Ezra dan Aleeq pandang satu sama lain. Di sisi lain, Hanafi memeluk tubuh sambil bersandar pada bingkai pintu yang masih terbuka luas.
"Daisy? Can we talk?" Ezra ketuk kamar bilik mandi hotel bilik Daisy. Berjam lamanya Daisy berkurung sejak pulang daripada bertemu Cecilia.
"Apalah si Cecilia cakap sampai murung Daisy tu?" Hanafi gelengkan kepala.
Hanafi dan Ezra sebenarnya sedang sibuk di base AS tapi Ezra terima panggilan tiba-tiba daripada Aleeq. Mahu tak mahu, Ezra bergegas juga ke hotel. Diangkut Hanafi sekali.
"Maybe about her mom." Ezra tunduk. Rasanya itu saja yang boleh buat Daisy selemah ini.
"Dia memang tak ada modal lain? Asyik nak sentuh mak orang yang sedang sakit. Macam tak ada otak." Ujar Aleeq tak puas hati.
"I mean... She's Cecilia Pierre. Bila masa dia ada otak?" Hanafi ikut mengumpat.
"Jangan sampai aku letak racun tikus dalam makanan dia. Ke patut aku tolak dia dari bilik hotel dia?" Aleeq berfikir seketika.
"Kau dah sedia nak masuk penjara?" Tanya Hanafi sedikit mengusik.
Aleeq geleng kepala sebelum dia atur langkah ke arah Hanafi. Tangan memegang bahu Hanafi seraya matanya bersabung dengan anak mata Hanafi.
"Apa kata kau yang bunuh dia? Aku tak boleh masuk penjara. Aku ada bini. Kau tak ada." Aleeq jungkitkkan kening.
Seh! Menyampah. Hanafi gulingkan mata ke atas menampakkan putih matanya. Memang Aleeq terpaling bahagia. Dia ni, siapa saja nak sayang? Kasih sayang ibu dan ayah pun dia tak dapat, inikan kasih sayang wanita lain. Angan-angan.
Ezra gelengkan kepala. Dalam keadaan macam ini, Aleeq dan Hanafi langsung tak serius. Tapi buat apa mereka serius? Mereka tak pernah alami apa yang dia dan Daisy alami. Ya, mereka nampak penderitaan Ezra tapi mereka tak pernah di tempat Ezra. Badan mereka tak berbekas seperti Ezra. Mereka tidak di caci maki, di sumpah serana oleh keluarga sendiri. Dia faham kalau Aleeq dan Hanafi simpati tapi simpati tak bermaksud mereka mengerti.
Ezra toleh kembali ke arah kamar mandi bila dia dengar tombol pintu diputar dari dalam.
Daisy keluar basah kuyup. Dia berendam lama di dalam tub mandi. Menangis tak henti. Apa yang buat dia begini? Dia kata dia kuat, bukan? Tapi dia terima panggilan daripada ayahnya mengatakan pengawal Pierre kononnya ingin menolong menjaga wad ibunya. Berulang kali Daisy membantah kerana dia tahu ini semua dalang daripada Cecilia. Dia mahu pulang ke Sepanyol tapi bagaimana dengan Ezra?
Ayahnya pula asyik termakan tipu helah Cecilia. Ayah anggap Cecilia orang baik.
Ezra langsung masuk sebelum tubuh Daisy dipeluk erat. Lekuk tubuh wanita itu jelas kerana pakaiannya sudah basah kuyup melekap di tubuh. Dia tidak mahu pakaian yang sudah boleh nampak dalam tubuh Daisy dilihat oleh Hanafi dan Aleeq.
"Aleeq? Towel please or at least bathrobe." Minta Ezra.
Aleeq tidak sedar yang Daisy sudah keluar. Asyik bertekak mulut dengan Hanafi sampai tak perasan. Dia segera berjalan ke tengah bilik hotel. Bibirnya terukir senyuman melihat Ezra dan Daisy sedang berpelukan. Ezra dan Daisy memang sesuai di mata Aleeq.
Tangan Ezra bergerak mengusap rambut Daisy yang masih basah.
"What happened?" Soal Ezra risau.
"Cecilia... she asked her people to guard my mother's ward. She even said to me that she will kill my mother. How... just how can she? Why she's using my mother against me?" Perlahan bicara Daisy namun cukup untuk didengari oleh Ezra. Dapat Ezra rasa tubuh Daisy mengigil kesejukan.
YOU ARE READING
Ezakiel Ezra I : The Soulless Puppet (SU)
Literatura FaktuCERITA BERAT! "It was the hardest goodbye. Thank you mi alma" Ezakiel Ezra. Nama yang diberi oleh Ryan Stello kepada Carl Leo Pierre sebagai identiti barunya. Carl merupakan anak angkat di dalam keluarga Pierre. Satu keluarga yang memiliki syarikat...