk dua insan di dalam bilik itu. Suara Tengku Mokhtar berdiri di depan pintu. Di sebelah nya ada Puan Aziah dan juga Nu'aim. Mereka berjalan menghampiri Iskandar dan Athalia. 

“Kami mungkin ada dengan adik, tapi adik kena tahu yang papa dah tua. Abang pula dah ada keluarga sendiri. Lepas ni mungkin susah untuk tengok-tengok adik, tambah-tambah kak Aisyah dah hampir nak bersalin.”

Terang lelaki tua itu. Riak wajah nya risau terpampang jelas diwajahnya. Dia sendiri mahu Athalia berkahwin dengan Iskandar. Menjadi isteri kepada lelaki yang bernama Muhammad Qays Iskandar. 

“Betul tu, dik. Sekurang-kurangnya bila papa dan abang outstation atau tak ada dekat dengan adik, Iskandar ada.”

“Kenapa semua orang beria-ria nak adik kahwin dengan Iskandar ni?!” suara Athalia nyaring kuat. Bergema satu ruang ini dengan jerit gadis itu. 

Semua termasuk Wazi dan Nuh yang baru tiba di muka pintu wad Athalia juga terkejut mendengar suara itu. 

“Korang dah tak sayang adik, dah taknak jaga adik? Adik ni menyusahkan korang ke sampai nak kena bagi adik pada orang lain?” Athalia menyoal. Air matanya sudah bertakung. 

Iskandar mulai risau kalau-kalau Athalia bertindak agresif sekali lagi. 

“Sudahlah Hanni tak ada dekat sini. Ingat adik tak tahu ke korang hantar Hanni ke Ireland. Sengaja rahsiakan benda ni dari adik, Kenapa?”

“Kenapa?!”

Terus jatuh deras air mata gadis itu. Sudah lama dia tahu, cuma dia sengaja pura-pura tak tahu. Ingin melihat tingkah keluarganya. 

Dia terdengar perbualan papa di luar wad dengan seseorang tentang penerbangan Hanni ke sana. Tanpa memberitahunya. Dia ni orang luarkah? 

“Bukan macam tu, Atha. Hanni minta kami rahsia kan benda ni sebab taknak kesihatan adik terkesan dengan keadaan dia.”

Puan Aziah mara ke depan, mendapatkan tangan anak Athalia. Cuba menenangkan Athalia kembali. Gadis itu sudah kembali stress. 

“Habis tu, Hanni? Dia okay ke dekat sana sorang-sorang?”

Athalia pandang muka setiap sorang di dalam bilik itu. 

“Dia tu kembar adik,. Kalau adik tak okay., dia pun tak akan okay. Kami perlukan satu sama lain. Adik cuma nak tengok kakak adik sendiri, tapi korang.. “

Athalia berhenti berkata. Dia terlalu sedih mengingatkan nasib Hanni disana seorang diri. Rindunya pada gadis irasnya itu tak terkata. 

“Keluar. Atha nak rehat. Jangan kacau Atha.” Athalia bergerak ke katilnya kemudian membaringkan tubuh membelakangi manusia-manusia yang setia berada di situ. Selimut ditarik menutup tubuhnya hingga paras leher. 

Qays Iskandar: Her Guardian Where stories live. Discover now