•29•

125 14 6
                                    

"Dasar anak tak sedar diri. Syaitan mana yang rasuk kamu ni nak" Aiman pandang kecewa mata hijau Ezra. Dia tunduk seraya mata berjalan mengikuti setiap coretan yang berada di lengan Ezra. Berlakon menjadi seorang ibu.

"Rumah kau depan tu je. Asal kau sibuk tiba-tiba nak berkelah di rumah Ezra." Marah Aleeq. Ada perkara penting yang Aleeq nak bincang bersama Ezra tapi ada bala seorang pula datang. Katanya bosan duduk rumah.

Aiman peluk lengan kanan Ezra sebelum matanya menjeling tajam Aleeq. Sibuk marah dia. Pemilik rumah pun tak halau, Aleeq siapa nak menghalau bagai.

"Ada aku bercakap dengan kau ke? Kau tu cuma bayang bagi aku. Tak penting!"

Ezra tutup mata perlahan. Sakit kepala otak. Ikutkan hati dia nak halau mereka berdua. Buat semak rumah dia.

"Dasar lelaki tak guna. Aku tunggu hari aje kau jadi duda. Memang aku bahan kau seumur hidup kau." Dibaling kusyen yang berada di atas sofa pada Aiman.

Geram punya pasal. Dibalas kembali balingan Aleeq.

"Aku jadi duda pun nanti masih ramai yang nak pada aku. Kau fikir aku ni tak laku?" Aiman menyoal kencang. Yakin punya Aleeq akan diam.

"Iya tak laku. RM 0. Kosong!" Tempik Aleeq kuat.

"Keluar" Cuma satu kata, suasana di ruang tamu rumah Ezra jadi senyap.

Aleeq dan Aiman saling bertukar pandangan. Air liur ditelan kesat.

"Dia tahu guna pistol tau." Gumam Aleeq sebelum bersiul. Jangan nak buat Ezra marah. Nanti peluru yang singgah di tempurung kepala.

Kepala Aiman laju menoleh ke arah Ezra. Matanya bulat.

"Tembak saya abe" Bibir muncung ke depan.

Tubuh Aiman ditolak kuat ke tepi oleh Ezra. Geli! Sah budak Aiman ni sakit otak.

Aiman gelak sakan sebelum dia kembali duduk.

"Kau nak tukar pekerjaan ke? Nak tukar bidang? Nak jadi polis?" Ezra tarik nafas dalam tatkala dia diserang soalan demi soalan oleh Aiman. Semak.

Dibiarkan saja soalan Aiman bergantung. Ezra pandang Aleeq. Pandangan itu ada makna.

Riak wajah Aleeq bertukar serius. Mungkin tak mengapa kalau Aiman tahu.

"Semua yang kau dengar di sini tak boleh ada yang tahu. Tutup mulut kau." Kini pandangan Aleeq beralih pada Aiman. Ezra hanya mengerling Aiman yang duduk di sampingnya.

Aiman betulkan duduk seraya air liur diteguk pahit. Kenapa seram sangat? Kepalanya angguk tanda faham. Kalau sudah auranya seperti ini, pasti ada hal sulit yang mereka ingin bincangkan. Kalau dia bergurau lagi, memang alhasilnya kena halau.

Kaki yang tadi bersilang, dibuka. Aleeq tarik nafas sebelum dia memandang Ezra yang duduk di sofa hadapan. Dia cuba ingat semua maklumat yang dapat dia kumpulkan.

"Tres Serpientes. Kumpulan yang kau serang terbahagi kepada tiga sebab itu name mereka Tres Serpientes bermaksud tiga ular. Kumpulan pertama iaitu kumpulan utama bertapak di Zaragoza, Sepanyol. Kumpulan kedua bertapak di Macau, China dan kumpulan ketiga ada di Manila, Filipina. Mereka antara pengedar terbesar dadah jenis shabu dan kokain. Erti kata lain, kau tak bunuh semuanya Ezra, kau cuma bunuh kumpulan pertama mereka dan betul pesaing terbesar mereka ialah Pierre. Aku rasa sebab itu Cairo nak kau hapuskan mereka tapi silap langkah. Ada lagi dua kumpulan yang mungkin Cairo tak sedar kewujudan mereka. Tak pun Cairo sedar dan sengaja jadikan kau sebagai umpan supaya mereka tak serbu Sepanyol tapi datang ke sini, Malaysia. Jarak kita dan Filipina tak jauh. Buktinya, orang-orang mereka sudah sampai." Jelas Aleeq panjang lebar. Ini bukan lagi kes biasa-biasa. Penjenayah besar sudah masuk ke dalam Malaysia untuk memburu Ezra.

Ezakiel Ezra I : The Soulless Puppet (SU)Where stories live. Discover now