•26•

126 14 2
                                    

Badan diregangkan seraya matanya ditutup rapat. Nikmatnya dapat keluar daripada bilik rawatan setelah seharian di dalam bilik itu. Segala kerjanya yang tertunggak cepat-cepat dia selesaikan. Teratur tak mahu ada yang tertinggal.

Benarlah semua yang terjadi ini nyata. Dia yang lupa ingatan. Laporan terakhir yang dia siapkan ialah pada bulan Januari bukan Ogos. Bertambah persoalan di benak mindanya.

Lengan baju hoodie ditarik ke paras siku. Nafas ditarik dalam sebelum dihembus perlahan. Kedengaran keluhan sedikit.

"Banyak kerja? Nak aku tolong?" Satu suara singgah di deria pendengaran. Melihat Daniel, bibir Ezra senyum.

"Semua siap. Terima kasih."

Daniel angguk kepala sekali. Bila matanya singgah di lengan Ezra, dahinya sedikit berkerut.

"Tattoo?" Daniel juihkan bibir pada lengan Ezra.

Cuak. Cepat-cepat Ezra tarik lengan baju untuk menutupi coretan di tangan.

Daniel hanya tawa kecil. Tak payahlah cuak sangat. Tak salah pun ada tattoo.

"Cuak sangat kenapa? Tak salah pun lah kau ada tattoo. Nak lukis satu badan pun tak apa. Kau atheist kan?" Daniel bertanya ingin memastikan.

Ezra angguk kecil menjawab pertanyaan Daniel.

"Cumanya aku terkejut sikit aje. Muka kau nampak innocent. Tak sangka kau minat tattoo ni semua. Kau nampak lain. Nampak ganas. Ke kau nak menceburi balik bidang mafia lepas kontrak kau dengan Ariths Security habis?" Sebahagian Daniel hanya bergurau tapi dia juga tertanya-tanya. Lebih kurang berbaki lagi enam bulan sebelum kontrak Ezra dan Ariths Security tamat. Segala keputusan Ezra pasti mereka akan terima cumanya berharap Ezra mahu menyambung untuk tetap bersama Ariths Security.

Ahli-ahli Ariths Security selesa bekerja dengan Ezra dan menerima rawatan daripada jejaka itu.

Laju Ezra menafikan. Sekalipun keluarga Pierre membantah untuk dia menetap di Malaysia, dia akan pakukan kaki di negara ini. Dia tak akan berpaling tadah daripada Ariths Security.

"Aku nak sambung kontrak. Aku sudah terlanjur selesa dekat sini."

"Silap hari bulan, kau kahwin dengan orang sini. Umur pun dah masuk 34. Tak lama lagi 35." Saja Daniel mengusik. Nyatanya dia tahu tentang tunang Ezra.

"Soal umur jangan nak sentuh. Kau tu bila nak kahwin lagi?" Ezra pun ada senjata nak mengusik duda seorang ini.

Terus mencuka wajah Daniel.

"Aku tak akan kahwin lagi. Sampai bila-bila. Aku cakap tentang kau sekarang ni. Usik aku pula."

Ezra hanya lepas ketawa kecil. Dia usik orang boleh, orang usik dia tak boleh.

"Nantilah. Umur 60 baru aku kahwin." Ezra berjalan pergi. Lama duduk di situ, lagi banyak yang Daniel akan usik. Daniel walaupun seorang yang tenang dan rasional kadang datang juga bala dia.

Daniel gelengkan kepala sambil senyum lebar. Lama tak jumpa, usik sikit pun jadilah.

Langkah Ezra terhenti sebelum dia palingkan tubuh memandang Daniel.

"Daniel? Kau tidur sini malam ni tak? Aku nak pinjam kereta. Lupa kereta aku masih di rumah." Sudahlah bagasi dia masih di kereta Hanafi. Hanafi pula sibuk di tempat lain. Entah-entah sibuk bercinta. Tak nak juga ganggu bahagia kawan dia.

"Aku balik rumah. Anak-anak aku nanti siapa nak jaga? Kau guna ajelah. Aku minta Aleeq singgah rumah kau nanti untuk ambil kereta aku balik. Kunci ada dekat almari depan pintu utama." Daniel tunjuk ke arah pintu utama.

Ezakiel Ezra I : The Soulless Puppet (SU)Where stories live. Discover now