•21•

135 19 3
                                    

Suasana di meja makan itu hanya senyap. Cuma bunyi peralatan makan yang bergema di ruang itu.

Pengawal dan pembantu rumah Pierre hanya berdiri di satu bahagian dengan kepala menunduk memandang lantai. Suasana di rumah Pierre saat ini buat Ezra tak selesa.

Ezra pandang kosong makanan di atas meja. Makanan mewah yang terhidang di atas meja langsung tak buat dia ingin menjama makanan itu.

"Why do you keep on looking at your food? That's your favourite food." Cairo menegur. Garpu dan pisau dia letakkan pada atas meja. Matanya yang kecoklatan menikam wajah Ezra.

Ezra angkat wajah. Wajah tampan itu langsung tak ada perisa.

"Sorry. I will eat now."

Ezra letakkan garpu pada atas daging itu sebelum pisau memotong kecil bahagian daging.

Matanya memandang minuman dan makanannya silih ganti. Dadah itu diletakkan di mana?

Makanan kegemarannya, daging yang hanya direncah dengan sedikit lada hitam dan garam. Dimasak sehingga well done. Mungkin biasa bagi orang lain tapi makanan ini bukan selalu dia rasa sepanjang dia jejakkan kaki di rumah Pierre. Kadang, dulu dia makan sambil menangis menahan perit parut di tubuh.

Kepingan kecil daging itu disuapkan ke dalam mulut. Memang dulu ini makanan kegemarannya tapi sekarang makanan ini langsung tak mahu Ezra telan. Rasa kelat pada leher.

Gelas wine Ezra capai. Tak fikir panjang, diteguk satu gelas itu tanpa sisa.

Zyran angkat wajah tak tinggi. Cukup sekadar untuk mengintai atas meja makan keluarga Pierre. Matanya membulat melihat minuman di gelas Ezra sudah habis. Licin. Dadah itu... dadah yang boleh membunuh jikalau badan seseorang tak mampu menerima dos tinggi kandungan berbahaya di dalam pil terlarang. Dadah sudah masuk ke tubuh Ezra. Ya, dadah itu diletakkan dalam minuman Ezra.

Cairo dan Cecilia sempat memandang satu sama lain. Tunggu masa saja untuk melihat kesan dadah itu. Boleh jadi cepat dan boleh jadi akan makan waktu sebelum dadah itu menyerang tubuh Ezra.

"A-apa salah aku?" Gumam Ezra perlahan. Melihat hujung bibir Cecilia senyum, Ezra yakin tunggu masa saja sebelum sakit pil itu akan dirasai. Bukan pertama kali dia dijadikan bahan percubaan. Perkara ini biasa bagi Ezra.

Cairo memandang hairan Ezra. Tak mengerti kata yang baru meniti di bibir jejaka itu.

"What is it Leo?" Soal Cairo mendatar.

Ezra gelengkan kepala kecil. "I love this food." Ujar Ezra sebelum satu hirisan kecil daging disuapkan ke dalam mulut.

"We need you here in Spain. Whatever you do in Malaysia, leave that country as soon as possible." Cairo berdiri dari duduk. Aura lelaki yang berusia sudah 60-an itu buat mereka yang berada di ruang itu tunduk. Tak ada yang berani angkat wajah.

Pemergian Cairo dipandang sejenak oleh Ezra. Hanya dua keping daging yang dihiris halus dapat ditelan oleh Ezra. Yang lain, dibiarkan saja di atas pinggan. Tak lalu lagi nak menyentuh.

"Don't make him mad Leo. You might die on his hand if do so." Selamba bicara Cecilia. Di rumah ini, ahli keluarga Pierre dipandang tinggi kecuali Ezra. Disebabkan Ezra tak punya talian darah dalam keluarga Pierre, dia dilayan seperti bukan manusia.

Maksud lain, orang rumah ini hanya menganggap Ezra sebagai patung.

Anak mata hijau itu memandang ke arah Cecilia. Tak berkelip. Bayangan Cecilia semakin lama semakin bertambah.

Kepalanya berpinar. Serasa semuanya kabur dan dia rasa seluruh tubuhnya rasa berat. Dia pandang ke hadapan, bibirnya terkumat kamit ingin meminta bantuan.

Ezakiel Ezra I : The Soulless Puppet (SU)Where stories live. Discover now