27

102 4 0
                                    

“Hari ni kau tak pergi melawat buah hati kau ke?” Aiman menyoal Iskandar yang duduk di sebelahnya.

Iskandar geleng saja tak berkata. Matanya masih fokus pada kaca televisyen, namun fikiran entah kemana melayang.

“Dia dah fade up la. Buah hati tak layan.” Nuh datang menyampuk dari dapur dengan segelas air di tangan. Lelaki itu kemudian melabuhkan punggung di sebelah Aiman.

Mereka bertiga berada di rumah Wazi ketika ini. Wazi? Lelaki itu masih berada di dalam bilik kerjanya.

“Biar betul kau ni? Kau dah mengalah?” Aiman pelik. Riak wajahnya masih terkejut bila nuh kata lelaki itu fade up.

“Fuh first time ni. Aku kena abadikan benda ni dalam group kita.” lelaki itu mengeluarkan telefonnya kemudian membuka kamera. Punat merah video ditekan kemudian mula merakam wajah Iskandar yang mendatar itu.

Nuh ketawa. 

“Aku pun nak record jugak lah.” Nuh bersemangat. 

Inilah saat-saat yang paling dia tunggukkan. Jarang nak boleh ‘buli’ Iskandar. Tambah-tambah Aiman pun sama naik, makin galak lah dia.

Nuh angkat telefonnya sehingga dirinya dan Iskandar memenuhi ruang skrin gaya-gaya orang selfie.

“Hari ni, tanggal 13 Jun 2024, kawan aku Qays Iskandar fade up dengan awek dia. Tengoklah muka dia yang sedih ni. Huhuhu”

Aiman gelak dengar kata-kata Nuh. Boleh tahan bodoh juga kawan dia yang satu ni.

“Alolo syedih ye wak. Takpe-takpe. No sad sad eh, buchuk-buchuk Nupan kan ada.” Aiman pula menyampuk. Tangannya naik menggomol pipi Iskandar.

Iskandar pula hanya diam, menahan diri mencekik dua makhluk yang berada di sampingnya.

“Korang merepek apa sial.” Iskandar mula rimas bila dua orang itu tak habis-habis merakamnya. Suaranya juga dikuatkan menandakan dia sedang menahan marah.

Nuh sergap bangun dari duduk menjauhi Iskandar. Fuh singa dah mengamuk takkan nak duduk dekat.

“Bila masa aku cakap yang aku dah mengalah?”

“Lah belum ke? Dah tu asal kau tak pergi jenguk dia?” Aiman menyimpan kembali telefon ke dalam saku.

“Kejap lagi aku pergi. Aku nak rehatkan otak aku kejap.”

Aiman dan Nuh duduk semula, mereka berdua berpandangan satu sama lain sebelum menoleh semula pada Iskandar. Lelaki itu duduk bersandar sambil menutup mata  dengan tangannya sendiri.

Nampak sangatlah penat tu.

Dua lelaki tadi pun naik pelik. Selalunya pemuda itu tak pernah merungut soal kerja, malah dia lebih suka kalau dia sibuk bekerja. Tapi kali ini reaksi lelaki itu sangat tidak biasa bagi mereka berdua.

“Kau kenapa weh? Ada something jadi ke dekat office kau?” Aiman kembali ke mode serius.

“Tak ada apa-apa lah.” Iskandar menidakkan perkara itu. Tak mahu bercerita pada mereka.

Sebenarnya dia tadi baru saja bertemu dengan Megat di pejabatnya. Iskandar cuba berunding tentang projek terbaharu mereka itu, namun Megat masih tak mahu menukarkan usulnya.

Akhirnya Iskandar mengambil keputusan untuk membatalkan saja kerjasama mereka dengan MP Holding.

Iskandar beranggapan Megat akan mengalah sampai situ saja, tapi jangkaannya tidak. Bahkan Megat telah mengugut Iskandar dengan keselamatan Athalia.

Jujur.

Iskandar tak takut dengan ugutan Megat, dia hanya risaukan keselamatan Athalia saja.

Namun begitu, meneruskan projek gila dengan syarikat Megat bukanlah benda main, silap-silap boleh memakan syarikatnya.

Qays Iskandar: Her Guardian Where stories live. Discover now