PETA GAPURA ILMI DAN NEGARA SEKITARNYA

393 22 5
                                    

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera, semua pembaca Lasykar Ilmi: Firaz Uthman!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera, semua pembaca Lasykar Ilmi: Firaz Uthman!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Saya nak perkenalkan serba-sedikit tentang negeri-negeri yang berada di Gapura Ilmi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Saya nak perkenalkan serba-sedikit tentang negeri-negeri yang berada di Gapura Ilmi.

1. Kota Ilmi

Kota ini merupakan ibu negara bagi Gapura Ilmi. Kota ini mempunyai keluasan kawasan kira-kira 72 908 kilometer persegi.

Antara tempat-tempat di Kota Ilmi yang banyak disebut dalam cerita ini ialah;

- Desa Arif, yang dikenali sebagai 'desa orang cerdik pandai'.
- Penjara Besar Ilmi
- Pekan Kota Ilmi, terletak di tengah-tengah kota.
- Desa Ar-Raudhah
- Kem Tentera Darat Gapura Ilmi
- Markas Operasi Tentera Udara Gapura Ilmi
- Istana Besar Ilmi
- Pejabat Bendahara
- Dewan Perundangan Gapura Ilmi
- Mahkamah Tinggi Gapura Ilmi

2. Kota Raayatun Ilm

Kota ini mempunyai keluasan kawasan sekitar 46 719 kilometer persegi. Kota ini terkenal sebagai 'kota pertahanan' kerana seluruh kawasan kota ini merupakan pusat pentadbiran Angkatan Tentera Gapura Ilmi. Kota ini menyimpan pelbagai jenis senjata rahsia milik Kerajaan Gapura Ilmi.

Antara tempat yang kerap disebut di dalam cerita ini;

- Markas Operasi Bersepadu Angkatan Tentera Gapura Ilmi
- Pusat Latihan Tentera Darat Gapura Ilmi
- Pusat Latihan Tentera Udara Gapura Ilmi
- Pusat Latihan Tentera Laut Gapura Ilmi
- Pusat Latihan Briged Jihad Gapura Ilmi (komando perang)
- Kem Operasi Tentera
- Pelabuhan Angkatan Tentera Gapura Ilmi
- Lapangan Terbang Angkatan Tentera Gapura Ilmi
- Pejabat Kementerian Pertahanan Gapura Ilmi

Sedikit penambahan, Angkatan Tentera Gapura Ilmi merupakan antara angkatan tentera terkuat di dunia. Ia diiktiraf oleh negara-negara kuasa besar setelah melihat kebolehan dan keupayaan yang ada pada para tentera Gapura Ilmi yang beratus langkah ke hadapan berbanding yang lain.

Hebat, kan?

3. Kota Beit Hakim

Kota ini mempunyai keluasan kawasan sebanyak 9104 kilometer persegi. Digelar sebagai 'kota pelaut' kerana di situ merupakan penempatan para nelayan.

Tempat yang sering disebut;

- Pelabuhan Beit Hakim, merupakan pelabuhan terbesar dan termaju di Benua Citra, serta yang pertama termaju di dunia.
- Desa Samudera Ilmi, kawasan perkampungan nelayan.
-  Madrasah Al-Falah

4. Kota Fatih Al-Ilm

Kota ini digelar sebagai 'kota warisan' yang menyimpan pelbagai khazanah dan barangan dari zaman prasejarah. Kota ini mempunyai keluasan kawasan kira-kira 9550 kilometer persegi.

Antara tempat penting di kota ini ialah;

- Mathaful Ulum, muzium Gapura Ilmi.
- Masjid Al-Jauhar, masjid tertua di Gapura Ilmi.

5. Kota Baitulfikir

Kota ini mempunyai keluasan 13 672 kilometer persegi. Kota ini disebut-sebut sebagai 'kota teknologi'. Hal ini kerana, Kota Baitulfikir ini terlihat lebih moden berbanding kota yang lain. Di kota ini juga, bermacam-macam jenis peralatan dan kelengkapan canggih dicipta oleh golongan bijak yang tinggal di situ.

Antara tempat menarik ialah;

- Madinah Al-Muthawwir
- Masjid Besar Baitulfikir
- Pusat Pengajian Tinggi Jurusan Sains dan Teknologi Gapura Ilmi

6. Kota Madinatul Qalam

Kota ini mempunyai keluasan sekitar 1780 kilometer persegi. Ia digelar sebagai 'kota penulis' kerana ramai penulis dan tokoh bidang penulisan dilahirkan dari situ. Kota ini juga terkenal dengan kepelbagaian budaya dan gaya hidup penduduknya yang gemar membaca dan mempelajari bahasa asing.

Antara tempat menarik di Kota Madinatul Qalam ialah;

- Desa Warkah
- Desa Pena
- Maktab Perguruan Sultan Muhammad Amir Rasyid Abdul Aziz.

7. Kota Al-Hikmah

Dikenali sebagai 'kota pendidikan' kerana mempunyai banyak pusat pengajian dan madrasah. Keluasan kota ini adalah 8566 kilometer persegi.

Antara tempat yang sering diletakkan dalam cerita ini;

- Universiti Al-Huffaz, universiti terbesar di Benua Citra. Ia juga merupakan antara universiti terbaik dunia. Kebanyakan pelajar yang menuntut di situ datang daripada Gapura Ilmi sahaja. Pelajar dari luar negara juga ada, tetapi tidak ramai kerana mereka perlu menjalani bermacam jenis ujian dan pentaksiran untuk melayakkan diri ke dalam pusat pengajian itu.
- Madrasah Al-Qamar, antara pusat pengajian al-Quran dan Hadis yang melahirkan ramai ulama' daripada pelbagai bidang ilmu Islam.

8. Kota Kitab Al-Ilm

Merupakan 'kota perpustakaan' kerana di situlah terletaknya kutub khanah terbesar di dunia. Kota ini berkeluasan kira-kira 6687 kilometer persegi.

Tempat yang paling menarik di kota ini ialah;

- Maktabah Darul Faqih. Perpustakaan ini merupakan perpustakaan tertua dan terbesar di dunia. Di sinilah tersimpannya pelbagai jenis buku dan skrol daripada seluruh dunia. Disebabkan perpustakaan ini juga, Gapura Ilmu muncul sebagai 'negara gerbang ilmu' di persada dunia.

Selain itu, terdapat juga beberapa buah perpustakaan kecil, penempatan dan sekolah dibina di kota ini.

— — —

Haa... dah tahu serba-sedikit fasal Gapura Ilmi kan?

Kalau macam itu, selamat berkelana ke dunia Gapura Ilmi. Semoga anda yang 'masuk' ke dalam cerita ini akan menemukan iktibar dan nilai-nilai positif melalui watak-watak yang ada.

Terima kasih ya, kerana sudi meluangkan masa untuk membaca kisah yang tak seberapa ini.

Assalamualaikum!

LASYKAR ILMI: FIRAZ UTHMAN 1 [C]Where stories live. Discover now