•5•

207 24 0
                                    

Siapa kata manusia tiada derita? Masing-masing punyai cerita sendiri. Masing-masing ada rahsia yang mereka ingin sembunyikan. Dan bagi Yumna, masa lalu dia akan menjadi rahsia paling dalam.

Yumna meraup rambut paras bahunya seraya dia tunduk memandang lantai bilik.

"Sebab Tuhan masih wujud, aku ada peluang kedua. Walaupun tangan aku pernah membunuh, aku masih diberikan peluang" ucap Yumna seorang diri di bilik kecil itu.

4 Tahun dia duduk di balik pagar penjara. Pelbagai benda yang dia pelajari. Dan yang paling penting, dia tahu tak semua orang boleh terima bekas banduan seperti dia. Dia cuma bernasib baik yang kes dia diselesaikan awal, kalau tidak... mungkin dia akan dipenjarakan seumur hidup. Dia bersyukur kerana ada peluang kedua untuk masuk kembali ke dalam masyarakat walaupun ramai yang memandang serong akan dirinya.

Bergenang air mata di tubir matanya. Dia cuba untuk membuang rasa sebak ini, tapi apakan daya, dia tidak kuat saat ini. Diri dia yang ceria hilang begitu saja bila teringatkan kejadian lampau.

"Maafkan Yumna ibu, ayah. Tangan Yumna berat dengan dosa. Tangan Yumna mengalir darah abang kandung Yumna sendiri." Air mata yang dia tahan mengalir begitu sahaja. Dia rindukan pelukan ibu dan ayah. Dia mahu kuat kembali seperti dulu.

Bibir dia ketap rapat. Dia rasa lemah saat ini. Dulu dia rasa Tuhan sangat jahat padanya tapi sekarang rasanya semua rasa sakit ini asbab untuk dia dapatkan pahala lebih.

Nasib saja Puan Aina tak pernah memandang status dia yang dulu. Puan Aina beri dia pekerjaan di kedai bunga kecil itu. Dia bersyukur walaupun gajinya tidak seberapa tapi cukup untuk makan dan keperluan asas. Siapa dia hendak memilih kerja? Semua orang menganggap dia tidak berguna. Dia bekas banduan. Walaupun sudah disahkan oleh mahkamah yang dia tidak bersalah, namun itu semua tak akan ubah pandangan orang pada dirinya. Banduan tetap banduan.

"Ada satu perkara yang Yumna kena ingat. Rezeki tak pernah salah alamat. Kalau sudah tertulis dia atas sana yang rezeki itu milik Yumna, tak akan ada sesiapa yang boleh menghalang. Saya tak pandang masa lalu awak Yumna. Cukup saya tahu awak tak ulang silap lampau awak dan jadi pekerja yang jujur. Jujur dan amanah dalam kerja antara sifat yang disukai oleh Allah. Yumna kena ingat yang Yumna masih ada Tuhan" pesanan Puan Aina bermain di benak fikirannya. Bibirnya tersenyum tipis. Syukur wanita itu sudi terima dia masuk tanpa persoalkan masa lalunya. Nasib masih ada manusia yang suka memberi peluang kedua pada orang yang dianggap tidak layak walaupun secebis peluang. Jika manusia lain menghukum, Puan Aina menjaga dia seperti anak sendiri.

Dia bangkit dari duduk atas katil. Sepatutnya dia bersyukur dengan rezeki hari ini. Kenapa nak sedih bila hidup dia baik-baik saja? Salah dia sebab selalu toleh ke belakang walaupun dia tahu apa yang menanti dia di belakang hanya akan menyakitkan dia. Manusia suka membandingkan sehingga lupa makna  syukur. Langkah dia atur ke arah tandas untuk mengambil air wudhu. Dia mahu laksanakan solat syukur.

Bersyukur atas rezeki hari ini. Bersyukur kerana dia masih hidup dan bersyukur yang aib dia masih dijaga sehingga hari ini.

•°•°•°•

Terdengar alunan merdu di balik satu pintu. Ezra melangkah mendekati pintu itu. Matanya mengintai dalam bilik Daniel.

Bibirnya terbit senyuman nipis melihat Daniel sedang membaca buku suci yang dipanggil Al-Quran bersama dua anaknya. Dia sama nasib dengan anak-anak Daniel. Tak ada darah daging yang sama tapi Daniel layan anak-anaknya dengan penuh kasih sayang. Dibandingkan dengan dia, layanan sebagai anak angkat antara keluarga Pierre dan Ariths sangat berbeza. Bagai langit dengan bumi.

Dia tarik nafas dalam sebelum dia palingkan tubuh ingin beredar namun langkahnya terkunci tatkala ada Damika berdiri tepat di hadapannya.

"Apa yang kau intai?" Soal Damika hairan. Serupa stalker pula dia lihat Ezra.

Ezakiel Ezra I : The Soulless Puppet (SU)Where stories live. Discover now