LASYKAR ILMI 27

74 13 33
                                    

[AMARAN!]
Pembunuhan tragis.

ADNAN melihat Firaz yang sedang tidur sambil memeluk arwah ayahnya dengan rasa sebak di dada. Dan ketika itu juga, Charles, Lewis dan dua orang pegawai masuk ke dalam blok penjara yanh menempatkan mereka berdua.

"Ambil si Fakhrul itu cepat-cepat. Sebelum budak Firaz ini bangun," kata Charles.

Dengan perlahan-lahan, mereka menolak Firaz ke tepi lalu mengangkat jenazah Fakhrul. Mereka membawa keluar jenazah itu tanpa menghasilkan sebarang bunyi agar Firaz tidak terjaga.

"Tidur lena ya, Firaz Uthman..." Charles mengusap rambut Firaz dengan lemah-lembut.

Jenazah Fakhrul diletakkan di dalam but trak tentera mereka. Lewis mengambil tempat di sebelah pemandu.

"Nak bawa ke mana, tuan?" soal pegawai yang memandu itu.

"Bawa saja ke Pekan Kota Ilmi. Humban jenazahnya di tengah-tengah jalan. Nanti pandai-pandai lah pegawai-pegawai dia datang ambil." Lewis menggigit dalam pipi. Pegawai itu mengangguk perlahan.

Dia memulakan pemanduan ke Kota Raya Ilmi.

Sementara pada situasi Adnan dan Rahman, Charles mengarahkan pegawainya yang lain untuk menyeksa mereka. Adnan lah yang teruk dipukul kerana mempertahankan ahli keluarganya. Rahman pula pergerakannya terbatas, jadi dia terpaksa menanggung segala yang dilakukan oleh mereka.

Isteri dan anaknya pula dibawa keluar oleh mereka. Rahman terasa dirinya gagal melindungi isteri dan anak perempuannya itu. Dia risau sekiranya mereka melakukan sesuatu yang buruk kepada kedua insan tercintanya itu.

"Tolong... Jangan rosakkan maruah isteri dan anak aku." Rahman merayu. Lewis tergelak besar.

"Kau kena ingat... Kau itu tawanan. Kami sebagai orang yang menahan kau di sini boleh lakukan apa sahaja yang kami mahu terhadap kau. Mana boleh ada tawanan yang duduk selesa dekat dalam penjara ini." Balasan Lewis membuatkan Rahman mengetap bibir menahan marah.

"Jika apa-apa berlaku pada ahli keluarga aku, tunggulah balasan untuk kau nanti," ujar Rahman.

"Kau fikir aku takut?" Lewis sengaja mencabar.

"Dah, bawa mereka ke blok belakang. Dengan isteri lelaki itu sekali." Lewis menunjuk ke arah Jameela. Mereka menurut arahan Lewis lalu mengheret ketiga wanita itu keluar dari palang besi tersebut.

"Jameela!" Adnan melaung keras. Namun dia tidak dapat menyelamatkan isterinya kerana sedang sibuk menahan serangan pegawai musuh yang lain.

Khairul pula bertindak melindungi Khalid. Dia turut melawan tentera musuh itu.

Tanpa dia sedar, seorang pegawai Jentayu Emas sudah menolak tubuh kecil Khalid sehingga terhentak kuat pada dinding. Khairul pula ditumbuk kuat pada rahangnya membuatkan dia jatuh.

"Mati kau budak!" Pegawai yang menolak Khalid tadi lantas memijak dada si kecil itu tanpa belas kasihan.

Peparu Khalid terhimpit menyebabkan dia kehilangan nafas. Darah membuak-buak keluar dari mulutnya.

"Ya Allah... Khalid." Adnan cuba menyelamatkan Khalid, namun dia pula menjadi mangsa tembakan daripada Lewis. Lelaki berkulit putih itu rasa menyampah dengan Adnan yang tak reti berputus-asa ketika melawan mereka meskipun badannya sakit-sakit.

"Allahuakbar... Anak ayah..." Adnan menarik nafasnya dalam-dalam.

Kelopak mata Khalid akhirnya tertutup rapat saat menghembuskan nafas terakhir. Adnan memejamkan mata rapat. Khairul pula sudah mengalirkan air mata.

"Adik... Ergh!" Dia disepak kuat pada perut.

Adnan pula cuba untuk bangun sambil menekup bahagian pinggangnya yang ditembak tadi.

"Kau bangun, aku tembak!" Lewis mengugut.

Adnan tidak mengendahkan amaran tersebut lalu bangun. Seperti yang dikatakan Lewis dalam ugutannya, dia lakukan. Tepat peluru yang dilepaskan mengenai dadanya. Sekali lagi Adnan rebah ke lantai.

"Astaghfirullah..." Adnan beristighfar banyak kali.

"Kau yang mencari mati kan? Itu yang kau dapat!" ujar Lewis. Adnan yang sudah nyawa-nyawa ikan itu ditatap sinis.

"Asyhadualla ilaha illallah... Waasyhadu anna Muhammadarrasulullah..." Lafaz syahadah disebut dengan nafas yang tercungap-cungap.

"Ayah, jangan tinggalkan Khairul." Khairul yang sedang memegang bahagian abdomennya yang ditendang tadi memandang ayahnya dengan pandangan sayu. Dia tak sanggup melihat semua ahli keluarganya terseksa sebegitu.

"Selamat berbahagia, Adnan." Lewis melambai-lambai ke arah Adnan.

Adnan menutup mata perlahan sebelum nafas terakhir dihela.

"Kau pula dengan Rahman, aku akan simpan dekat sini sampai reput. Biar kau berdua terus menderita," tutur Lewis.

Setelah puas dengan segalanya, mereka keluar dan mengunci palang besi itu membiarkan Rahman dan Khairul di dalam. Jenazah Adnan dan Khalid dibawa keluar bersama.

- - -

Makin lama, makin menjadi-jadi diorang ni kan?

LASYKAR ILMI: FIRAZ UTHMAN 1 [C]Where stories live. Discover now