Prolog

130 15 4
                                    

"CAHAYA SEROJA binti Shazwan Murshid, aku ceraikan kau dengan talak satu". Kata-kata yang keluar daripada mulut suami tercinta itu betul-betul meruntun hati dan jiwa wanita itu. Walaupun dia kelihatan sudah redha dengan segalanya, kesakitan tetap bertandang jua. Dia yang duduk di atas kerusi roda mengalirkan air matanya di dalam ruang mahkamah yang dipenuhi dengan ahli keluarga daripada kedua-dua belah pihak.

🍁

SETELAH selesai urusan penceraian di antara dia dan bekas suaminya di dalam ruang mahkamah syariah tadi, Seroja ditolak keluar menggunakan kerusi roda daripada ruangan itu oleh peguamnya sendiri. Ini semua atas permintaan Seroja. Dia tidak mahu bersemuka dengan sesiapa yang dia kenal pada waktu ini termasuk lah ahli keluarganya dan ahli keluarga bekas suaminya. Jadi, dia hanya membenarkan peguamnya sahaja yang membantunya keluar daripada ruangan itu.

Baru sahaja Seroja dan peguamnya mahu menuju ke arah lobi utama bangunan mahkamah syariah itu, mereka berdua diberhentikan oleh sepasang manusia dan seorang lagi peguam perempuan. Semuanya kelihatan berpakaian serba hitam. Sama seperti Seroja dan peguamnya yang setia menunggu di belakangnya.

"Kau jangan nak menggatal dengan peguam kau sendiri pula, Seroja". Lelaki yang kelihatan sedang berpegangan tangan dengan wanita di sebelahnya itu tanpa aba-aba terus menyembur Seroja dengan tuduhan.

"Saya bukan macam awak, Idris". Seroja yang masih tidak mempunyai mood yang baik untuk bergaduh hanya membalas kata-kata bekas suaminya itu dengan suara yang rendah. Matanya dikerling ke arah pegangan tangan Idris dan wanita di sebelahnya. Wanita itu kelihatannya sedang mengandung. Membuatkan perasaan sedih semakin memberat di hati Seroja.

"Berani kau melawan aku, Seroja?". Idris ingin menghampiri Seroja namun peguam Seroja lebih pantas menghalang lelaki itu. Badan Idris ditolak ke tepi secara lembut oleh si peguam.

"Sentuh anak guam saya dan Encik Idris akan dikenakan tuduhan berikutnya. Fitnah atau ancam anak guam saya, Encik Idris akan dikenakan tuduhan yang lain". Kata si peguam dengan penuh ketenangan. Segaris senyuman palsu dihidangkan buat Idris dan wanita di hadapannya.

Terus terdiam Idris dibuatnya.

"Ada apa-apa lagi Encik Idris nak katakan kepada anak guam saya?". Soal si peguam seraya dia kembali ke tempatnya iaitu di belakang Seroja. Bersedia untuk membantu Seroja bergerak pada bila-bila masa sahaja.

"Tiada?". Si peguam bertanya lagi tatkala diaman hanya lah jawapan yang diberikan oleh Idris. Dia kemudiannya menundukkan sedikit kepalanya untuk berbicara dengan Seroja.

"Cik Seroja, cik ada nak cakap apa-apa lagi dengan Encik Idris?". Si peguam bertanya lalu Seroja menggeleng perlahan. Matanya dialihkan ke tepi. Dia tidak mahu terus memandang ke arah pemandangan menyakitkan mata di hadapannya itu. Pemandangan Idris sedang berpegangan tangan dengan isterinya.

"Kalau macam tu... kami pergi dulu lah ya, Encik Idris, Puan Maryam dan Cik Qalisha". Qalisha ialah peguam yang berada di pihak Idris tatkala semua urusan penceraian ini diselesaikan. Legal advisor kepada Idris. Sama seperti peguam Seroja ini.

Qalisha mengangguk manakala dua lagi manusia di hadapan Seroja itu hanya menayangkan riak wajah yang tidak berpuas hati. Satu kelihatan seperti mahu memarahi peguam Seroja yang fikirnya berlagak bagus itu manakala satu lagi kelihatan seperti jijik sangat dengan orang kurang upaya seperti Seroja ini.

Si peguam lalu menolak pergi Seroja daripada kawasan yang cukup 'panas' itu untuk pulang.

Pulang?

