LASYKAR ILMI 15

77 14 22
                                    

PERCIKAN darah yang mengotori pakaiannya tidak dihiraukan. Dia lebih merisaukan tentang kecederaan yang dialami oleh sahabat seperjuangannya, Sarjan Waseem.

"Bertenang, Waseem. Ingat Allah, istighfar." Sarjan Farid berusaha menutup dengan membalut kain bersih pada luka tembakan di bahagian atas dada kiri Waseem.

Waseem menarik nafas perlahan-lahan kerana sakit pada dadanya semakin mencucuk-cucuk.

"Kenapa... Kau t-tak tinggalkan... Aku saja... Rid? K-Kenapa kau... Bahayakan... Diri kau?" Waseem yang sedang tercungap-cungap itu memegang lengan kanan Farid. Iris coklatnya menatap tepat ke dalam iris hitam milik Farid.

"Kau merepek apa ini, Waseem? Takkan aku nak tinggalkan sahabat aku untuk kepentingan sendiri?" Farid bersandar pada dinding rumah yang baru dimusnahkan oleh tentera Jentayu Emas melalui serangan udara tadi.

Nasib baiklah ahli rumah itu sempat keluar mencari tempat berlindung kerana takut dengan bunyi pesawat yang kuat.

Waseem yang terbaring lemah di sebelahnya diperhatikan dengan lirikan mata. Farid mengeluh berat.

"Waseem, jangan sesekali fikir macam itu. Dah jadi tanggungjawab aku sebagai pegawai perubatan untuk bantu sahabat-sahabat seperjuangan aku yang cedera termasuk kau. Kalau aku biarkan kau dekat situ, apa gunanya jawatan yang aku galas ini? Dan apa yang aku nak jawab bila disoal oleh Allah dekat akhirat nanti? Lagipun, kau saja sahabat aku yang masih hidup, Waseem..." ujar Farid.

Dia menahan air mata daripada tumpah. Sklera mata mula bertukar kemerahan. Gigi juga diketap kuat.

"Yang lain... T-Tewas," sambungnya lagi dengan kekuatan yang masih terkumpul di dalam hati.

"Aku... Minta maaf," ucap Waseem. Pantas tangan kiri Farid menepuk bahu Waseem dengan berhati-hati. Senyuman dilukiskan pada bibirnya yang agak kering kerana kekurangan air.

"Tak usah meminta maaf jika tidak bersalah, sahabat." Farid tergelak kecil. Waseem cuma tersenyum. Hendak gelak, tetapi dihalang oleh rasa sakit pula.

Tiba-tiba saja sebuah tembakan muncul dari arah kanan mereka. Dengan pantas Farid menggalas senapang Al-Harb 550-nya lalu mengacukan ke arah tersebut bagi tujuan melindungi Waseem yang cedera parah.

Dia menunggu musuh melancarkan satu lagi tembakan agar mudah untuknya mengesan arah yang lebih tepat. Namun begitu, tiada langsung tembakan yang dilepaskan setelah itu.

"Barangkali peluru sesat." Farid cuma membuat andaian.

"Kau yakin?" soal Waseem.

"Tak terlalu yakin. Tapi rasanya macam itulah," jawab Farid. Dia mengambil senapang milik Waseem.

"Jom, aku bawa kau ke tempat yang lebih selamat. Risau pula kalau-kalau musuh buat serangan hendap. Sudahlah tinggal kita berdua saja di sini. Pegawai lain semua dah berpecah ke tempat berbeza." Dia membantu Waseem untuk bangun lalu memapah tubuh lelaki itu dengan penuh cermat.

"Bertahan, Waseem. Kau memang akan rasa sakit bila berdiri lama. Tapi insya-Allah, kita akan sampai ke kem secepat mungkin dengan bantuan Allah," jelas Farid, tenang. Waseem mengangguk tanda faham.

- - -

"TERUSKAN serangan pada arah timur. Musuh dilaporkan semakin ramai yang berundur kerana serangan bertubi-tubi oleh kalian." Kapten Irfan yang merupakan ketua pasukan itu memberi arahan kepada semua ahli yang lain. Dan ia disambut dengan baik oleh kesemua mereka.

Peluru anti-kubu berkaliber bersaiz 12.7 milimeter dilancarkan ke arah musuh yang sedang menyelinap di runtuhan bangunan. Bunyi dentuman kuat itu diselangi dengan lafaz takbir oleh tentera Gapura Ilmi yang berada di situ.

Pada pengamatan Kapten Irfan, berkemungkinan besar ramai musuh yang berada di runtuhan bangunan itu kehilangan nyawa atau anggota tubuh masing-masing.

Bandar Al-Hikmah yang terkenal dengan jolokan kota pendidikan itu kini sudah bertukar seperti padang pertempuran. Dua buah sekolah dilaporkan telah musnah akibat diletupkan oleh Jentayu Emas.

Kira-kira 500 orang pelajar dan kakitangan guru maut dalam serangan tersebut.

Ketika mereka bersiap-sedia, sebuah tembakan dilepaskan oleh salah seorang pegawai musuh yang sedang tertiarap di atas jalan. Wajah dan tubuhnya sudah dilumuri darah, namun dia masih tidak berputus asa menembak tentera Gapura Ilmi.

Bibirnya terkumat-kamit menyebut, "Hapuskan Ilmi."

Kapten Irfan melepaskan nafas berat. Senjata Al-Harb 550 digalas lalu disasarkan pada pegawai musuh itu. Picu ditarik menyebabkan tiga butir peluru dilepaskan tepat mengenai pegawai tersebut.

Dia meronta-ronta kesakitan sebelum terbaring kaku tidak bernyawa di atas jalan. Kapten Irfan meraup muka sambil beristighfar perlahan.

— — —

Nama senapang itu saya yang cipta ya. Tiada dalam list senjata di dunia HUHUHU...

LASYKAR ILMI: FIRAZ UTHMAN 1 [C]Where stories live. Discover now