Athalia bertegur sapa dengan beberapa klien nya yang sedang menjamu selera dengan hidangan simple yang disediakan, ditemani Najihah.
"I guess, malam ni aku akan jumpa jodoh aku." bisik Najihah perlahan di telinga Athalia apabila mereka sedikit jauh dari Dato' Omar dan isterinya.
"Najihah, aku lupa nak tanya mana kau beli keyakinan kau ni. Confident sangat la."
"Nyenyenye. Apapun, wish me luck." ujar Najihah masih dalam mood gediknya. Mata diliarkan memandang sekeliling dewan makan, mencari 'rezeki'.
Athalia menggeleng kepala melayani sikap benget kawannya yang satu ini. Najihah malam ini sudah berdandan secantik boleh tapi tidak terlalu over. Masih kekal cantik naturalnya itu.
Selama mereka bersalam-salaman dengan tetamunya, Athalia terpegun dengan sosok berada di depannya kini.
Qays Iskandar.
Lelaki itu memegang sejambak bunga mawar menghadapnya dengan semanis-manis senyuman yang lelaki itu ada.
"Iskandar? Apa awak buat kat sini?"
Dia menghampiri lelaki itu. Najihah mengekorinya dari belakang mendekati Athalia lalu menunduk sedikit menyapa Iskandar.
"Dato'.."
Terkejut Athalia mendengar sapaan dari gadis disebelahnya itu.
'Dato' ?'
Dia memandang Najihah, meminta penjelasan dari gadis itu. Najihah membalas lirikan mata Athalia polos lalu tersedar dengan maksud pandangan bos nya.
"Oh ya, Atha. Ini owner hotel ni, Dato' Muhammad Qays Iskandar. Haritu kau tak join meeting agreement dengan aku kan, so inilah orangnya."
'Owner?!' Athalia benar-benar terkejut dengan fakta yang dimuntahkan Najihah. Mata gadis itu melirik Iskandar tak percaya.
"Hai Cik Athalia. Finally, kita berjumpa juga ya." - Iskandar
"Nah. Untuk kau." jambangan bunga dihulur kepada Athalia, lambat-lambat Athalia menerima huluran itu. Lama mereka melawan anak mata masing-masing tak mahu kalah.
Najihah yang senantiasa disisi memandang dua makhluk itu bergilir. Dia tersenyum kera.
"Ehem! Dah-dah la tu lawan mata, bila nak talking stage pulak." usik Najihah membuat mereka berdua tersentak. Athalia malu apabila ditegur Najihah begitu.
'Habis la mahu kena bahan aku dengan minah ni nanti.'
"Saya minta diri dulu, ya. Enjoy your night!"
Athalia menahan tangan Najihah yang berniat meninggalkan dirinya bersama Iskandar. Mata sengaja dijegil pada Najihah menakuti gadis itu,
Namun gadis itu buat tak endah.
Tangan Najihah membuat simbol 'good' menujukan pada Iskandar, tanda good luck. Athalia masih menatap belakang tubuh Najihah yang menghilang dalam keramaian itu.
"Tengku Hamni Athalia.."
Panggil Iskandar membuat Athalia berpusing kembali ke arahnya. Alangkah makin terkejutnya Athalia apabila Iskandar sudah melutut dihadapanya dengan sekotak baldu biru yang isinya seutas gelang berlian.
Athalia terkedu seketika, saraf-saraf dalam badan nya semua sudah tak berfungsi.
Menunggu Iskandar menyambung fe'el nya.
"I love the feeling and the butterfly I get when I see you smilling. I would love to smile for the rest of my life with you.."
Percayalah, tika ini, mata semua tetamu tertumpu pada mereka berdua. Kerana kedudukan Iskandar yang sedang berlutut ini ditengah-tengah hall way dewan. Di bawah chandelier mewah, diiring music ringan sesuai dengan situasi kini.
"Hamni, can you give me a chance to be the luckiest man alive?.."
"Aku.."
Athalia masih diam. Cepat Iskandar, habiskan ayat kau!
"Aku nak ajak kau kahwin dengan aku. Hidup dengan aku. Kau sudi?"
//
YOU ARE READING
Qays Iskandar: Her Guardian
ContoSLOW UPDATE Qays Iskandar x Hamni Athalia Dek kerana rimas dengan desakan Opah, Athalia meminta Iskandar menjadi teman lelaki upahan untuk tiga bulan. "Asal kau tak cari boyfriend yang real je? Kenapa kena contract?" "Ishh awak ni! Sebab saya tak...