•20•

146 16 3
                                    

"Baru sekarang kau nak beritahu? Kau nyanyuk ke apa?" Marah Aleeq di hujung talian.

Hanafi pula tak henti-henti mundar mandir di ruang tamu rumah Aleeq. Berkali-kali dia cuba menghubungi Ezra tapi tidak diangkat. Malah panggilan tidak tersambung.

"Apa tak kena dengan otak keluarga Pierre? Mereka nak cuba dadah baru pada Ezra? Gila!" Tempik Aleeq kuat.

"Aku tak pasti mereka nak cuba pada siapa. Mungkin bukan Ezra." Ryan cuba tenangkan Aleeq.

"Cuba fikir logik Ryan. Dalam rumah Pierre, cuma Ezra yang berani mereka pijak. Siapa lagi? Sekarang kau bagitahu aku, jenis dadah apa yang Cairo nak suap pada Ezra?" Aleeq minta penjelasan. Dadah baru tak semestinya berkesan. Banyak kesan sampingan. Kalau silap sikit, semua organ Ezra boleh berhenti berfungsi.

"It will cause a memory loss. Dadah yang akan menganggu saraf otak." Jelas Ryan.

Melopong kecil mulut Aleeq. Sekarang Cairo nak rosakkan otak Ezra pula?

"Sekarang semua make sense. Cairo minta Ezra balik sebagai bahan cubaan untuk business dadah mereka yang baru. Mereka nak cuba pada Ezra sebelum mereka jual. Cairo nak lihat kesan sampingan dadah pada Ezra. Bodoh! Dia fikir Ezra tikus makmal ke apa!?" Digengam kuat telefon di tangan. 

"I will save him."

"You can't do that. Kau penjenayah. Kau dah siap nak meringkuk dalam penjara? Dan kau dah siap nak hilang Mattheo Group?" Soalan itu buat Ryan tunduk seketika. Keluarga Pierre pegang rahsia besar Ryan. Mereka ada bukti kukuh untuk hancurkan empayar Mattheo Group. Jika ada empayar yang  boleh hancur sekelip mata oleh keluarga Pierre, sudah tentu empayar Cyrus dan Mattheo Group.

"I hate the fact that none of us can save him. Setiap kali perkara ini terjadi, kita cuma mampu lihat. Betulkan kita kawan dia? Kawan jenis apa kita semua?" Tangan Aleeq yang mengengam telefon bergetar. Kalaulah dunia ini boleh bermula daripada awal, dia harap Ezra tak pernah masuk ke dunia Pierre. Mungkin saja, Ezra bahagia sebagai seorang doktor di hospital biasa. Mungkin Ezra tak perlu lalui semua sakit yang saban hari buat Ezra mahu mati.

Perlahan Aleeq duduk di atas sofa. Tanpa kata selamat tinggal, dia terus matikan telefon. Telefon dia baling ke atas meja. Bertengkar dengan Ryan juga tiada guna, Ryan juga sama seperti dia. Hanya mampu melihat.

Hanafi alihkan pandangan pada Aleeq. Wajahnya turut sayu. Beratus panggilan langsung tak dijawab oleh Ezra.

"Ryan kata apa? Dadah apa?" Soal Hanafi.

Aleeq angkat wajah. Riak wajahnya jelas sayu.

"Dadah baru. Katanya untuk buat seseorang lupa ingatan." Jelas Aleeq.

"Sekali lagi? Mereka nak cuba dadah pada Ezra. Dulu Ezra masuk ICU berbulan lamanya sebab dadah. Sekarang, mereka nak buat lagi. Sampai bila? Sampai Ezra mati?" Hanafi turut labuhkan punggung di sofa hadapan Aleeq.

Dulu mereka tak tahu muslihat keluarga Pierre pada Ezra. Dulu semasa mereka masih di bawah Mattheo Group, Ezra sering ulang alik daripada Canada ke Sepanyol tanpa memberitahu mereka tujuannya balik ke rumah Pierre. Sampailah satu saat, cuma berita yang Ezra tidak sedarkan diri hampir dua minggu mereka terima. Di situ, mereka tahu tentang urusan perniagaan gelap Pierre. Dadah. Di situ juga mereka tahu betapa tersiksanya Ezra tinggal bersama keluarga yang dianggap idaman. Ryan mengamuk sampai dipenjara hampir setahun. Masih segar dalam ingatan mereka porak peranda yang berlaku.

