5

180 13 0
                                    

10:20 PM.

Iskandar masih setia dengan kerjanya yang menumpuk kerana sudah 2 hari ditinggalnya pulang ke kampung. Dia dikhabarkan oleh pembantu rumah Dato' Khalel bahawa lelaki tua itu jatuh di dalam kamar mandi. Mahu tak mahu, terpaksalah dia meninggalkan kerja untuk menemani ayah di kampung.

Iskandar mengurut lehernya beberapa kali, sesekali memusingkan kepalanya ke kiri dan ke kanan untuk mengurangkan lenguh. Terlalu lama menghadap laptop ni.

Tak lama selepas itu, telefon miliknya berdering menandakan dia menerima panggilan.

08xxxxxx

"Ai, nombor pejabat mana call aku malam-malam ni?"

Iskandar bercakap seorang diri, panggilan itu diabaikan saja. Tak mahu berkomunikasi dengan mana-mana syarikat di luar waktu kerja. Yang di depannya ini pun tak terbuat.

Sekali lagi telefonnya berdering membuatkan Iskandar naik geram. Lama-lama dia angkat jua panggilan tersebut.

"Selamat malam, saya dari Santa Residency. Boleh saya bercakap dengan Encik Muhammad Qays Iskandar?"

Suara wanita kedengaran dari corong telefon.

"Ya, saya. Ada apa ya?"

"Okay macam Encik, tadi ada seorang perempuan cari encik tapi dia tak tahu nombor rumah encik. Jadi minta saya hubungi encik. Katanya ada hal mustahak nak dibincangkan."

"Perempuan? Siapa ya?"

"Saya terlupa nak tanya nama dia tapi yang saya pasti dia stay A201."

'Hamni!' jerit hatinya. Bibirnya mula mengukir senyuman manis. Ada apa gadis ini mencarinya malam-malam macam ni. Tangannya tidak menunggu lama mula mengemas kertas-kertas kerja dan laptop ditutup lalu dimasukkan dalam beg.

Excited!

"Awak suruh dia tunggu dekat lobi dulu boleh? Dalam 30 minit saya sampai sana."

Langkah kaki dipercepat melangkah ke lift utama bangunan office. Bakal isteri nak jumpa takleh lambat-lambat, nanti kena sambar orang.

"Baiklah encik."

"Oh satu lagi, boleh awak sediakan sirap bandung ais satu then awak bagi dia minum dulu. Bakal isteri saya suka air tu."

Receptionist itu menjauhkan ganggang telefon dari telinganya dan mengerutkan dahinya.

'Eh eh banyak suruh pulak dia ni, lagipun aku tak tanya pula bakal isteri dia suka air apa.'

Dirapatkan kembali ganggang telefon itu ke telinga,

"Err, boleh-boleh. Selamat malam encik."

Iskandar mematikan panggilan. Dia menghidupkan enjin kereta dan terus menggerakkan kereta itu. Seat belt checked.

_____

Athalia menunggu Iskandar di sofa lobi dengan segelas air sirap bandung yang dihantar oleh receptionist sebentar tadi.

Tahu-tahu je aku suka air ni.

Dia meneguk air itu beberapa kali, aplikasi instagram dibuka. Perhatiannya sepenuhnya pada telefon sambil menunggu Iskandar tiba.

189 likes, 10 new followers dan 98 comments.

Apa yang orang-orang ni usya? Bukannya ada muka dia pun dalam akaun instagram ni. Kebanyakan hanya outfit sehari-hari nya saja.

"Ehem!"

Laju Athalia mendongak kepala setelah mendengar deheman lelaki dihadapannya. Mulutnya ternganga, terpesona dengan apa yang di hidangkannya sekarang ini.

Iskandar malam ni nampak lain. rambut kemas-kemas serabai, ada beberapa helai rambut yang turun menyentuh kening, tali leher dah hilang tak tersangkut pada leher, butang atas kemeja hitam dibuka satu dan lengan baju senteng. Jam tangan rolex menyerikan lagi pesona lelaki itu malam ini. Serta-

"Done checking me? Boleh aku duduk?"

