Tiada yang mudah di dunia ini. Semua yang baik pasti ada ujian disebaliknya. Di balik tawa pasti ada tangis. Di balik senyuman pasti ada sakit. Itu lumrah kehidupan yang tiada siapa mampu menolak.
Yumna tarik nafas dalam. Kepalanya tunduk memandang jari-jemari yang bermain antara satu sama lain. Jantungnya berdegup laju. Entah sebab takut atau teruja.
Pintu itu ditolak seseorang sebelum kepala Hanafi menjenguk keluar.
"Masuklah" Panggil Hanafi dengan senyuman. Tangannya bergerak di udara memanggil Yumna ke arahnya.
Bila suara Hanafi kedengaran, wajah Yumna terus pandang ke depan. Tanggannya terus diletakkan di belakang tubuh. Tubuh ditegakkan.
Langkah dia ambil mendekati pintu wad di bawah nama Carl Leo Pierre.
"Polis nak buat siasatan. Kau cuma perlu jawab dengan jujur. Tak usah sembunyikan apa-apa. Ini sekadar formaliti" Memang pada awalnya Yumna tak ada kena mengena dengan semua yang berlaku tapi polis berkeras untuk tetap lakukan siasatan ke atas Yumna.
Tiada yang salahkan Polis. Mereka tahu Polis cuma mahu jalankan tanggungjawab mereka.
Ezra juga tak mahu menarik Yumna ke dalam masalah. Ikut perancangan asal, dia mahu selesaikan semuanya sendiri.
Yumna angguk. Mustahil Yumna tak takut menerima panggilan daripada Polis kelmarin. Berani dia bersumpah dia langsung tak kenal orang-orang yang menyerangnya. Tak ingat rupa paras mereka. Tak tahu dari mana datangnya mereka.
Tubuhnya melimpasi Hanafi yang berdiri di samping bingkai pintu. Mata jejaka itu tak lepas pada Yumna. Perlahan Hanafi tunduk. Senyum palsu dia ukir sebelum dia ikut langkah Yumna daripada belakang.
Tubuh Yumna jadi tegak tatkala kornea matanya disapa dengan dua pegawai polis.
Pegawai kanan polis, Inspektor Khai dan Inspektor Ikhwan. Mereka berdua bertanggungjawab untuk merungkaikan dan mengumpul segala bukti bagi kes Ezakiel Ezra.
"Selamat pagi Tuan" Yumna tunduk sedikit sebelum dia berjalan ke arah mereka berdua yang sudah duduk selesa di satu sofa.
Sempat mata Yumna mengerling sejenak ke arah Ezra di katil pesakit yang sedang duduk bersandar sedikit pada dinding. Mahu saja kakinya melangkah mendekati Ezra tapi bukan itu sebab dia dipanggil ke sini. Bukan untuk saling bertanya khabar.
Mata mereka bertembung seketika. Cuma sesaat terus Ezra larikan pandangan. Wajah Ezra tak ada perisa. Hanya datar.
Yumna labuhkan duduk pada sofa di samping dua pegawai polis itu. Bibirnya tak lupa untuk menguntum senyum.
"Selamat pagi Cik Yumna" Sapa Inspektor Khai.
"Selamat pagi" Yumna juga menyapa.
Hanafi berdiri memerhati dua pegawai itu. Telinga dipasang.
"Maaf kami menganggu tapi saya harap Cik Yumna faham situasi yang sedang berlaku. Kami perlu bukti yang lebih kukuh untuk pastikan Cik Yumna juga mangsa seperti Encik Carl" Jelas Inspektor Ikhwan.
Yumna angguk sekali. "Saya faham. Saya sedia untuk jawab apa jua soalan yang pihak polis ingin tahu"
Inspektor Khai dan Inspektor Ikhwan saling berpandangan. Bila Inspektor Khai angguk, Inspektor Ikhwan sedia untuk lontarkan soalan untuk Yumna.
"Bila pertama kali Cik Yumna berjumpa dengan Encik Carl?" Soal Inspektor Ikhwan.
Tercengan sebentar Yumna mendengar soalan yang ditujukan. Matanya memandang sekilas pada Hanafi yang berdiri tak jauh. Hanafi hanya senyum memberitahu Yumna untuk menjawab sahaja, tak usah sembunyikan apa-apa.
YOU ARE READING
Ezakiel Ezra I : The Soulless Puppet (SU)
No FicciónCERITA BERAT! "It was the hardest goodbye. Thank you mi alma" Ezakiel Ezra. Nama yang diberi oleh Ryan Stello kepada Carl Leo Pierre sebagai identiti barunya. Carl merupakan anak angkat di dalam keluarga Pierre. Satu keluarga yang memiliki syarikat...