Mungkin tidak, kerana Seroja masih belum mahu pulang. Dia mahu pergi menenangkan diri. Dia malas nak menghadap semua orang dengan gaya wajahnya yang baru sahaja lepas menangis teruk ini.

"Lais...". Panggil Seroja.

"Ya saya, Cik Seroja". Lais; si peguam lalu memberhentikan tolakannya dan berpindah ke hadapan Seroja. Berdiri di situ untuk berkata-kata dengan kliennya yang seorang ini.

"Saya tak nak balik, boleh?". Pinta Seroja.

"Maaf, saya tak dengar la Cik Seroja". Betul. Jarak antara mulut Seroja dan telinga Lais agak lah jauh dek kerana kedudukan mereka yang masing-masing sedang duduk dan berdiri. Susah untuk Lais mendengar percakapan Seroja.

Dan kerana itu, Lais lalu merendahkan badannya dengan cara melutut di hadapan Seroja. Ya, di atas jalan tar tempat parkir kereta kawasan mahkamah syariah yang boleh tahan panas itu. Panik Seroja dibuatnya.

"Awak buat apa ni?".

"Saya tak dengar kata-kata Cik Seroja tadi. Mungkin dengan cara ni, senang sikit saya nak dengar kembali apa yang Cik Seroja katakan". Kata Lais dengan tenang. Senyum manisnya ditayang buat Seroja.

"Tak payah lah, Lais. Panas ni".

"Tak apa. Ulang lah balik apa yang Cik Seroja cakap tadi".

Seroja mengeluh kecil sebelum dia akhirnya bersuara kembali.

"Kalau saya tak nak balik, boleh?". Ulang Seroja. Soalan yang tidak didengari oleh Lais tadi. Soalan yang membuatkan Lais sedang duduk melutut di hadapannya sekarang ini.

"Cik Seroja tak nak balik, Cik Seroja nak pergi mana?". Tanya Lais kembali.

"Awak teman saya pergi tasik boleh? Dekat tepi tu. Sekejap saja. Saya nak tenangkan diri sekejap. Saya tahu awak ni peguam saya saja, tapi awak temankan saya boleh? Lepastu saya akan telefon mama papa suruh ambil saya nanti". Pinta wanita berumur 25 tahun itu. Dia tahu mungkin permintaannya ini akan dianggap melebih-lebih oleh Lais namun tak mengapa lah. Sekali ini sahaja. Lagipun dia yakin nanti dia tak akan menemui Lais lagi.

"Boleh". Tanpa ragu-ragu Lais menjawab. Dia sudah tiada apa-apa kerja lagi untuk diselesaikan pada hari ini. Jadi, apa salahnya jika dia menemani Seroja untuk ke tasik sebentar. Lagi pula, dia kasihan akan wanita itu.

"Betul ni?". Soal Seroja untuk kepastian lalu Lais mengangguk. Dia kemudian bangun dan kembali ke belakang Seroja. Tangannya diletakkan ke kedua-dua pemegang kerusi roda lalu secara perlahan-lahan kerusi roda itu ditolak ke arah tasik cantik yang berada tidak jauh daripada kawasan bangunan mahkamah.

"Kenapa awak ambil kes saya ni, Lais?". Soalan yang ditanyakan oleh Seroja membuatkan Lais terkunci kata buat seketika. Namun, jawapannya memang sudah ada tersemat di mindanya. Jadi, tiada apa yang perlukan dirisaukan lagi. Senyuman kembali ditarik.

"Sebab saya peguam syariah. Kalau ada kes, memang saya ambil". Seroja sudah agak yang memang ini jawapan pertama yang akan dituturkan oleh Lais.

"Memang itu sahaja ke jawapan awak, Lais?". Seroja berpaling ke belakang buat seketika untuk memandang wajah Lais namun gagal. Matahari bersinar terik dan Lais terlalu tinggi! Susah untuk Seroja pandang lama-lama.

Lantas tangan Lais naik dengan jarak yang sesuai untuk melindungi mata Seroja daripada terus disinari dengan cahaya terang tersebut.

"Ada jawapan lain yang Cik Seroja nak dengar ke?". Lais bertanya.

Seroja menggeleng.

🍁

Surprise, surprise!

Memandangkan hari ini 9 September merupakan hari istimewa saya, saya hadiahkan sayang-sayangku semua dengan cerita baharu ini!

Semoga sayang-sayangku semua suka lah ya dengan cerita ni?
Enjoy reading!

(p/s: cerita ni fast-paced!)


CAHAYA SEROJA ||OGWhere stories live. Discover now