LASYKAR ILMI 20

84 14 57
                                    

SRAKK!

Laju dan cekap tangan Fakhrul mengendalikan pisau tersebut. Tubuh lelaki tegap di depan pintu yang sudah tidak bernyawa itu dicampak ke tepi. Dada Fakhrul berombak ganas menahan amarah.

Dirinya rasa tertekan apabila mendengar khabar bahawa pengkhianat sebenar tanah airnya merupakan Bendahara Tun Malik selaku ketua pentadbir Gapura Ilmi sendiri.

Fakhrul memandang tajam ke arah Malik. Sempat dia mengerling Firaz yang terbaring tidak berdaya di atas lantai itu. Semakin membuak-buak kemarahannya terhadap Jentayu Emas dan Malik.

"Perwira negara dah tiba." Malik menepuk tangan dengan bangga.

Fakhrul tidak membalas sebaliknya terus menyasarkan serangan kepada pegawai Jentayu Emas yang berada di situ. Satu demi satu tumbang tanpa dapat membalas serangan panglima Gapura Ilmi itu.

Pisaunya galak menusuk ke dalam jantung setiap mereka. Uniform Fakhrul yang dikotori darah mereka tidak dihiraukan.

Sebuah tumbukan kuat dihadiahkan pada pegawai bernama Darren. Tersembur darah keluar dari mulut Darren. Tak cukup dengan itu, dia menendang perut lelaki itu dengan kasar sehingga lelaki itu terjatuh tidak bermaya.

"Puas hati kau Malik?" Perlahan-lahan Fakhrul menapak mendekati Malik. Riak mukanya kekal tidak berperasaan.

Malik tersenyum sinis.

"Puas. Aku puas hati dengan semua yang aku buat. Termasuklah pembunuhan sultan dan kerabat kesayangan rakyat itu!" ujar Malik sambil tergelak besar.

Fakhrul mendengus geram sebelum menarik kolar baju Malik dengan kasar.

"Berani kau nak apa-apa kan aku? Hey, Fakhrul! Aku bendahara Gapura Ilmi lah! Satu luka kau bagi dekat aku, berjuta rakyat Gapura Ilmi datang bunuh kau!" Malik tidak berpuas hati dengan Fakhrul.

"Kau pasti? Kau pasti ada rakyat yang nak percayakan musuh dalam selimut macam kau?" Genggaman pada kolar baju Malik diketatkan. Malik terdiam.

"Kau pasti ke, huh?" Fakhrul menutur dengan kuat pada telinga Malik.

Malik memejamkan matanya rapat. Terasa sakit gegendang telinganya saat diperlakukan sedemikian.

Ketika itu, Fakhrul menumbuk muka Malik dengan kuat. Maryam yang melihat Malik sudah dipukul oleh suaminya terus mendekati Firaz dan melindungi anaknya.

Dia memeluk tubuh Firaz yang telah pengsan itu dengan berhati-hati. Dalam hati, dia berdoa agar suaminya dapat mengalahkan Malik dan membawa lelaki tak guna itu ke muka pengadilan.

Fakhrul terus-menerus memukul Malik. Lelaki tua itu sudah tidak mampu melawan kudrat Fakhrul. Baru dia sedar bahawa dia telah memandang rendah pada panglima perang tersebut.

Malik menolak tubuh Fakhrul sekuat hati untuk menjauhkan lelaki itu daripadanya. Dan dia berhasil membuat Fakhrul jatuh terbaring. Malik menumbuk pipi Fakhrul berkali-kali. Pecah tepi bibir Fakhrul dibuatnya.

Fakhrul pula tidak mahu dirinya berada di situasi itu terlalu lama lantas menggunakan kekuatan yang ada untuk menanduk dahi Malik. Si tua itu terjatuh di sebelah Fakhrul kerana terasa sakit.

Fakhrul menggunakan kesempatan itu untuk menyerang Malik bertubi-tubi. Kali ini, Malik pula yang berada di bawahnya.

Pisau didekatkan pada leher Malik. Malik meneguk air liur kelat. Pergerakannya terkunci dan sekiranya dia bergerak walaupun sedikit, mata pisau itu pasti akan memutuskan urat halkumnya.

"Aku... Takkan... Biar kau... Terlepas Fakhrul." Suara Malik seakan-akan tersekat pada kerongkong. Dia kemudiannya memandang ke arah pintu lalu mengukir senyuman puas.

Charles yang lengkap bersenjata dan berbaju pelindung muncul di muka pintu bersama pasukannya.

Fakhrul berpaling ke arah itu. Tatapan tajamnya membuatkan keyakinan Charles sedikit tergugat.

"Ikat ketiga mereka. Biar aku uruskan si lemah ini," arah Charles pada pasukannya untuk menangkap Maryam, Uthman dan wanita tadi.