Terus terhenti perbuatan Athalia yang sedari dari tadi usya Iskandar. Muka Athalia dah merah macam dah pakai dua compact blusher dah. Athalia menggaru kepala yang tak gatal.

Aduh kantoi pula.

Iskandar turut tersenyum melihat muka merah malu Athalia yang tertangkap mengusya dirinya.

Comel!

Lama-lama Iskandar mendudukkan dirinya di sofa berhadapan dengan Athalia,

"Ada apa kau nak jumpa aku ni? Dah lewat malam, penting sangat ke benda yang kau nak cakap tu?"

Athalia mengangguk,

"Saya nak jumpa awak awal tadi lagi tapi saya pun baru balik dari kerja, tu yang lewat sikit.."

"Erm, mama saya jemput awak datang rumah. Dia nak masak special untuk dinner malam esok, alang-alang dia nak kenal awak. Katanya la."

Iskandar mengangguk faham, "Tu je? Kenapa tak call aku sendiri je, whatsApp ke. Kan memudahkan kau."

"Saya dah minta kat orang tu.." mulutnya muncung menunjuk ke arah receptionist tadi,

"Tapi orang tu tak nak kasi. Itu yang saya suruh diorang call awak sendiri."

Athalia menunduk memandang kakinya sehabis mengadu kepada Iskandar. Iskandar hanya memandang wanita di hadapannya lalu menggeleng kecil kepalanya,

"Bak sini telefon kau."

Tangan dihulurkan kepada Athalia. Athalia pula mengerutkan dahinya.

"Awak nak buat apa dengan telefon saya?"

"Bagi jelah. Banyak pula songeh kau ni."

Athalia menarik muka, tangan dia menghulurkan iphone miliknya kepada Iskandar dan disambut Iskandar. Diperhatinya lelaki itu menaip sesuatu di telefon miliknya dan tiba-tiba telefon Iskandar berbunyi.

"Nah phone kau, aku dah save nombor aku dalam tu. Apa-apa call je aku, senang. Kau tak payah tunggu kat luar ni malam-malam, lama-lama. Bahaya."

Athalia mengambil telefonnya kembali, dia melihat skrin telefonnya,

'Bakal Suami Tercinta'

"Iyy gediknya!" terus Athalia mengatakan begitu pada Iskandar.

Iskandar mengangkat bahunya,

"Biarlah. Gedik-gedik ni juga la nak kat kau. Kau jangan berani nak tukar eh."

Balasan Iskandar itu disertakan dengan amaran. Athalia memuncungkan bibirnya.

"Tak payah nak muncung bibir tu, gigit baru tahu. Esok aku tunggu kau dekat sini, kita pergi sama-sama rumah papa mama."

"Language. Mama papa saya, okay."

Iskandar senyum sumbing,

"Ala, nanti jadi mama papa aku juga. Lek-lek dah ah kau."

Athalia mendengus geram, payah nak lawan lelaki gatal macam ni.

"Dah la, saya nak naik dulu. Bye, assalamualaikum."

Athalia terus membawa langkah ke arah lift meninggalkan Iskandar seorang diri di sofa.

"Waalaikumussalam kekasih tiba-tiba saya, bakal isteri saya, budak comel saya!"

Jerit Iskandar membuatkan makin laju langkah kaki Athalia ke lift. Buat malu je la mamat ni! Muka Athalia sudah merah macam dah pakai dua compact blusher, buat kali kedua hari ini. Ulah lelaki yang sama.

Tanpa mereka berdua sedari, mereka telah diperhati oleh seseorang di sofa lain tidak jauh dari tempat mereka berdua. Tangannya digenggam kuat.

//

⚪ JANGAN LUPA VOTE YE KORANG ✅

Qays Iskandar: Her Guardian Where stories live. Discover now