Kepalanya tunduk memandang atas jalan menanti bayang Cecilia turun dari dalam pesawat peribadi. Tak seorang pun berani angkat kepala kecuali Aleeq Tristan.
Ezra pandang sejenak ke arah Aleeq yang selamba memeluk tubuh. Dia tak mampu nak mendongak seperti Aleeq. Ikutkan, hati dia lemah sekarang. Jantung dia berdegup laju. Sikit lagi rasa nak tercabut.
Tak sangka hari ini tiba. Tak sangka dia akan bertatap mata kembali dengan Cecilia. Kuat hati dia mengatakan, Cecilia akan paksa dia balik ke Sepanyol. Cukup dia tatap mata Cecilia. Mata Cecilia saja sudah buat dia rasa ingin rebah inikan pula nak jumpa kembali Cairo Pierre.
"She's coming." Bisik Aleeq pada Ezra. Semakin tunduk Ezra. Kelopak mata tertutup rapat.
Anak mata Aleeq hanya ikut langkah turun Cecilia. Pakaian serba mewah dan elegant yang dikenakan oleh Cecilia dipandang tanpa riak wajah. Bila orang jahat yang memakai, pakaian mahal tiba-tiba nampak murah. Mungkin murahan.
"What's wrong Aleeq? Miss me?" Soal wanita di usia 37 tahun itu pada Aleeq. Macam biasa, Aleeq tak akan pernah tunduk pada dia. Ini yang buat Cecilia lebih tertarik pada Aleeq.
"Fuck. No." Aleeq gulingkan mata ke atas.
Haruman minyak wangi kuat buat Ezra rasa kaku di tempatnya. Begitu juga Daisy, sempat Daisy angkat wajah sebentar dan bila matanya bersabung dengan anak mata Cecilia, dia menjeling sebelum tunduk kembali.
Cecilia ambil satu langkah ke arah Ezra. Senyuman di wajahnya terukir. Nampak jahat. Nampak tak ada kasih sayang. Apatah lagi kata rindu.
"Leo... I miss you. Don't you miss me?" Soal Cecilia sinis.
Ezra hanya diam. Kotak suaranya sudah terkunci.
Hilang senyuman di wajah Cecilia bila Ezra memilih untuk diam.
"Leo I'm talking to you."
Wajah Cecilia bertukar bengis. Berani tak jawab soalan aku? Gamaknya, Carl Leo Pierre sudah lupa diri. Lupa yang diri hanya dibawah kaki Pierre.
Cecilia hembus nafas perlahan. Aleeq pandang ke tepi. Bila lihat wajah Cecilia, tunggu masa sahaja wanita itu meletup. Serupa bom.
"Look at me Leo. Raise your head."
Masih. Ezra memilih untuk biar mulut terkunci.
"I said. Raise. Your. Head. Leo."
Air liur benar rasa pahit. Dia angkat wajah memandang sepasang mata kuyu kecoklatan milik Cecilia. Tepat dugaan dia, wajah itu buat dia imbau kembali semua memori pahit. Ingatkan dia sudah lari jauh tapi bila menoleh, rupanya dia masih di tempat yang sama. Tak berganjak.
Cecilia ambil satu langkah ke depan.
"You cross the line Leo. You really cross the line. And now, you choose to run? Bullshit." Cecilia ketawa sinis.
Cepatnya masa berlalu, tanpa sedar satu tamparan kuat singgah di pipinya.
Pang!
Terangkat wajah Daisy mendengar bunyi kuat itu. Matanya membulat melihat kepala Ezra sudah terteleng ke tepi.
"Carl?" Daisy pegang leher Ezra dengan kedua telapak tangan. Sebelah wajah Ezra merah. Sial! Hatinya sudah menyumpah serana Cecilia. Melampau. Lebih tepat lagi, gila!
"Woi!" Aleeq turut tak menyangka itu berlaku. Kuat tangannya menolak bahu Cecilia jauh daripada Ezra. Nasib sempat pengawal Cecilia yang lain menyambut sebelum wanitu itu menyembah lantai. Tempat patutnya Cecilia berada.
Dua pistol dihunuskan pada Aleeq oleh pengawal lainnya.
Aleeq langsung tak berganjak. Tak dihirau pistol itu.
YOU ARE READING
Ezakiel Ezra I : The Soulless Puppet (SU)
Não FicçãoCERITA BERAT! "It was the hardest goodbye. Thank you mi alma" Ezakiel Ezra. Nama yang diberi oleh Ryan Stello kepada Carl Leo Pierre sebagai identiti barunya. Carl merupakan anak angkat di dalam keluarga Pierre. Satu keluarga yang memiliki syarikat...