•3•

247 15 0
                                    

Kepalanya tunduk. Matanya nampak penat. Langsung tidak dipedulikan Daisy yang duduk di sofa hadapan.

"Carl?" Panggil Daisy sedar Ezra sudah termenung jauh.

"Woi Ezra!"

Tersentak Ezra daripada lamunan. Dia angkat wajah memandang Aleeq dan Daisy. Pemikiran dia asyik melayang jauh entah ke mana. Minda dia rasa kosong. Begitu juga hati dia.

"Are you okay? Did Cecilia said something that hurt you again?" Soal Daisy dengan riak wajah risau. Lama dia tidak melihat Carl tapi rasanya Carl tidak banyak berubah. Mungkin cuma berubah penampilan sedikit tapi hati Carl sepertinya masih sama.

Ezra gelengkan kepala perlahan. Bibirnya dia paksa untuk koyakkan senyuman. Tidak mahu Daisy risau akan keadaannya. Pasti banyak lagi yang wanita itu perlu fikirkan. Dia bukannya budak kecil lagi. Dia akan selesaikan semuanya sendiri.

"Carl... if something bad happened, please share with me. I'm your fiancee" pujuk Daisy. Kenapa dia rasa yang Ezra sedang dibelenggu masalah? Kenapa Carl memilih untuk diam?

Ezra pandang ke atas siling. Nafas dia tarik dalam. Jujur dia perlu tempat bersandar. Dia turunkan wajah kembali sebelum wajahnya dia raub berkali-kali.

"I... I wanna leave the Pierre family" ucap Ezra teragak-agak.

Daisy angguk sekali. Sejak dulu Carl katakan ayat yang sama. Namun sampai sekarang jejaka itu tiada keberanian untuk bersuara. Jiwa Carl seperti sudah diikat mati oleh keluarga Pierre. Daisy bergerak untuk duduk di sebelah Carl sebelum dia gengam erat kedua-dua tangan Carl.

"Then leave. Say to them. Or simply let's just become husband and wife. I will set you free"

Kali ini Ezra gelengkan kepala laju. Dia tahu walaupun dia jalinkan hubungan bersama Daisy, keluarga Pierre tetap akan hantui hidup dia sampai bila-bila.

"Even if I marry you. Nothing will change" nada Ezra sudah seperti putus asa. Dia penat dan lelah.

"Kau tak cuba lagi Ezra. Pierre bekerjasama baik dengan Cyrus. Keluarga kau bekalkan textile terbaik untuk Cyrus. Business keluarga kau terkenal sebab Cyrus. Daisy boleh gunakan kuasa dia untuk hentikan keluarga Pierre masuk campur urusan hidup kau. Kenapa asyik nak tangguh perkahwinan?" Aleeq buka bicara. Apa lagi yang Ezra susah nak faham. Bertahun-tahun dia tangguhkan perkahwinan padahal Daisy ada niat yang baik untuk selamatkan Ezra. Kenapa pilih untuk duduk dalam sangkar bila Ezra boleh terbang bebas.

"Kau kenal Pierre Aleeq. Kalau berita tentang mereka siksa aku keluar dari mana-mana pihak terutama sekali Daisy, mereka akan hentikan urusan perniagaan bersama Cyrus. Mereka akan buat cerita untuk jatuhkan Cyrus. Mereka tak akan jatuh seorang diri, mereka akan bawa aku, Daisy dan mungkin kawan-kawan aku sekali. Dan itu termasuk kau. Bahkan lebih teruk jika mereka bawa nama keluarga Ariths untuk jatuh sekali" balas Ezra cuba fahamkan Aleeq. Dia lama berfikir untuk lari tapi dia juga tidak boleh pentingkan diri sendiri. Takut orang lain yang terima padahnya.

Daisy terkebil-kebil di situ. Dia ada cuba belajar bahasa melayu tapi Carl dan Aleeq bercakap laju sangat. Susah nak faham. Kedengaran seperti bahasa makhluk asing pun ada.

"Kenapa kau fikir jauh sangat? Buat apa Pierre nak jatuhkan Ariths? Ya aku tahu mereka ada kuasa untuk buat semua itu tapi Ariths langsung tak ada kena mengena dalam hal ini" Aleeq pula rasa tidak senang duduk mendengar nama Ariths disentuh. Sudah 3 tahun dia bekerja di bawah keluarga itu sehingga dia rasa seperti keluarga sendiri.

"Pierre ada banyak alasan untuk jatuhkan Ariths dan alasan terbesar mereka ialah aku"

"Sampai bila? Kau suka dikurung?"

Ezakiel Ezra I : The Soulless Puppet (SU)Where stories live. Discover now