Langit pagi cerah di Ireland kelihatan tenang ditatap seorang gadis. Angin sepoi manja menapar pipi Hanni yang sedang duduk di taman rumah pemulihan. Gadis itu lebih memilih untuk duduk seorang diri dari bersama peneman.
Sedar tak sedar sudah sebulan Hanni berada disini. Kesihatannya juga makin membaik dari sebelum ini. Bayang-bayang ketakutan itu semakin pudar dari ingatannya.
'Everything happens for a reason, Hanni. You need to look from the opposite side so that you can see the beautiful gift behind it.'
Kata-kata doktor yang menjaganya disini masih kuat terpaku di minda.
Dia sudahpun mengikhlaskan apa yang terjadi, namun kadang-kadang ada juga masa-masa jatuhnya. Hanni cuba bertahan kuat disini seorang diri walaupun setiap hari mama dan papa menelefonnya bertanya khabar.
Tengku Mokhtar dan Puan Aziah pernah datang melawatnya disini namun Hanni enggan berjumpa mereka. Bila ditanya sebabnya, dia hanya menjawab dia belum bersedia mahu berjumpa mereka.
Dia tak mahu mereka memandangnya dengan tatapan simpati. Biarlah dia belajar untuk kuat sendiri. Dia hanya perlukan masa.
"Miss Hanni."
Hanni menoleh bila namanya dipanggil oleh sister disitu.
"You got a very handsome guest today. Lucky you." jelas sister itu. Hanni naik hairan. Tetamu? Rasanya dia sudah memberitahu keluarganya supaya tidak datang menjenguknya.
"I don't want to meet my family yet, sister. Please ask them to leave." Hanni bangun dari duduknya ura-ura mahu masuk ke dalam semula. Moodnya sudah terganggu.
"He's not your fam, he is someone that really important for you, I guess. Please, go see him first. He waits for you in guest room." sister itu cuba memujuk Hanni.
'Not your fam.'
Makin hairan Hanni. Siapa yang penting sangat sampai sister ni memaksanya.
Mahu tak mahu Hanni berjalan ke arah guest room. Bila dia tiba disitu, dia tak melihat sesiapa kecuali tukang cuci. Hanni memanjangkan leher ke dalam cuba melihat keliling, kakinya masih tak melangkah ke dalam.
"Taknak masuk dalam ke?"
Satu suara garau dari arah belakang mengejutkan Hanni. Tiba-tiba Hanni merasa debaran yang kuat di dada. Bukan debaran kerana rasa takut, tapi rasa yang lain.
Entah rasa apa yang hadir, namun sungguh rasa itu membuatkan Hanni tak senang duduk.
Perlahan-lahan di pusing kebelakang, ingin melihat gerangan suara yang menegurnya tadi. Figura tegap lelaki berdiri tak jauh dari tempat Hanni berdiri, lelaki itu memakai tshirt polo putih dipadankan dengan seluar warna biru.
Memantapkan lagi ketampanannya.
Hanni termanggu sebentar sebelum mula bicara.
"Maaf, awak siapa ya?"
Lelaki itu senyum segaris. "Wazi. Ahmad Wazi."
---
"Kamu nak jadi apa hah Megat!"
Opah sudah naik angin di ruang tamu rumah banglo milik Tengku Mokhtar. Khabar berita dari Puan Aziah yang mengatakan bahawa Megat cuba memperkosa Athalia membuat hatinya panas.
"Memanglah opah suruh kamu dapatkan Athalia tapi bukan cara macam ni. Kamu dah gila ka? Dah tak boleh nak fikir mana betul mana tak."
"Yang opah nak marah sangat ni kenapa? Perempuan tu elok je kan. Megat tak sempat nak buat apa-apa pun, relax dah la." Megat sudah mula bosan dibebel Opah.
YOU ARE READING
Qays Iskandar: Her Guardian
Storie breviSLOW UPDATE Qays Iskandar x Hamni Athalia Dek kerana rimas dengan desakan Opah, Athalia meminta Iskandar menjadi teman lelaki upahan untuk tiga bulan. "Asal kau tak cari boyfriend yang real je? Kenapa kena contract?" "Ishh awak ni! Sebab saya tak...