Orang kata bila sampai di tempat kita membesar, hati rasa sejuk, jiwa rasa tenang. Tapi... tapi kenapa seluruh tubuhnya mengigil ketakutan? Bukankah tempat ini sepatutnya bangkitkan segala memori manis?
Ezra tunduk memandang atas jalan. Dia lupa, di rumah Pierre tak pernah ada kenangan manis. Langsung tiada yang manis di rumah ini. Tiada.
Ezra gengam tangan rapat. Dia mahu sembunyikan tangannya yang bergetar.
"Why Leo? Did you miss our house?" Cecilia datang mendekat. Sisi wajah Ezra dia pandang dengan senyuman. Lama dia tidak lihat wajah Ezra yang diselebungi ketakutan. Dia rasa hebat.
Di satu sisi, ada sepasang mata yang memerhati dua adik beradik itu. Wajahnya diselebungi rasa kasihan. Apa lagi yang Carl buat di rumah ini?
Cecilia alihkan pandangan pada salah seorang pengawal peribadi yang setia disampingnya sejak dulu. Seorang jejaka berumur 38 tahun berasal daripada Sepanyol, matanya kecoklatan seperti Cecilia. Tubuhnya tegap, tinggi dan sempurna serba serbi. Jejaka itu bernama Zyran.
"Guide him to his room. In case he forget." Selesai bicara Cecilia terus melangkah pergi. Tak ada niat nak menyambut kepulangan Ezra.
Zyran datang mendekati Ezra.
"I'm so sorry that you have to comeback here." Zyran tunduk sedikit. Sejak dulu, dia kasihan akan nasib Ezra. Pernahkah sehari Ezra hidup tenang di rumah ini tanpa ditengking dan dipukul? Namun, dia juga tak mampu berbuat apa sejak dulu. Hari demi hari penyiksaan yang Ezra rasakan, dia hanya mampu melihat dan merasa kasihan.
Ezra pandang ke tepi. Wajahnya langsung tak ada reaksi. Mata hijau itu nampak penat. Nampak tak bermaya. Hijau tapi tak ada warna.
"Am I gonna die?" Soal Ezra sedikit perlahan. Aura rumah ini seolah maut memanggil.
Zyran tak buka mulut. Soalan yang Ezra tanya, dia juga tak ada jawapan.
"If I meet Cairo, will he let me stay alive? I ran away from this house before. He must be so mad, right?" Suara Ezra bergetar ketakutan. Bibirnya terasa kering, jantungnya sejak tadi berdegup sangat laju. Kepalanya berpinar. Ezra rasa mahu muntah dengan semua tekanan yang dia rasakan.
"I will show your room Mr. Carl." Zyran langsung tak mahu buka mulut tentang Cairo. Tunggu masa saja sebelum Cairo bertembung empat mata dengan Ezra. Dan bila masa itu tiba, percayalah yang dia hanya akan melihat. Dia tak mampu hulurkan bantuan.
Zyran menunggu Ezra ambil langkah tapi Ezra langsung tak berganjak.
"Mr.Carl?" Zyran memberi signal untuk Ezra berjalan dahulu. Walaupun Ezra bukan darah daging Pierre tapi Ezra tetap Pierre. Walaupun Ezra dilayan buruk dalam keluarga ini, Ezra tetap Pierre. Semua pekerja Pierre harus hormat pada Ezra walaupun setiap daripada mereka tahu, bagi keluarga sebenar Pierre, Ezra bukan sesiapa. Ezra hanya patung bernyawa tak ada jiwa.
"Is Ryan in Spain right now?" Soal Ezra tiba-tiba. Rasanya dia ada terima pesanan ringkas daripada Ryan kelmarin. Tapi kerana terlalu fikirkan tentang Cairo, dia jadi lupa.
Zyran angguk sekali. Kelmarim Ryan ada datang berkunjung untuk mencari Ezra.
Ryan Stello, bekas majikan Ezra. Seorang ketua mafia pengedar dadah di Canada. Ryan juga bekas majikan bagi Hanafi dan Aleeq sebelum mereka bertiga berkhidmat untuk keluarga Ariths. Seorang jejaka yang banyak menolong Ezra dahulu. Ryan juga yang memberi nama Carl sebagai Ezakiel Ezra.
"Lend me your car. I want to meet him." Ezra hulurkan tangan meminta kunci pada Zyran.
Zyran gamam buat seketika.
YOU ARE READING
Ezakiel Ezra I : The Soulless Puppet (SU)
SachbücherCERITA BERAT! "It was the hardest goodbye. Thank you mi alma" Ezakiel Ezra. Nama yang diberi oleh Ryan Stello kepada Carl Leo Pierre sebagai identiti barunya. Carl merupakan anak angkat di dalam keluarga Pierre. Satu keluarga yang memiliki syarikat...