Mata ditutup rapat. Nafas ditarik dalam. Telefon diletakkan di atas meja seraya telinga ditadahkan mendengar bebelan Cecilia melalui telefon itu. Suara wanita itu memenuhi gegendang telinganya yang sedang memakai airpod.
"I will kill you Leo. You better come back" ujar Cecilia.
"Give me some time" perlahan suara Ezra.
"Time?! Remember who you are Leo. Without this family you are nothing!" Keras suara Cecilia. Jawapan Ezra benar-benar buat darahnya mendidih. Jangan ingat dia tidak tahu yang Ezra sedang berada di Malaysia. Hampir 3 tahun jejaka itu menetap di negara asing itu. Dulu Ezra larikan diri ke Canada dengan alasan ingin menyambung pelajaran dan sekarang jejaka itu ada di Malaysia. Alasan apa lagi yang Leo ingin katakan?
Ezra buka mata. Bibir diketap rapat seraya air mata yang dia tahan mengalir ke pipi.
"One year. Another 1 year. Please" rayu Ezra dengan suaranya sedikit bergetar. Beri dia lagi setahun untuk menikmati kebebasan ini sebelum dia kembali ke dalam keluarga angkatnya. Keluarga Pierre.
Kedengaran Cecilia ketawa di hujung talian. Sinis tawanya mendengar rayuan adik angkatnya.
"Of course you can my little brother but let me visit you. I miss you"
Terbuka luas mata Ezra. Kepala dia gelengkan perlahan. Dia tidak mahu Cecilia datang ke Malaysia.
"Can I Carl Leo Pierre? Ouh I forgot... they know you as Ezakiel Ezra right? What a silly name" Terlepas tawa Cecilia. Leo benar-bemar tidak mahu dikenali sebagai ahli keluarga Pierre? Kenapa? Bukankah jejaka itu sepatutnya bersyukur keluarga Pierre membawa anak yatim piatu masuk ke dalam keluarga yang penuh pengaruh itu?
Ezra gengam tangan rapat. Mulutnya terkunci rapat. Rasanya dia ingin saja terjun dari balkoni rumah kondominium yang disediakam oleh Ariths Security. Tempat dia bekerja sekarang. Lebih baik mati daripada terus dijadikan hamba dalam keluarga itu.
"Leo? I'm talking-"
"Y-yes. You can come" berat kata-kata itu ingin keluar dari mulutnya. Jika benar Cecilia datang mengunjunginya, rasanya dia akan jadi hamba Cecilia sepanjang wanita itu berada di Malaysia.
"Good Leo. Wait for me" talian dimatikan begitu saja oleh Cecilia.
Ezra tunduk memandang lantai. Kosong pemikirannya. Airpod ditelinga dicabut sebelum dibaling ke atas meja kaca di ruang tamu. Badan disandarkan pada sofa. Matanya dia tutup menggunakan lengan.
"I'm tired. Can I just die?" Gumam Ezra perlahan dengan air matanya mengalir. Jiwa dia sudah lama hancur. Dirobek-robek seperti kain yang tiada harga.
Baru saja dia ingin terlelap, bunyi loceng rumah bergema.
"Woi Ezra!" teriak satu suara dari luar.
Berat kelopak mata Ezra. Dia kenal suara itu. Malasnya ingin berdiri. Pandai-pandailah mereka masuk sendiri.
"Ezra!"
"Ish! Kau memang tak reti nak buka pintu?" Marah Aleeq sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah itu. Dia tahu kata kekunci rumah Ezra tapi saja nak acah sopan. Selama ini Aleeq main rempuh sahaja rumah Ezra.
Hanafi menyiku lembut Aleeq seraya bibir dijuihkan ke arah Ezra yang seperti sedang lelap.
"Aku tak tidur" kata Ezra dengan helaan nafas pasrah. Sudah biasa rumahnya dijadikan rumah lepak oleh Aleeq dan Hanafi.
Aleeq Tristan seorang jejaka melayu cina yang bekerja sebagai bodyguard manakala Muhd. Hanafi Ariths, salah seorang ahli kumpulan utama pasukan Ariths Security. Mereka bertiga berkawan sudah lama kerana mereka dulunya berasal dari satu kumpulan yang dikenali sebagai Mattheo Group yang bertapak di Canada sebelum mereka bertiga menyertai Ariths Security.
YOU ARE READING
Ezakiel Ezra I : The Soulless Puppet (SU)
Não FicçãoCERITA BERAT! "It was the hardest goodbye. Thank you mi alma" Ezakiel Ezra. Nama yang diberi oleh Ryan Stello kepada Carl Leo Pierre sebagai identiti barunya. Carl merupakan anak angkat di dalam keluarga Pierre. Satu keluarga yang memiliki syarikat...