"Perempuan tu elok cuma dia-Ouch! Sakit!" Aiman teriak kecil tatkala luka di tangannya ditekan kuat oleh Ezra.
"Kau badmood tak payah nak salurkan pada aku gila." Aiman tarik tangannya. Aduh! Sudahlah luka dia dalam. Kena jahit pula tu. Inilah bila buat misi tapi mata pandang perempuan seksi. Kan dah mendapat hirisan pisau daripada musuh.
"Kau dah kahwin, sampai hampir nak cerai, ada anak, perangai masih sama. Cuba perangai tu elok sikit. Aku tak salahkan kalau Intan tuntut cerai daripada kau." Bebel Ezra sebelum dia menarik lengan Aiman kembali. Luka teruk perlu dibersihkan dengan kadar segera.
"Amboi! Sibuk aje kau. Aku berkongsi cerita tentang perempuan cantik. Manalah tahu kau berminat." Aiman gigit bawah bibir bila Ezra suntik ubat kebas di bahagian lukanya. Sakit dia nikmat neraka sungguh.
"Tak berminat. Kau tak tahu tapi aku ada tunang." Ezra menggapai benang klinikal. Rasanya 6 jahitan cukup untuk tutup luka Aiman.
Melopong besar mulut Aiman.
"Since when bro? Aku ingatkan kau nak single sampai mati." Aiman tatap Ezra yang lengkap berpakaian skrub perubatan. Wajah jejaka itu dihalang dengan surgical mask.
Ezra angkat wajah. Mahu saja Ezra suntik ubat kebas di mulut Aiman.
"This gonna hurt you a little bit." Ezra masukkan jarum ke dalam daging kulit Aiman.
Aiman pandang ke tepi seraya mukanya berkerut habis. A little bit? Penipu.
"I think you know her name, Daisy Catherine Cyrus."
Laju Aiman pandang Ezra. Daisy? Catherine? Cyrus? CEO jenama terkenal Cyrus? Matanya tak henti berkelip. Lupa akan sakit dijahit.
"Jangan banyak gerak. Silap-silap mulut kau aku jahit." Selamba bicara Ezra. Matanya fokus pada tangan koyak Aiman.
"Ahh sakit tapi... for real? Cantik tunang kau. Asal kau tak pernah cakap sebelum ni?" Mustahil dia tidak mengenali Daisy. Wanita itu ikon dalam dunia fesyen. Apatah lagi Intan juga pernah bekerja di bawah jenama itu.
"Sebab... Aku nak putuskan pertunangan."
Kenapa banyak sangat plot? Cuba cakap satu demi satu. Berkerut dahi Aiman. Ini sesi dapatkan rawatan atau sesi spill the tea?
"W-what? Bingung otak aku." Aiman pandang ke arah tangannya yang sedang dijahit. Ngeri. Dia laju pandang ke atas siling.
"Tak penting pun." Ucap Ezra tenang.
Eh hello? Engkau dahlah tunang tak bagitahu. Tiba-tiba putuskan tunang. Lepas ni apa pula? Ingin saja mulut Aiman lepaskan bicara namun ditahan. Takut lebih-lebih dia cakap, jadi bihun sup tangan dia nanti.
"Okay done." Ezra buka kain surgeri sebelum dia berdiri dari duduk. Badannya diregangkan sebelum dia buka sarung tangan getah itu. Dicampak ke tong sampah.
"Rehat kejap dekat situ. Lepas kau rasa elok sikit, boleh keluar. Aku pun ada kerja nak buat." Selamba bicara Ezra.
Aiman memandang tajam belakang tubuh jejaka itu. Cakap macam nak halau dia pergi.
"Nak pergi mana?" Soal Aiman ingin tahu.
"Flower shop." Jawab Ezra dengan segaris senyuman tipis.
"Flower shop? Untuk?"
"None of your business." Ezra pergi tinggalkan Aiman di situ. Pandai pandailah Aiman jaga diri sendiri. Dah besar kan?
Aiman hanya memandang sepi permergian Ezra. Doktor tak guna. Macam itu aje dia tinggalkan pesakit? Inilah masalah doktor import.
•°•°•°•°
YOU ARE READING
Ezakiel Ezra I : The Soulless Puppet (SU)
SaggisticaCERITA BERAT! "It was the hardest goodbye. Thank you mi alma" Ezakiel Ezra. Nama yang diberi oleh Ryan Stello kepada Carl Leo Pierre sebagai identiti barunya. Carl merupakan anak angkat di dalam keluarga Pierre. Satu keluarga yang memiliki syarikat...