•9•

191 14 0
                                    

"Tak patut kau buat macam tu?" Hanafi gelengkan kepala mendengar cerita Aleeq. Sampai ke tahap itu Aleeq ingin menghalang.

"Habis tu? Kau pun nak biarkan perkahwinan Ezra dan Daisy putus macam itu aje?" Soal Aleeq sambil dia hirup kopi buatan isterinya, Tengku Hanim. Tengku Hanim sudah naik dulu memberi ruang pada dua jejaka itu untuk bicara.

Hanafi tunduk. "Bila Ezra sebut nama Yumna, bibir dia senyum Aleeq. Dia nampak gembira. Nampak ceria. Aku tak akan halang kalau Ezra pilih Yumna."

Aleeq seakan tidak percaya akan semua yang keluar daripada mulut Hanafi. Siapa tak gembira melihat Ezra bahagia tapi percayalah bahagia yang Ezra akan capai bersama Yumna hanya bersifat sementara. Pada akhirnya, dua-dua akan tersiksa. Jalan mereka akan penuh duri.

"Aku akan halang. Kalau Cecilia tahu, kau fikir dia akan duduk diam. Silap hari bulan, mati budak Yumna tu nanti." 

Bila Aleeq sebut nama Cecilia, Hanafi angkat wajah. Dia lupa akan kewujudan wanita itu. Wanita itu lagi bahaya daripada api dan lebih kejam daripada jin. Trauma yang wanita itu beri pada Ezra sudah menghukum Ezra bagai penjara berduri. 

"Sampai sekarang Cecilia masih berani naik tangan pada Ezra. Jangankan naik tangan, nak patahkan tangan kaki Ezra pun dia mampu. Kau rasa apa akan jadi pada Yumna pula?" Depan mata mereka berdua, Cecilia maki hamun Ezra, pukul Ezra. Ezra pula tak tahu erti melawan. Asyik menunduk menerima segalanya. Seolah-olah Ezra tidak punya perasaan.

"Dan apa beza bila Ezra bersama Daisy. Tak ke nanti Cecilia jadikan Daisy mangsa panas baran dia?"

Kini Aleeq yang diam tidak tahu ingin menjawab apa. Tak pasal-pasal dia sibuk urusan hubungan orang lain.

"Sekurang-kurangnya, Daisy orang penting. Cecilia akan kawal diri untuk tak buat apa-apa pada Daisy. Daisy can't control her but at least she can stop her with her position." Ujar Aleeq.

Hanafi hela nafas berat. Otaknya ikut bercelaru memikirkan nasib Ezra. Kadang dia rasa gagal menjadi seorang rakan kepada Ezra. Kenapa orang sebaik Ezra harus lalui semua ini?

"Jujur aku kata, aku akan ikut kemahuan Ezra. Kalau dia nak batalkan pertunangan untuk diri sendiri sekalipun, aku akan sokong dia."

Berkerut dahi Aleeq seraya mulutnya terbuka sedikit. Ingatkan Hanafi akan ikut dia untuk perjuangkan hubungan Ezra dan Daisy, namun sebaliknya berlaku.

"Cukup Ezra dan Daisy gila. Kenapa kau nak ikut gila sekali?" Hampir saja Aleeq ingin naikkan suara. Kenapa semua orang seolah tiada akal fikiran?

"Siapa kita nak tentukan bahagia dan takdir Ezra? Kita bukan di tempat dia Aleeq. Kita bukan dia. Jadi semua keputusan bukan milik kita berdua. Apa-apa yang keluar daripada mulut Ezra, aku yakin itu yang terbaik." Tegas Hanafi berbicara. Andai kata Ezra mahu seorang diri sehingga akhir hayat, Hanafi akan setuju. Jika Ezra mahu bersama yang lain, Hanafi juga akan setuju. Dia bukan sesiapa mahu tentukan jalan hidup Ezra. Nak kata hidup dia sempurna, jawapannya jelas tidak. Jadi siapa dia nak tetapkan bahagia seseorang tatkala hidup dia juga bagai tali yang tak jumpa penghujung.

Aleeq pandang ke tepi. Kata-kata Hanafi sedikit menghentam dia. Adakah tindakan dia melampau saat ini? Namun, dia tidak mampu duduk diam jika dia tahu jalan yang Ezra ingin pilih. Kuat hati dia mengatakan, jalan itu bawa binasa.

"Jangan bawa aku ikut sekali dengan fikiran gila kau. Kau nak halang, dipersilakan tapi jangan sesekali petik nama aku sebab aku cuma setuju dengan keputusan Ezra." Hanafi berdiri dari duduk. Malas dia mahu berbincang lagi dengan Aleeq. Kadang dia rasa Aleeq melampau dalam mengambil tindakan.

"Keputusan apa?" Satu suara tiba-tiba memenuhi ruang rumah Aleeq.

Bola mata Hanafi membulat melihat Ezra yang berdiri tidak jauh dari dia. Aleeq juga turut kaku melihat bayang Ezra. Tolonglah Ezra tak dengar apa-apa.

Ezakiel Ezra I : The Soulless Puppet (SU)Where stories live. Discover now