Dua hari lagi berlalu, batang hidung Ezra langsung tak muncul. Tapi dia masih yakin, mungkin ada satu saat, Yumna boleh nyatakan rasa bersalah pada jejaka itu.
Langkahnya diatur ke luar kedai. Sudah hampir pukul 9 malam, dia harus pulang ke rumah.
Kunci kedai digapai sebelum dia atur langkah keluar. Baru dua langkah dia ambil, badannya jadi kaku.
Apa yang dia lihat sekarang, buat mindanya tak mampu berfikir. Bayang atau halusinasi? Apa benar itu Ezra?
Ezra berdiri di hadapan kedai bunga itu. Nasib dia sempat datang, itu pun Daisy yang memaksa.
Mata Yumna seakan tidak percaya. Tuhan makbulkan doa dia untuk melihat sepasang mata hijau itu kembali. Yumna langsung tak berganjak dari tempatnya.
"Saya rindukan tempat ni, sebab itu saya datang melawat? Tak apa kan?" Soal Ezra. Dua tangannya berada di dalam poket hadapan hoodie. Bibirnya senyum tipis. Iya dia rindukan tempat itu tapi yang lebih tepat lagi, dia rindukan penjaga kedai itu.
"Sa-saya tak mimpi kan? Ini bukan halusinasi kan?" Yumna gelengkan kepala sebelum dia pandang ke arah depan kedai kembali dan jejaka itu masih di sana.
"Kenapa? Rindu sangat ke sampai terngiang-ngiang wajah saya?" Ezra sengetkan sedikit kepala. Sempat dia ambil aura Aiman. Mulutnya petah berkata manis.
Tercenggang Yumna mendengar bicara jejaka itu. Rindu? Mungkin. Dia tak nafi.
"Maaflah saya tak lama berkunjung. Saya sibuk. Ada hal penting saya kena selesaikan. Kalau awak rindu, tataplah puas-puas. Saya tak lari mana." Kuat sungguh pengaruh Aiman malam ini. Mulut dia lancar sampai dia juga terkejut. Sejak bila dia mahir berkata begini?
Terkebil-kebil Yumna mendengar bicara lelaki wajah eropah di hadapannya. Jangan blushing Yumna. Ingat jejaka di hadapan ini hanya suka pada kaum Adam.
"Boleh ke?" Soal Yumna bila matanya bersabung dengan anak mata Ezra.
"Boleh. Tataplah sampai bawa ke mimpi pun tak apa."
Ish! Mati bicara Yumna. Bukan itu yang Yumna nak tanya. Yumna nak minta maaf. Dia nak tanya keadaan jejaka itu tapi mulut boleh pula terlepas kata.
Yumna gelengkan kepala laju.
"Awak macam mana? Okay tak? Kenapa saya mesej tak reply? Saya ada salah cakap tempoh hari? Kalau ada saya minta maaf. Awak mesti ada terasa hati dengan saya kan?" Bertalu talu soalan diberikan oleh Yumna. Nak tanya satu soalan tapi bibir dia lancar tanya semua soalan yang bermain di minda. Bila Yumna sedar, dia tekup mulut rapat.
Ezra tertawa seketika. Mana satu nak jawab dulu? Sudah 4 hari mereka tidak bertemu dan Yumna sudah sediakan soalan exam untuk dia. Kalau tak jumpa sebulan, gamaknya Yumna sediakan kertas soalan peperiksaan untuk dia.
Ezra sandarkan tubuh pada bingkai pintu. Tangan masih disorokkan dalam poket hoodie. Matanya memandang tepat Yumna dengan bibirnya yang masih senyum.
"Saya jawab satu-satu. Awak dengar elok-elok dan nanti awak bagi saya markah." Ujar Ezra.
"Markah?"
"Markah sama ada awak berpuas hati atau tidak dengan jawapan saya. Kalau boleh saya nak full mark. Saya nak A+. Kalau penjelasan saya kurang, saya jelaskan lagi sampailah saya dapat A+ daripada awak." Ezra jungkitkan kening.
Berkelip-kelip mata Yumna. Pelik tapi comel. Ingat ini dewan peperiksaan ke?
"Soalan pertama, saya okay cuma cedera sikit."
"Macam mana boleh cedera? Di mana?" Soal Yumna risau.
"Bertambah soalan nampaknya. Saya jawab satu-satu. Saya anggap soalan yang baru awak tanya sebagai soalan nombor enam dan tujuh. Sekarang saya jawab soalan kedua pula, soalan sama tapi ayat berbeza. Saya okay Siti Yumna. Masih boleh berjalan. Masih boleh jumpa awak lagi."
YOU ARE READING
Ezakiel Ezra I : The Soulless Puppet (SU)
Non-FictionCERITA BERAT! "It was the hardest goodbye. Thank you mi alma" Ezakiel Ezra. Nama yang diberi oleh Ryan Stello kepada Carl Leo Pierre sebagai identiti barunya. Carl merupakan anak angkat di dalam keluarga Pierre. Satu keluarga yang memiliki syarikat...