Air mata Yumna jatuh di atas lantai. Tangannya mengigil. Perlahan dia angkat wajah memandang sekililing. Di lantai penuh dengan kaca yang sudah pecah.
Skru lutut terasa lemah seraya Yumna jatuh terduduk. Lemah. Kaca yang mencucuk telapak tangan sudah tiada rasa.
"Yumna!" Panggil Hanafi cemas. Risau akan keadaan Yumna. Kepala Ezra dipangku di atas paha.
Namun fikiran Yumna entah ke mana. Dia tak dengar apa-apa. Otak dia masih memproses semua yang berlaku.
Ramai yang sudah keluar dari dalam kedai di sekitar kejadian. Sedihnya lagi ramai yang merakam berbanding yang hulurkan bantuan.
"Ambulans! Please call ambulans!" Hanafi hanya pandang sesiapa yang berada di situ memohon pertolongan. Tangannya menekan di bahagian bawah dada Ezra. Darah merembes keluar. Habis tangannya dibasahi darah Ezra.
Bila baju Ezra terangkat sedikit, barulah Hanafi nampak tattoo milik Ezra. Pertama kali, Ezra melihat coretan ini semua. Tak! Ini tak penting sekarang. Nyawa Ezra dalam taruhan.
He will die at this point.
"Ezra!" Seribu satu penyesalan menghentam diri Hanafi. Kalau dia halang langkah pergi Ezra, tak akan semua ini terjadi.
Tapi lebih banyak persoalan yang bermain di benak fikiran Hanafi. Siapa yang menyerang Ezra? Kenapa Ezra diserang? Siapa mereka?
Ezra tak ada musuh. Ezra cuma doktor di Ariths Security. Jejaka ini hanya bekerja di balik tabir AS (Ariths Security).
Yumna kumpulkan segala kekuatan. Dia berdiri dari duduk. Mendengar raungan Hanafi, dia berjalan ke arah jejaka itu. Teriak Hanafi seperti cemas. Yakin pasti sesuatu yang buruk sudah berlaku.
Lemah langkah Yumna bergerak ke arah Hanafi. Entah kenapa kakinya ringan melangkah ke tempat itu. Namun apa yang dilihat saat ini, buat air matanya berjejeran jatuh.
"Ezra..." Panggil Yumna dengan suara bergetar.
Baru sebentar tadi mata itu terbuka. Sekarang jejaka itu dibanjiri darah.
Pandangannya kabur. Dia tidak kuat tapi kenapa dugaannya sehebat ini? Sungguh dia tak kuat melihat Ezra dalam keadaan ini.
Apa salah Ezra? Kenapa dugaan Ezra terlalu besar?
Badannya terus jatuh menghempap atas jalan. Matanya tertutup rapat. Perkara terakhir yang dia dengar cuma suara Hanafi yang menjerit namanya.
Selepas itu semuanya perlahan gelap.
•••••
Damika, Daniel, Aleeq, Hanafi dan Aiman berdiri di luar wad kecemasan. Masing-masing sudah tidak tenang.
Hanafi yang duduk seraya kedua tangannya ditenung dalam. Darah Ezra masih berbekas di telapak tangannya. Air matanya jatuh.
Nasib saja Yumna tak apa-apa. Wanita itu tak ada cedera sehingga membahayakan nyawa.
Aleeq pula tak habis-habis mengeluh. Tak sangka secepat ini Ezra akan diserang. Mulutnya mahu terbuka menceritakan segalanya pada mereka tapi bibirnya berat untuk berkata-kata. Ezra juga tak mahu mereka terlibat sama dengan masalah sekarang tapi melihatkan keadaan, masalah ini perlu campur tangan Ariths Security. Ego setinggi langit sekalipun, Ezra tetap perlu bantuan AS.
"Nampak nombor plat?" Soal Daniel pada Hanafi.
Hanafi geleng kepala. Kosong riak wajahnya. Dia terkejut. Trauma juga iya. Bukan kerana pertama kali melihat orang ditembak, dia saja pernah ditikam dulu tapi dia tak pernah lihat Ezra sesakit itu.
YOU ARE READING
Ezakiel Ezra I : The Soulless Puppet (SU)
Non-FictionCERITA BERAT! "It was the hardest goodbye. Thank you mi alma" Ezakiel Ezra. Nama yang diberi oleh Ryan Stello kepada Carl Leo Pierre sebagai identiti barunya. Carl merupakan anak angkat di dalam keluarga Pierre. Satu keluarga yang memiliki syarikat...