"Apa kita kena buat sekarang? Kasihan Ezra Aleeq." Suara Hanafi tersekat seraya air matanya bertakung di tubir mata. Dia mahu kuat tapi terbayangkan semua yang Ezra bakal lalui di Sepanyol sendirian, buat sekujur tubuhnya rasa tak berdaya.

Aleeq hanya geleng kepala. Menyerah. Tak ada apa yang mereka boleh lakukan selain berharap Ezra pulang dengan selamat. Kalau benar Ezra lupa ingatan semata, mereka semua boleh tolong ingatkan. Tapi kalau dadah itu buat Ezra dicabut nyawa, dia tak akan pernah maafkan keluarga keparat itu sampai akhir nyawa.

***

Yumna baring sendirian di atas sejadah. Mata memandang atas siling putih.

"Apa awak buat Ezra?" Gumam Yumna sendirian. Teringatkan mesej yang dia lihat waktu subuh tadi. Entah mengapa Ezra menghantar mesej di tengah malam. Tak sempat Yumna nak terus membalas. Mungkin perbezaan waktu di tempat Ezra berada.

"Sekurang-kurangnya balas mesej saya. Kenapa saya kena ingatkan awak tentang saya? Janganlah buat saya risau." Hati Yumna tak henti-henti rasa gusar sejak dia baca mesej daripada Ezra. Entah mengapa, Yumna rasa tak sedap hati.

Yumna duduk dari baring. Kedua tangannya dia lihat. Kosong tatapannya.

"Salahkah berdoa untuk seseorang yang bukan hamba-Mu?" Ucap Yumna perlahan. Jelas lagi nyata Ezra bukan penganut agama Islam.

Dia bukan sesiapa untuk menarik derita orang lain. Dia cuma mampu berdoa agar dipermudahkan urusan orang-orang yang dia sayang. Tapi... Kalau orang itu tidak percaya pada Tuhan yang sama, bolehkah dia meminta agar Tuhan melindungi orang yang percaya pada kepercayaan yang lain. Dan bagaimana kalau orang itu langsung tak percaya pada wujudnya Tuhan.

Yumna berdiri dari duduk. Telekung dia buka sebelum dia lipat kemas. Sejadah di letakkan cantik pada atas katil.

Punggung dihempaskan pada atas katil seraya mata memandang sebuah potret indah di atas meja. Bibirnya senyum kelat melihat gambar keluarganya yang sudah lama tiada.

Ibu Yumna pergi kerana sakit tua. Ayah juga begitu. Satu-satunya abang sekaligus darah daging Yumna berakhir di tali gantung kerana kesalahan membunuh. Cerita yang tragik dan sama sekali tak indah untuk diceritakan.

Yumna tetap kena teguhkan semangat dan teruskan kehidupan. Dulu dia juga rasa mahu akhiri hidup tapi bila dia cuba bertahan, hari demi hari... kehidupannya rasa ada warna. Baru Yumna sedar hidup dia yang hitam terus ada cahaya dengan hanya senyuman. Kadang bila bibirnya senyum buat dia lagi terus hidup.

Begitu juga bila dia bertembung empat mata dengan Ezra. Mata jejaka itu ada warna. Rasa dunia tak gelap.

Cara Ezra senyum, cara Ezra bercakap, gerak tubuh Ezra buat Yumna selesa. Orang kata bila kita dekat dengan seseorang, kita rasa ingin tahu tentang hidup orang itu. Dan Yumna kini laluinya. Hati ringan ingin bertanya tentang hidup jejaka itu tapi mulut pula berat ingin ungkapkan.

Tatkala Yumna mahu tahu lebih, Ezra pula pergi. Yumna akan anggap akan ada cerita yang lebih baik untuk mereka di depan sana.

"Saya tunggu awak balik. Kalau betul permintaan awak cuma mahu saya ingatkan tentang seorang Siti Yumna, I will do it." Ujar Yumna bercakap dengan diri sendiri.

Tak salah dia mahu terbuka dengan seseorang, bukan? Mungkin Ezra juga perlu tempat berehat sama seperti Yumna. Kalau Ezra anggap Yumna sebagai tempat bercerita, Yumna juga akan anggap Ezra sama.

"I will meet you again in three days."

***
Menulis sebab terdengar lagu Cardigan. Dapat feel dia.

See in the next one yang entah bila.

Maaf pendek tapi lily memang menulis pendek aje






Ezakiel Ezra I : The Soulless Puppet (SU)Where stories live. Discover now