Matahari kian senja namun Ezra sedikitpun tidak berganjak. Tidak tenang hatinya jika dibiarkan saja wanita itu sendirian. Bayang Hanafi juga tidak pernah kelihatan.
Ezra keluar dari dalam kereta. Sejak pukul 10 pagi lagi dia terpacak tidak jauh dari kedai bunga kecil itu.
Kenapa gadis yang tiada apa itu dijadikan target oleh Cecilia?
Ada apa pada gadis itu?
Badannya disandarkan selesa pada badan kereta Audi RS7 miliknya. Matanya masih memandang ke arah kedai.
Dia menunggu Yumna menutup kedai. Tak kiralah dia harus tetap berada di situ sehingga larut malam, dia akan pakukan kaki di situ.
Tak mahu ada yang buruk jadi pada sesiapa bila diri dia yang bawa binasa.
Kedua tangannya diselukkan ke dalam seluar slack berwarna hitam sebelum dia ambil langkah mendekati kedai bunga Anggun. Itu nama kedai bunga tempat Yumna bekerja.
Semakin dekat langkahnya, semakin ringan langkahnya. Rasa lapang dada. Rasa diri dekat dengan tempat ini.
Tangan Ezra menggapai pemegang pintu namun belum sempat dia menyentuh, pintu sudah terbuka luas.
"Puan Aina jangan risau. Tak lama-" Yumna donggakkan sedikit wajah tatkala ada seseorang menghalang jalan.
Mata mereka bertembung tapi tak lama. Ezra larikan pandangan ke tepi.
"Yumna? Okay tak?" Soal Puan Aina di hujung talian. Tiba-tiba saja senyap.
"O-okay. Tak lama lagi saya balik." Yumna teruskan bicara yang tertangguh.
"Baiklah jaga diri. Assalammualaikum."
"Waalaikumsalam."
Yumna letakkan telefon ke bawah. Tangannya jatuh ke paras paha.
"Encik Ezra perlukan apa-apa?" Yumna cuba hadirkan perbualan. Sedar mereka sedang janggal. Disembunyikan rasa sedih di dalam hati.
Macam mana gadis ini tahu namanya?
Mungkin Hanafi yang kenalkan dia pada Yumna.
Ezra gelengkan kepala kecil. Dia alihkan kembali pandangan pada Yumna.
Gadis ini comel. Kecil dan rendah bagai tak cukup khasiat. Mata Yumna indah. Seolah bersinar. Hidungnya tak tinggi tapi tak rendah. Comel.
Yumna juga turut ambil peluang untuk menatap wajah itu. Mata secantik Ezra tak akan pernah ada gantinya. Kening Ezra lebat dengan rahang tajam menghiasi wajah jejaka itu. Rambut Ezra agak kecoklatan.
Ezra berdehem tak selesa. Kenapa mereka pandang satu sama lain sebegitu rupa? Macam nampak makhluk asing pun ada.
"Nak pergi mana?" Ezra cuba ketepikan perasaan janggal.
Bibir Yumna senyum tipis. Matanya yang tadinya bulat semakin mengecil. Matanya ikut senyum. Comel.
"Saya macam tak percaya awak Ezra yang sama." Gumam Yumna perlahan. Sipi-sipi di pendengaran Ezra.
"Saya nak ambil angin. Bosan asyik terkurung di dalam. Awak pula? Nak beli bunga? Nak borong lagi?"
"Lagi?" Ezra teleng kepala ke tepi. Sejak bila di borong bunga di kedai ini?
Yumna angguk kepala. Bibirnya masih senyum.
"Awak tak percaya? Saya masih ada rekod pembelian awak." Yumna tunjuk ke dalam. Pastinya setiap invoice pembelian masih dia simpan. Resit invoice pembelian Ezra masih ada di dalam laci kaunter.
"Tak apa. Saya percaya. Mungkin saya ada sebab hari itu. Mungkin saya cuma nak menolong kedai awak."
Patah hati Yumna. Tak mahukah jejaka ini ingat kembali? Namun dia faham, kadang ada perkara yang lebih baik tak di ingat kembali. Mungkin salah satunya tentang pertemuan mereka. Pertemuan mereka tak penting bagi Ezra.
YOU ARE READING
Ezakiel Ezra I : The Soulless Puppet (SU)
NonfiksiCERITA BERAT! "It was the hardest goodbye. Thank you mi alma" Ezakiel Ezra. Nama yang diberi oleh Ryan Stello kepada Carl Leo Pierre sebagai identiti barunya. Carl merupakan anak angkat di dalam keluarga Pierre. Satu keluarga yang memiliki syarikat...