“Along!”
Nu’aim duduk termenung di depan ICU. Sudah 2 jam sejak dia dan Iskandar membawa Athalia ke hospital, sejak itu juga, tiada sepatah pun yang keluar dari mulutnya mahupun Iskandar.
“Mama.. Papa.."
Puan Aziah berlari mendapat anak lelakinya. Riak wajah risau terpampang di muka. Terkejut mendapat berita dari Nu’aim bahawa Athalia dan Hanni ditemukan dalam keadaan yang tidak baik.
“Macam mana anak-anak mama? Apa yang dah jadi?”
Kedua bahu Nu’aim dipegang erat. Mata tua itu menatap dalam wajah anak sulungnya, meminta jawapan.
Nu’aim hanya menatap hiba wanita tua didepannya tika ini. Rasa serba salah mahu memberitahunya, takut wanita ini jatuh tak mampu menerima kenyataan.
Sayu saja renungannya. Matanya beralih memandang Tengku Mokhtar di belakang mama.
“Nu’aim. Cakap dengan mama, nak. Macam mana keadaan adik-adik kamu?”
Nu’aim geleng lemah.
“Hanni dah selamat cuma dia masih tak sedarkan diri. Athalia masih dekat dalam. Dia..”
Nu’aim berhenti sejenak. Tersekat suaranya mahu menyambung.
“Dia kenapa?”
“She’s in critical. Doktor tengah rawat dia lagi.”
Puan Aziah pegang dada. Terkedu dia dengar apa yang ditutur anak lelaki itu.
“Allahuakbar..”
Tengku Mokhtar sempat menyambut tubuh isterinya yang hampir merosot ke bawah. Dia juga pilu mendengar khabar itu. Digagahkan juga lututnya untuk kekal kuat demi isterinya.
Dia memndudukkan isterinya di kerusi.
“What happened to them, along?” Tengku Mokhtar bertanya.
“Papa, along tak sanggup nak cerita.”
“Bagitahu along. Papa nak tahu apa yang berlaku pada anak-anak gadis papa.”
Nu’aim meraup wajahnya kasar.
Bagaimana?
Bagaimana dia mahu bercerita pada orang tuanya kalau dia sendiri tak sanggup melihat keadaan adik-adiknya sendiri tadi?
Iskandar juga masih berdiri kaku disitu bersama Aiman. Tak tahu dari mana mahu mula bicara. Dia juga dilanda rasa sedih, andai saja dia lebih cepat sampai disana mungkin semua ini tak akan terjadi.
“Athalia, dia kena pukul teruk. Masa along jumpa dia tadi, dia dah pun pengsan. Lebam sana sini, luka.”
Nu’aim ketap bibir, sudah lepas satu bahagian. Sekarang, macam dia mahu jelaskan tentang Hanni.
“Hanni? Hanni kenapa pula?”
“Along minta maaf papa..”
Lelaki berusia 28 tahun itu berlutut didepan Tengku Mokhtar yang sedang duduk. Air mata mengalir dipipi, rasa sebak memenuhi dada.
“Along gagal lindungi adik-adik along.”
“Hanni..”
Tengku Mokhtar masih menunggu Nu’aim menghabiskan kata-katanya. Tiba-tiba rasa gementar dalam diri ini. Melihat satu-satunya anak lelakinya berlutut menangis di depannya.
Nu’aim ketap bibir sebelum menyambung ucapannya
“She was raped.”
“Allahuakbar.”
YOU ARE READING
Qays Iskandar: Her Guardian
ContoSLOW UPDATE Qays Iskandar x Hamni Athalia Dek kerana rimas dengan desakan Opah, Athalia meminta Iskandar menjadi teman lelaki upahan untuk tiga bulan. "Asal kau tak cari boyfriend yang real je? Kenapa kena contract?" "Ishh awak ni! Sebab saya tak...