Zyran putar tombol pintu sebelum daun pintu dibuka besar. Bilik tak berpenghuni Ezra dipandang sejenak sebelum kakinya mengambil langkah masuk.
Punggungnya dilabuhkan pada atas kerusi dekat meja kerja Ezra. Satu demi satu almari di meja kerja besar Ezra dibuka oleh Zyran.
Gerakannya terhenti seraya matanya terpaku pada satu buku lukisan.
"Did you find anything?" Soal satu suara lunak. Seorang wanita datang mendekati Zyran. Langkah demi langkah diambil sehingga dia berdiri di sebelah Zyran. Matanya memandang buku lukisan yang diambil oleh Zyran.
"Open it." Arah Cecilia dingin.
Zyran hanya ikut arahan. Tangannya terus membuka satu demi satu helaian kertas.
Setiap helaian kertas itu terlakar lukisan indah pelbagai jenis bunga. Tak hairan melihat semua lukisan cantik ini kerana hasil tangan Ezra tak pernah mengecewakan. Ezra pandai dalam bidang perubatan dan Ezra juga mempunyai bakat dalam bidang lukisan.
Mawar. Tulip. Teratai. Orkid. Segala jenis bunga menghiasi cantik buku lukisan bersaiz sederhana itu. Setiap helaian akan buat sesiapa saja terpukau.
"Malaysia, Flowers shop, Siti Yumna and more flowers. He sure in love with her." Berkat bicara Daisy tempoh lalu, pelbagai informasi tentang Ezra yang Cecilia tahu. Tak tahukah Daisy CCTV bilik Ezra juga mampu merekam suara perbualan mereka.
Dulu, Cecilia juga sempat melihat semua barang milik Ezra sebelum di bakar oleh Zyran. Kad perniagaan dan kertas yang ditulis Siti Yumna. Pada mulanya Cecilia hanya menganggap semua itu tidak berguna namun setelah mendengar perbualan Daisy dan Ezra, pastinya ada sesuatu di Malaysia yang Ezra sorokkan.
"This is so interesting. We should check it out but... not now. Let him enjoy his sweet time first. Ask our people to silently follow him and inform me anything regarding my sweet younger brother." Anak mata menikam tajam anak mata Zyram.
Zyran angguk sekali tanda menerima arahan.
Jelas terukir senyuman manis di bibir Cecilia sebelum wanita itu melangkah pergi meninggalkan Zyran seorang diri di bilik Ezra.
"I'm sorry Ezra. I'm so sorry." Zyran tunduk. Buku lukisan itu ditutup semula sebelum diletakkan di tempat asal. Nafas ditarik dalam seraya dia berdiri untuk melangkah pergi bersama Cecilia.
*****
"Ingatkan kau tak tahu jalan pulang." Perli Aleeq tatkala melihat rakannya sudah berdiri di pintu hadapan markas kedua Ariths Security.
Ezra garu belakang leher janggal. Tak ada niat pun Ezra nak duduk di Sepanyol lama tapi dia terpaksa akur dengan arahan keluarganya. Sampaikan Ezra merayu untuk kembali untuk ke Malaysia.
"Maaflah. Seronok duduk Sepanyol."
Berkerut halus dahi Hanafi mendengar bicara Ezra. Lagi berkerut dahi Aleeq.
"K-kau Se-seronok? Kau mabuk ke apa?" Hanafi bertanya. Dia sendiri yang mengambil Ezra di lapangan terbang tadi, tak ada langsung wajah seronok terpampang di wajah Ezra. Cumanya muka kuyu Ezra saja.
"Muka kau sejak dari airport masam semacam. Ke kau tak suka balik Malaysia?"
Laju Ezra gelengkan kepala untuk menafikan. Dia teruja jejakkan kaki kembali di negara ini. Mustahil tak suka bila dia sendiri merayu pada Cairo untuk kembali.
"Aku penat dalam perjalanan. Itu aje." Ezra mengambil langkah masuk ke dalam. Dia penat mahu berehat.
"Kenapa tak balik rumah dulu?" Tanya Aleeq sambil mengikuti langkah Ezra.
YOU ARE READING
Ezakiel Ezra I : The Soulless Puppet (SU)
Non-FictionCERITA BERAT! "It was the hardest goodbye. Thank you mi alma" Ezakiel Ezra. Nama yang diberi oleh Ryan Stello kepada Carl Leo Pierre sebagai identiti barunya. Carl merupakan anak angkat di dalam keluarga Pierre. Satu keluarga yang memiliki syarikat...