Janjinya cuma 4 hari tapi seminggu sudah berlalu. Tiada langsung bayang Ezra di pintu hadapan kedai bunga. Apa yang terjadi? Padahal Yumna yakin Ezra seorang yang simpan janji.
Yumna tarik nafas dalam. Harap keadaan jejaka itu baik-baik saja.
Kadang Yumna sedikit berharap agar telefonnya berdering tapi hampa, tiada apa. Mesej juga langsung tak berbalas.
Mungkin saja dia yang berharap lebih. Mungkin Ezra memang tak nak berjumpa lagi dengan Yumna. Mungkin Ezra sudah tidak sudi datang ke kedai bunga ini.
Yumna geleng kepala perlahan. Jambakan bunga dia betulkan agar cantik susunannya di dalam pasu.
Dia tepis segala perasaan negatif. Tak baik bersangka buruk. Ezra orang yang baik, itu yang pasti. Pasti jejaka itu ada sebab sendiri.
Ting
Laju kepala Yumna memandang ke arah pintu utama. Berharap datangnya orang yang dia tunggu tapi orang lain yang menyapa.
Seorang jejaka yang dia pernah lihat dulu. Jejaka ini pernah datang untuk mengambil pesanan bunga daripada Ezra. Tapi tak sempat dia bertanya nama jejaka ini. Di sebelahnya ada seorang wanita berwajah barat. Wanita itu nampak mewah dengan baju berjenama membaluti tubuh dari atas sampai bawah.
"Free ke?" Soal Hanafi sebaik sahaja dia melimpasi bingkai pintu.
Berkerut halus dahi Yumna mendengar bicara jejaka yang berjalan ke arahnya.
"Free? Bunga sini tak free encik." Polos bicara Yumna. Dulu iyalah free sebab Ezra yang borong satu kedai.
Hanafi gamam seketika. Dia tarik nafas dalam. Boleh tahan lurus juga buah hati Ezra.
"Bukan itu maksud aku. Kau tu free ke?" Hanafi tunjuk ke arah Yumna.
Bulat mata Yumna. Gila jejaka ini. Suka hati cakap diri dia percuma.
"Maksud aku, kau ada waktu terluang?" Hanafi betulkan bicara. Melihat reaksi Yumna pasti gadis itu sudah salah faham.
Yumna terus hembus nafas berat. Dia sudah salah tafsir jejaka ini. Tak lama kepala dia angguk kecil. Waktu juga sudah petang, kedai hampir mahu tutup.
Hanafi pandang Daisy seketika sebelum mereka berdua angguk kepala serentak.
"Hello Yumna. My name is Daisy." Daisy berjalan ke arah Yumna sebelum tangan dihulurkan sebagai salam perkenalan.
Yumna kaku seketika bila wanita itu sebut namanya.
Sedar dia mengelamun jauh, Yumna lap tangan pada baju sebelum dia menyahut salam wanita berupa barat itu. Bila wanita itu berdiri lebih dekat nampak sangat cantik. Cantiknya luar biasa. Buat Yumna terpakau.
"I've seen you before. You bought some flowers here."
Daisy senyum sebelum mengangguk. Yumna masih ingat pada dia.
"Can we have a moment with you? We need to talk about something. Basically about Carl." Daisy terus bicarakan soal itu tanpa membuang waktu. Dia tak boleh lama di sini memandangkan bila bulan mengambil langit, waktunya tiba untuk dia terbang pergi ke Sepanyol. Kenangan dia di Malaysia cukup indah kecuali bila munculnya Cecilia, semuanya jadi berantakan.
"Carl?" Yumna nampak hairan. Macam pernah dia mendengar nama itu.
"Ezakiel Ezra. His real name is Carl Leo Pierre." Hanafi menjawab persoalan Yumna.
Mulut Yumna melopong kecil. Iya itu nama Ezra. Carl Leo Pierre. Patutlah nama itu sudah tidak asing pada benak fikiran Yumna.
"Kau tunggu Ezra?" Hanafi bertanya seraya keningnya naik tinggi.
YOU ARE READING
Ezakiel Ezra I : The Soulless Puppet (SU)
Non-FictionCERITA BERAT! "It was the hardest goodbye. Thank you mi alma" Ezakiel Ezra. Nama yang diberi oleh Ryan Stello kepada Carl Leo Pierre sebagai identiti barunya. Carl merupakan anak angkat di dalam keluarga Pierre. Satu keluarga yang memiliki syarikat...