"Usah bermimpi!" Fakhrul melepaskan Malik dan terus meluru ke arah Charles. Dia menolak tubuh Charles ke dinding lalu mengunci pergerakan lelaki itu.

"Mimpi? Untuk apa aku nak mimpi? Semuanya dah jadi kenyataan!" Charles tertawa jahat.

Fakhrul menoleh ke belakang. Terlihat isteri dan anaknya sudah diikat.

"Tak guna!" Tumbukan padu diberikan pada perut Charles.

Terasa senak perutnya saat itu. Namun Charles masih tersenyum bangga. Dia membalas tumbukan tersebut pada dada Fakhrul, tetapi Fakhrul sempat mengelak.

Waktu itu juga, dia diserang dari belakang oleh beberapa orang rakan Charles. Fakhrul jatuh ke lantai.

Charles menghalakan muncung Colt M-16nya tepat ke dahi Fakhrul.

"Kau minta aku bunuh kau ke?" soal Charles.

"Jangan bunuh dia! Baginda raja suruh tangkap dia hidup-hidup!" beritahu Malik. Charles memandang Malik sambil berdecit kecil.

Fakhrul pula laju memegang badan senapang tersebut. Dalam dia tidak perasan, Malik sudah mengarahkan Darren untuk menembak kaki Fakhrul agar dia sukar untuk bergerak.

Darren pula mengikut arahan tersebut dan menembak kedua belah kaki Fakhrul agar dia tidak boleh bergerak untuk menyerang. Fakhrul memejamkan mata rapat. Dahinya berkerut seribu.

Tangan kanan yang memegang senapang Charles itu terlepas. Dia sedaya-upaya cuba menahan rasa sakit pada kedua belah kakinya.

Maryam yang melihat suaminya ditembak pula rasa kesal kerana dirinya tidak mampu melakukan apa-apa untuk membantu.

"Ya Allah... Bantu kami." Maryam menyebut-nyebut doa itu sejak tadi.

"Ikat dia." Charles menyuruh salah seorang pegawai mengikat tangan Fakhrul.

Fakhrul tetap melawan dan cuba meronta-ronta agar dirinya tidak berjaya diikat. Charles menghela nafas kasar.

"Sekali lagi kau bergerak, anak dengan isteri kau aku habiskan!" tegas Charles.

Fakhrul menghentikan perbuatannya.

"Ya Allah... Hapuskanlah golongan seperti mereka ini. Aku mohon, ya Rabb. Aku mohon kepada-Mu..." doa Fakhrul di dalam hati. Kedua tangannya sudah diikat ketat menggunakan rantai besi.

"Bawa mereka berempat masuk dalam trak. Aku tak sabar nak tengok masing-masing merana dalam penjara itu," tutur Charles.

Beralun-alun dada Fakhrul menahan amarah yang melonjak-lonjak. Dia berasa sangat tidak berguna kerana tidak mampu melindungi ahli keluarganya dengan baik.

Dia berasa bahawa dirinya sudah gagal menjadi seorang ketua keluarga.

Dua orang pegawai mengangkat lalu mengheret tubuhnya keluar dari rumah itu. Firaz pula diangkat oleh seorang pegawai yang lain.

Charles mengarahkan tiga orang rakan sepasukannya untuk membawa Maryam dan wanita yang dijadikan hamba itu ke trak, tetapi Malik laju menahan perbuatannya.

"Tak perlu bawa mereka ke penjara. Serahkan kedua perempuan ini kepada aku. Biar aku yang ajar mereka erti hidup yang sebenar." Malik tersenyum jahat. Pelbagai jenis rancangan berduyun-duyun menghiasi layar minda.

"Kau jangan buat perkara tak senonoh pada isteri aku dan wanita itu, Malik. Jika tangan kau naik menyentuh mereka, aku bersumpah dengan nama Allah, tangan itulah yang pertama sekali terbakar di akhirat kelak!" Fakhrul betul-betul memaksudkan kata-katanya.

Wajahnya tegang tanpa secalit ketenangan seperti kebiasaannya. Dia tidak boleh menerima keadaan jika pemegang kunci hatinya dijadikan hamba murahan oleh lelaki berhati lebih teruk daripada binatang seperti Malik.

Roman putih susu Maryam yang dibasahi air mata itu ditatap resah dan sayu. Jauh di sudut hatinya, dia tidak rela membiarkan isterinya dan wanita tersebut bersendirian di situ.

"Itu bukan urusan kau!" Charles menunjal kepala Fakhrul, kasar.

"Nyawa, maruah dan keselamatan isteri dan anak aku adalah di bawah tanggungjawab aku sebagai ketua keluarga. Kau itu orang luar yang berhati busuk, tidak perlu mengganggu," balas Fakhrul.

"Diamlah!" Charles berang.

LASYKAR ILMI: FIRAZ UTHMAN 1 [C]Where stories live. Discover now