Puan Aina datang untuk menjemput kepulangan Yumna. Tak senang Puan Aina duduk di rumah selama 3 hari Yumna terlantar di hospital. Kedai bunga juga terpaksa ditutup kerana polis ingin menyiasat lanjut kejadian yang berlaku terhadap Yumna dan Ezra.
"Maafkan saya kak" Yumna duduk di atas katil. Mata paku pada atas lantai. Rasa serba salah menyerbu diri. Tiga hari kedai bunga ditutup. Kedai bunga terpaksa menanggung kerugian. Belum lagi, mereka yang menempah bunga terpaksa dibatalkan. Takut reputasi kedai bunga milik Puan Aina mendapat persepsi buruk pada pelanggan di luar sana.
Tangan Puan Aina yang sedang mengemas baju Yumna terhenti. Dia pandang wajah Yumna dengan senyuman. Sejak kelmarin Yumna meminta maaf padahal tak terdetik walaupun sekali dihati Puan Aina untuk menyalahkan Yumna. Tak ada yang minta semua ini berlaku. Puan Aina hanya anggap ini semua takdir Tuhan. Manatahu ada yang lebih baik menyapa mereka di esok hari.
"Akak sikit pun tak salahkan Yumna. Yumna juga mangsa. Alhamdulillah saja keadaan Yumna tak teruk. Allah beri Yumna kesempatan untuk bernafas lagi." Ujar Puan Aina dengan segaris senyuman.
"Tapi Ezra..." Iya dia bersyukur yang dia diberi kesempatan untuk bernafas lagi tapi Ezra masih tak sedarkan diri. Entah bila jejaka itu akan sedarkan diri. Sampai saat ini Yumna tak henti-henti berharap yang mata Ezra akan terbuka.
Puan Aina datang mendekat. Belakang tubuh Yumna diusap perlahan. Dia dengar berita soal Ezra. Jejaka yang pernah memborong kedai bunganya menjadi mangsa aksi tembak menembak yang berlaku tiga hari lalu. Harap saja jejaka itu cepat sedarkan diri. Puan Aina ada datang melawat ke wad Ezra tapi niatnya dihentikan oleh pihak polis. Katanya hanya orang-orang tertentu sahaja dibenarkan melawat.
"Saya nak jenguk dia" Suara Yumna sayu. Sedaya upaya dia membentengi sebak.
"Yumna tak boleh melawat. Polis tak akan benarkan Yumna masuk. Jadi kita doakan saja Ezra cepat sedar"
Sekali saja. Benarkan dia menjenguk Ezra. Dia mahu lihat dengan mata kepala dia sendiri. Berat langkahnya apatah lagi hatinya ingin melangkah keluar daripada hospital. Isi kepalanya penuh dengan nama Ezakiel Ezra. Bagaimana keadaan Ezra sekarang? Kenapa ada yang tergamak lakukan perkara seperti itu pada Ezra? Kenapa harus Ezra dari ramainya manusia lain?
"Saya cuma nak lihat dia dari jauh. Tolong saya kak."
Angguk tidak geleng juga tidak. Tak sampai hati Puan Aina hendak menolak melihat wajah sayu gadis ini. Tak boleh juga setuju, takut nanti Polis menghalang.
"Kita cuba. Tapi jangan kecewa sangat kalau tak dapat." Pesan Puan Aina. Tak mahu gadis ini terus murung. Yumna sudah seoerti adik sendiri, sedih gadis ini sedih juga Puan Aina.
Yumna angguk kepala laju.
•••••
Mata Yumna memandang dua pegawai polis yang berdiri di hadapan pintu wad rawatan VIP. Bilik 1023. Bilik yang tertera nama Carl Leo Pierre.
Baru Yumna ambil satu langkah, Puan Aina mengengam rapat pergelangan lengan Yumna menghalang Yumna untuk terus maju. Puan Aina gelengkan kepala.
"Beri saya peluang nak mencuba akak. Kalau betul polis tak benarkan, saya tak akan paksa." Ujar Yumna lembut. Satu tangan Yumna menyentuh atas kekura tangan Puan Aina. Tolong beri dia kesempatan.
Tak sanggup lagi Puan Aina mahu menatap wajah sedih Yumna, pegangan tangan kian longgar membenarkan Yumna untuk menyapa dua orang polis yang berdiri tegak di hadapan pintu wad.
Satu pegawai menyedari kehadiran seorang gadis, telapak tangannya diangkat tinggi. Terus langkah Yumna terhenti.
"Maaf. Kawasan ini merupakan kawasan larangan. Cik tak dibenarkan berada di sekitar sini." Ujar jejaka polis itu.
YOU ARE READING
Ezakiel Ezra I : The Soulless Puppet (SU)
SaggisticaCERITA BERAT! "It was the hardest goodbye. Thank you mi alma" Ezakiel Ezra. Nama yang diberi oleh Ryan Stello kepada Carl Leo Pierre sebagai identiti barunya. Carl merupakan anak angkat di dalam keluarga Pierre. Satu keluarga yang memiliki syarikat...