"Selamat pagi Ezra" sapa Hanafi sebaik sahaja bayang Ezra muncul di Second base Ariths Security. Base ini merupakan base yang bebas untuk pekerja Ariths keluar masuk. Satu rumah mewah yang terletak di balik hutan. Base ini juga tempat ahli-ahli AS berehat dan bekerja. Jika dibandingkan Main Base dengan Second base, Second base rasa lebih selesa. Mungkin kerana Main Base AS terletak di bawah tanah Ariths Hotel. Pejabat bawah tanah buat dia rasa sesak.
"Selamat pagi" Ezra turut menyapa tanpa sebarang senyuman di wajah.
"Ezakiel Ezra" panggil seseorang dengan nada tegas. Berhenti langkah Ezra seraya kepala mendongak memandang atas tangga.
"Mana kau pergi semalam? AS tak bayar kau untuk kau abaikan tanggungjawab"
Berkerut sedikit dahi Ezra melihat tangan majikannya sudah berbalut. Sejak bila Damika cedera?
"Tanggungjawab apa yang aku abaikan?" Soal Ezra dingin.
"Kau seorang doktor yang dibayar untuk merawat ahli-ahli AS tapi mana kau pergi semalam?" Damika turun satu persatu anak tangga.
"To be honest, aku tak tahu apa-apa. Kau pun tahu, aku bukan seorang yang akan biarkan ahli-ahli AS terbiar begitu sahaja"
Hanafi diam menunduk. Habislah dia.
Damika terus pandang ke tepi. Pandangannya mencerlung tajam ke arah Hanafi.
"Explain" satu perkataan itu memberi arahan.
"Ma-maaf. Sesuatu berlaku semalam. Aku cari doktor lain" Hanafi tunduk. Air liur ditelan pahit. Semenjak dua menjak, Damika garang kalah singa di hutan. Menakutkan.
"Kau nak kena buang kerja? Aku tak kisah kau sepupu aku atau tak. Kerja kau sepatutnya kau yang buat. Bukan Aleeq. Aleeq is not part of AS. Dia bodyguard Aadyan." Sudah berkali-kali Damika menegur ahli-ahli AS untuk tidak melibatkan orang luar dalam organisasi mereka tapi apa yang Damika boleh lakukan? Sepupu dia semua tak makan saman langsung.
Mendengarkan Hanafi sudah dimarah oleh Damika, Ezra terus mengatur langkah pergi jauh dari situ. Salah Hanafi buka urusan dia. Dia tahu Hanafi hanya risau akan keadaannya semalam tapi amanah tetap amanah. Kalau dia tahu Damika cedera semalam, dia akan terus berlari untuk merawat. Langsung tak kisah sakit dia malam itu.
"Cowo!" Seseorang bersiul sambil berjalan kearahnya. Bahu Ezra dipegang sebelum dia jengulkan kepala dari belakang tubuh Ezra.
"Nak apa?" Soal Ezra pada Aiman. Aiman Ariths, salah seorang ahli utama AS sekaligus sepupu Damika Arsyan Ariths. Jejaka ini sejenis yang melawan dan gila. Aiman lebih dikenali dengan sikap kaki perempuan.
"Apa cerita semalam? Kau pergi mana?" Soal Aiman sedikit risau. Dia ada bertanya pada Hanafi semalam tapi Hanafi memilih untuk diamkan diri. Mungkin nak menjaga privacy Ezra tapi bukankah keluarga Ariths sudah seperti keluarga Ezra sendiri? Rasanya jejaka itu tak perlu rahsiakan apa-apa daripada mereka.
Ezra diam seketika. Nak menjawab tapi tak tahu nak mula dari mana. Yang tahu tentang layanan keluarganya terhadap dirinya cuma Aleeq dan Hanafi. Yang lain hanya mengenali dia sebagai anggota keluarga Pierre. Tak lebih dari itu.
"Tak ada apa. Aku mabuk semalam. Sebab itu aku tak dapat nak rawat Damika.
Aiman atur langkah ke hadapan Ezra. Bertambah kerutan dahinya. Mabuk? Tak pernah lagi dia melihat Ezra menyentuh air kencing syaitan itu.
"Kau? Mabuk? Kau tahu ke maksud mabuk tu apa?" Mungkin saja Ezra salah tafsir. Walaupun bahasa melayu Ezra saban hari semakin lancar, boleh saja lelaki itu silap kata.
YOU ARE READING
Ezakiel Ezra I : The Soulless Puppet (SU)
Não FicçãoCERITA BERAT! "It was the hardest goodbye. Thank you mi alma" Ezakiel Ezra. Nama yang diberi oleh Ryan Stello kepada Carl Leo Pierre sebagai identiti barunya. Carl merupakan anak angkat di dalam keluarga Pierre. Satu keluarga yang memiliki syarikat...