•8•

179 16 2
                                    

Aleeq lemparkan jelingan pada wanita di hadapannya. Ingatkan tugasnya sudah berakhir.

"Just go home." Ujar Aleeq menyampah.

Daisy tertawa kecil seraya kunci bilik hotel yang dihulurkan oleh receptionist dia gapai. Dia ambil keputusan untuk duduk di Malaysia buat sementara waktu. Dia tidak mahu biarkan Ezra sendirian bila Cecilia jejakkan kaki di negara indah ini.

"Stop asking me to go home." Daisy atur langkah ke arah lif. Aleeq pula ikut saja dari belakang. Terpaksa sebenarnya. Lebih lama Daisy di Malaysia, lebih lama dia harus menjaga wanita ini. Bos dia pun satu, macam itu aje benarkan dia jadi bodyguard untuk Daisy. Tak ada bayaran lebih pula tu. Haih!

Pintu lif itu tertutup. Suasana senyap buat seketika sebelum Daisy buka bicara.

"Should I stop our marriage?" Soal Daisy perlahan. Bila dia dengar alasan Ezra, dia semakin terpujuk. Kalau Ezra mahu Daisy bahagia, begitu juga dia. Ezra layak memilih pasangan hidup. Ezra juga bukan budak kecil. Pasti jejaka itu tahu risiko.

Aleeq angkat wajah. Riak wajah bertukar serius. "Don't. Never."

"Why? I think he deser-"

"I already listened to Ezra. Yes I agree with him, he should marry someone he love but he will destroy himself. The moment he marry someone else, his family will destroy him. Not only him... that including you Daisy." Aleeq tunjuk wajah Daisy. Bukan Aleeq tidak hormat akan perasaan Ezra tapi mana yang lebih baik, itu akan jadi pilihan. Jika Ezra dan Daisy putuskan ikatan, mahu tak marah keluarga Pierre. Putuskan pertunangan yang sudah disebar ke publik hanya akan memalukan keluarga Pierre.

Daisy tunduk. Dia juga tahu risiko tapi kuatkah dia mahu menentang keluarga Pierre? Boleh jadi, sekelip mata nama Cyrus berubah buruk. Jenama yang disanjung dalam dunia fashion itu boleh jatuh bila-bila sekiranya ada jurang antara Daisy dan keluarga Pierre.

"I- I will take the risk." Ujar Daisy perlahan.

Aleeq pandang Daisy tidak percaya. Gila!

"Are you crazy?! That multi millionaire asset of yours... will vanish anytime Daisy. Are you ready for the loss?" Cyrus bukan perniagaan kecil kecilan. Jika empayar Cyrus jatuh, ramai yang akan terkesan. Apakah Daisy sanggup demi seorang jejaka?

Daisy tarik nafas dalam. Pintu lif terbuka seraya dia melangkah keluar dari dalam lif. Aleeq hanya pandang jejak keluar Daisy.

"I'm ready." Daisy telan liur pahit sambil dia pandang Aleeq yang masih berada dalam lif.

"Gila. Demi Ezra? Is it really worth to loss that much?"

Pintu lif perlahan tertutup. Aleeq lihat Daisy angguk kepala perlahan. Kecewa Aleeq pada Daisy. Kenapa Ezra dan Daisy susah nak faham keadaan mereka sekarang? Ini bukan cerita romantik semata, ini melibatkan harta dan kerjaya. Malah empayar besar.

Sebaik pintu lif tertutup, Daisy letakkan telapak tangan pada atas dada. Bawah bibir dia gigit. Nafas ditarik dalam. Hujung baju satin dia gengam dengan satu tangan lainnya.

"I will not loss that much. I will not." Daisy pujuk diri sendiri. Mustahil dia akan hilang duit berjuta-juta begitu sahaja. Dia akan usaha naikkan Cyrus sehinggakan Pierre tak mampu jatuhkan pernigaannya.

She will do her absolute best to save both Cyrus and Carl.

•°•°•°•°

Yumna termenung memandang bunga segar yang baru sahaja sampai. Matanya tidak berkelip. Apalah yang asyik menganggu fikiran dia? Sejak beberapa hari yang lalu, fikiran dia tak pernah nak tenang. Mengelamun sampai ke hujung dunia.

Ezakiel Ezra I : The Soulless Puppet (SU)Where stories live. Discover now