•38•

50 12 5
                                    

Sudah seminggu berlalu dan Ezra sudah dibenarkan pulang oleh pihak hospital.

Yumna jengulkan kepala dari belakang tubuh Hanafi. Mata memandang Ezra yang duduk di atas kerusi roda.

Bila berita tentang Ezra ingin keluar daripada hospital sampai ke pendengaran Yumna, Hanafi yang jadi mangsa. Berulang kali Hanafi meminta Yumna untuk duduk diam, tapi Yumna tak makan saman langsung. Makin gadis itu berkeras mahu datang. Pada akhirnya, Hanafi pasrah. Dia tak mampu nak menolak Yumna.

Daniel senyum tipis melihat gelagat gadis di balik tubuh Hanafi. Sejak tadi asyik bersembunyi.

"Yumna right? Ezra's lover" Selamba pertanyaan Daniel.

Bulat besar mata Ezra. Apa? Hah?!

Yumna gamam. Dia pandang Ezra sejenak. Tak sedar kepala dia angguk sekali.

"Really?" Ezra bertanya. Matanya berkelip-kelip hairan.

Yumna laju-laju geleng kepala. Amboi! Suka hati aje mengaku. Tak ada langsung lampu hijau daripada Ezra, tiba-tiba jadi kekasih.

Mahu saja Daniel lepaskan tawa tapi sedaya upaya dia kawal. Comel sungguh dua orang ini. Cepat-cepatlah kahwin. Nak lihat juga Ezra yang dilamun cinta. Mesti macam kucing yang manja dengan majikan.

"Kenapa kau datang sini?" Dingin nada Ezra bertanya. Tak payahlah tunjuk sangat yang diri tu tak suka ada Yumna di situ.

Yumna ambil satu langkah ke tepi. Keluar daripada balik tubuh Hanafi.

Gelagat Yumna tanpa sedar buat Hanafi senyum lebar. Kenapa comel sangat?

"Saya nak jumpa awak. Seminggu polis tak benarkan saya melawat. Salah ke nak melawat orang sakit?" Polos Yumna berbicara. Cuba bersyukur sikit ada yang melawat waktu susah macam ini.

Sedih juga sebenarnya bila Ezra ber aku kau dengan dia. Rindu Ezra yang dulu.

"Perlu ke melawat orang yang kau tak kenal?" Dingin bicara jejaka itu.

Daniel tepuk bahu Ezra. Punyalah tak sweet langsung. Cakaplah elok-elok. Jangan nak jual mahal sangat. Dulu Ezra juga yang nak pada Yumna.

"Awak aje tak kenal. Saya kenal awak. Awak paksalah diri awak tu untuk ingat. Awak yang suka saya bukan saya yang suka awa-" lancang betul bibir Yumna berkata-kata. Bila dia sedar bicaranya, dia tunduk perlahan. Jangan buat malu Yumna tapi memang sudah malu!

Bukan cuma Ezra yang terdiam, sekali Hanafi pandang Yumna tak percaya.

Berdehem Hanafi kononnya betulkan tekak.

"Kau salah makan ubat ke?" bisik Hanafi. Semakin berani Yumna maju memikat Ezra. Dulu kata tak nak rampas tunang oranglah, tak nak paksa Ezralah.

"Saya ada tunang. Tak berminat dengan wanita lain" Kali ini Yumna yang terdiam dengan bicara Ezra. Betullah... Ezra ada tunang. Cantik, tinggi, putih, comel, kaya. Serba lengkap. Nak banding dengan dia... bagai langit dengan bumi bezanya.

"Tapi mereka nak putuskan pertunangan. Jangan risau" Daniel memotong suasana janggal itu. Aduh Ezra. Janganlah buat perangai.

Ezra memandang belakang. Mata dijengilkan pada Daniel. Busybody!

"Betullah apa yang Yumna cakap. Bukan dia yang suka kau dulu. Kau yang suka dia dulu" Daniel menyebelahi Yumna. Perkara itu semua fakta bukan auta semata. Daniel hanya nak menyokong kebenaran. Mamat seorang ni lupa ingatan, perasaan sendiri pun tak sedar.

Ezra tarik nafas dalam. Boleh pula Daniel masuk dalam kumpulan penyokong Yumna.

Ezra palingkan kepala kembali ke arah Yumna. Pandangannya tajam tapi masih ada lembutnya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 6 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Ezakiel Ezra I : The Soulless Puppet (SU)Where stories live. Discover now