•27•

157 17 4
                                    

Suasana di ruang kecil kedai itu sunyi. Tak ada suara buat Ezra kurang selesa. Ditambah dengan renungan mata Hanafi dan seorang gadis yang berdiri di balik kaunter kedai. Rasa ingin saja dia patah balik.

Hanafi alihkan pandangan pada Yumna yang masih pakukan pandangan pada Ezra. Sekarang Ezra sudah di depan mata, apa yang Yumna akan lakukan?

"Selamat datang. Encik nak bunga apa?" Suara Yumna memecah suasana. Suaranya bergetar. Yumna sedaya upaya tahan air mata tak mahu pecah tangisan di hadapan Ezra.

Ezra hanya senyum tipis. Akhirnya, suasana janggal tadi sudah berakhir. Rasa macam tak cukup oksigen saja tadi.

"Saya tak nak beli apa-apa. Saya pinjam Hanafi kejap boleh?" Ezra datang mendekati Hanafi. Sempat dia tunduk sedikit pada Yumna sebagai tanda hormat.

Bila Ezra datang mendekat, jiwa Yumna ikut bergelora. Jika dijentik sedikit, pasti seluruh tubuhnya meleret jatuh. Ya Tuhan, dia rindukan Ezra. Tak dapat nak dinafikan isi hatinya saat ini. Dia benar rindukan jejaka yang berdiri di hadapannya.

Namun, kotak memori Ezra langsung tak ada nama Yumna. Pandangan Ezra pada dia cuma tatapan kosong yang tak ada makna. Berbeza akan tatapan Ezra sebelum ini.

"Aku ternampak kereta kau sebab itu cari kau sampai ke sini. Aku nak ambil bagasi. Ada dalam kereta kau kan?" Soal Ezra pada Hanafi.

Hanafi angguk sekali. Dia lupa nak tinggalkan bagasi Ezra tadi.

"Aku boleh aje hantar pergi rumah kau nanti."

Ezra hulurkan tangan pada Hanafi meminta kunci kereta. Bibir koyak senyum.

"Aku tak nak susahkan kau. Kau dahlah ambil aku di airport tadi. Nanti Aiman tuduh aku jadikan kau kuli aku pula." Tenang saja nada bicara Ezra.

Hanafi keluarkan kunci kereta dari dalam poket sebelum diserahkan pada huluran tangan Ezra.

"Thanks. Nanti aku datang balikkan. Tunggu kejap tau." Bahu kanan Hanafi disapa lembut oleh Ezra.

Tak lama Ezra berlari anak keluar dari dalam kedai. Langsung tak berpaling walaupun sesaat.

Suasana di kedai itu kembali senyap.

Hanafi tunduk sejenak sebelum dia palingkan tubuh memandang Yumna.

Luluh hati Hanafi melihat air mata Yumna sudah jatuh membasahi pipi. Mahu saja tangannya mengesat air mata Yumna. Tapi apa kudratnya, dia hanya mampu melihat. Melihat orang yang dia sayang meneteskan air mata. Dan air mata itu mengalir untuk Ezra.

"Yum-"

"Saya nak uruskan bunga di belakang kedai. Awak tolong jaga kaunter tau." Yumna paksa bibir untuk mengukir senyuman. Jelas tak ikhlas senyuman itu tapi dia tak mahu Hanafi risau. Yumna juga tak minta untuk hati dia jadi lemah. Berkali-kali dia meminta agar Tuhan bekalkan kekuatan buat dia bila Ezra muncul di depan mata, namun nyatanya kekuatan seluas samutdra juga tak akan pernah cukup.

Sekali dia pandang mata kehijauan itu, sekujur tubuhnya jadi kaku.

Tak sangka jejaka yang dulunya dekat dengan dia kini terasa amat asing. Seperti Yumna tak pernah tercoret di buku hidup Ezra.

Hanafi raub muka tatkala bayang Yumna menghilang pergi ke belakang kedai. Kenapa Ezra muncul tak tepat waktu? Sepatutnya Ezra tak melangkah kembali ke tempat ini. Tempat ini terlalu banyak kenangan Ezra dan Yumna. Terlalu banyak.

Ting

Ezra kembali masuk ke dalam kedai bunga. Senyumannya sedikit lebar sebelum dia serahkan kunci kereta kembali kepada Hanafi. Matanya sempat melilau memerhati sekeliling kedai.

Ezakiel Ezra I : The Soulless Puppet (SU)Where stories live. Discover now