Athalia duduk termenung sambil bersandar di kepala katil pesakit. Matanya hanya kekal melihat ke arah luar tingkap. Sudah 2 hari sejak kejadiannya ‘histeria’ di wad.
Hari ini dia hanya menghabiskan waktunya di dalam wad tanpa kunjungan dari sesiapa kecuali Tengku Mokhtar, Puan Aziah, along dan juga kak Aisyah.
Opah tidak pernah mengunjunginya selepas kejadian hari lalu. Megat ada juga datang, namun Nu’aim tidak membenarkan lelaki itu masuk walaupun lelaki itu bertegas.
Alih-alih Megat dihalau oleh pengawal disana.
Iskandar?
Iskandar datang. Tapi dia hanya menunggu di luar, tidak masuk ke dalam. Lelaki itu hanya mengintai dari luar cermin yang menembusi wad Athalia saja.
Athalia berkeras tak mahu bertemu lelaki itu. Dirinya masih takut untuk bertemu orang luar dek kerana trauma yang dialaminya.
Bahkan doktor lelaki yang datang untuk memeriksa keadaannya ditendang oleh Athalia.
Rasa takut masih tertanam dalam diri. Tak mungkin semudah itu dia mahu melupakan hari tragis itu.
Lamunan Athalia terganggu bila suara Puan Aziah memanggilnya. Wanita tua itu berjalan dari muka pintu dengan sekuntum bunga mawar di tangan. Dan sepucuk surat.
Tahulah dia siapa yang bagi. Tak lain tak bukan, Muhammad Qays Iskandar.
“Nah, Is bagi dekat Atha.” surat dan kertas dihulurkan pada gadis itu.
Lambat-lambat diterima juga. Ini surat dan bunga pertama untuk hari ini. Selalunya Iskandar akan memberikan 3 surat dan 3 bunga setiap hari. Pagi, tengah hari dan malam.
Namun dari semua surat yang diberikan, tidak ada satu pun yang dia baca. Bunga juga ada yang sudah layu, ada yang masih elok. Itu pun sebab Puan Aziah meletakkannya dalam pasu.
“Iskandar pesan, kalau Atha bosan atau rindu dia, bacalah surat-surat itu.”
Senyuman manis diberikan pada Athalia. Namun masih sepi saja, tidak ada balasan dari gadis itu.
Athalia tenung surat dan bunga ditangannya, tiada perasaan langsung terbit di wajahnya. Kemudian dia meletakkan barang-barang itu sebelahnya lalu
membaringkan badan.Puan Aziah hanya diam melihat tindak tanduk anaknya itu. Tercalit juga rasa sedih melihat perubahan Athalia yang ketara, padahal gadis itu dulunya riang kini segaris senyuman pun tak terlihat.
Athalia menarik selimut sehingga menutupi paras bahunya. Mata dipejam.
“Adik nak tidur ma. Penat.” Ucapnya dalam keadaan mata tertutup.
Puan Aziah mengangguk, “Okay, Atha tidur ya. Mama teman Atha dekat sini.”
Tangan tua itu naik mengusap kepala anaknya yang ditutup dengan tudung sarung. Memar lebam di muka pucat gadis itu makin pudar juga luka-lukanya semakin membaik.
Puan Aziah setia menemani Athalia kerana Athalia sekarang takut tinggal sendiri. Bahkan ketika tidur malam pun lampu utama sentiasa terbuka dan perlu ditemani.
Jika tidak, mungkin trauma nya kembali.
Sedang ralit Puan Aziah mendodoinya, Athalia celik kembali matanya. Dia memandang Puan Aziah diam.
Tiba-tiba saja tubis mata itu berair bila melihat wanita di depannya.
“Kenapa nangis ni? Adik sakit dekat mana-mana ka?” Puan Aziah panik bila air mata Athalia mengalir.
Athalia geleng, dia tak sakit. Cuma..
“Adik minta maaf, ma. Mesti mama susahkan kena jaga adik dekat sini, kena jaga Hanni. Mama mesti penat.” tangannya naik menyentuh tangan Puan Aziah yang leka mengusap kepalanya tadi.
Dia pula yang dilanda sedih. Akhirnya gadis ini mahu bercakap, sudah lama tak dengar suaranya. Kali terakhir dengar semasa dia pertama kali sedar.
“Tak. Mama tak penat pun sayang. Mama dah biasa jaga adik dengan kakak serentak dari kecil, tak penat pun.” jelasnya.
“Mama.”
“Ya.” Mata Puan Aziah bersinar menunggu gadis itu menyambung ayatnya.
“Hanni macam mana? Dia tak apa-apa kan?”
Wanita itu diam. Tak tahu nak menjawab apa bila mendapat pertanyaan itu dari Athalia.
Hanya Athalia saja yang belum tahu keberadaan Hanni di Ireland.
Sudah seminggu gadis itu diterbangkan ke Ireland ditemani ibu saudara mereka yang asli bekerja di sana.
Hanni sendiri yang meminta agar keberadaannya dirahsiakan dahulu sehinggalah Athalia pulih.
Tak mahu Athalia tertekan jika gadis itu tahu tahap kesihatan Hanni.
"Alhamdulillah, Hanni okay je."
"Kalau okay kenapa dia tak datang jenguk adik pun?"
Mata Athalia kembali bergenang air mata.
Dia rindukan kembarnya.
"Atha.."
Puan Aziah merapat ke katil Athalia sedikit. Tangannya naik mengusap tangan mulus gadis kecil itu.
"Hanni masih lagi dalam pemantauan doktor, macam Atha. Dia kena rehat, Atha pun kena rehat. Nanti bila korang berdua dah sihat, baru la korang boleh jumpa. Buat masa sekarang, Atha kumpul tenaga dulu. Ya?"
Jatuh manik air mata Athalia. Kalau kata macam ni, mesti Hanni tak dalam keadaan yang baik.
Dia tahu dan yakin. Dia dapat rasa sesuatu berlaku pada kembarnya.
Kenapa mama tak nak bagitahu?
"Atha tidur dulu ya. Rehat banyak-banyak."
Athalia hanya mengangguk. Enggan bertanya lagi kerana dia tahu Puan Aziah tidak akan beritahunya perkara sebenar.
Mata dipejam cuba menidurkan diri sendiri. Usapan di kepala membuai Athalia.
Beberapa minit kemudian, Athalia telah masuk ke alam mimpi.
Maaf kalau ada typo. Vote tau!
Love, 💋
YOU ARE READING
Qays Iskandar: Her Guardian
Short StorySLOW UPDATE Qays Iskandar x Hamni Athalia Dek kerana rimas dengan desakan Opah, Athalia meminta Iskandar menjadi teman lelaki upahan untuk tiga bulan. "Asal kau tak cari boyfriend yang real je? Kenapa kena contract?" "Ishh awak ni! Sebab saya tak...