4- Taman Bunga

276 22 1
                                    

SELESAI menjamu hidangan di rumah kawan kepada ibu angkatnya, Lais membuat keputusan untuk bersiar-siar di halaman rumah banglo tersebut. Duduk dalam rumah bersama orang-orang separuh abad, tidak ada apa sangat untuk dibincangkan. Kalau ada pun, mesti akan masuk ke topik perkahwin nanti. Jadi, adalah lebih baik Lais keluar ambil angin dahulu.

Mata Lais melilau ke seluruh kawasan rumah yang sudah semestinya lah besar itu. Rumah banglo tersebut mempunyai sebuah kolam renang sederhana besar di bahagian kanannya. Ada laman yang agak luas di bahagian depan dan sebuah taman bunga mini yang ada di bahagian kiri. Taman bunga itu hanya memuatkan sebuah meja batu dan beberapa pasu bunga. Ya, walaupun sekarang sudah mahu masuk pukul 9 malam, Lais masih boleh melihat semuanya dengan jelas sekali.

Semakin dia berjalan mendekat dengan dengan taman bunga kecil yang menarik perhatiannya itu, semakin dia kepelikan. Pelik kenapa?

Kerana dia mendengar suara tangisan dan aduan...

Jangan cakap ada hantu sudah. Lais tak takut cuma kalau ada hantu, tak ada peluang lah dia nak explore taman bunga kecil milik kawan ibu angkatnya itu.

"Jahatnya... Jahatnya semua orang...". Suara itu mengadu lagi. Okay, kali ini Lais lega sikit. Bila dah dengar dengan jelas suara aduan tersebut, tahu lah dia bahawa itu bukan lah suara hantu melainkan suara manusia. Suara seorang wanita.

Dia berjalan semakin mendekat dan mendekat sehingga lah dia ternampak sebuah figura yang kelihatan sedang duduk di atas kerusi roda, berbaju putih dan bertudung sarung merah jambu.

Lais tarik nafas lega.

Okay, memang sah bukan hantu.

Aih, Lais. Tadi cakap tak takut hantu. Ini yang lega semacam aje ni kenapa?

"Tak adil. Semua ni tak adil". Bicara suara itu lagi. Suara yang diselangi dengan esakan kecil. Menangiskah dia?

Lais berdehem kecil sebelum dia bertanya kepada si pemilik suara,

"Apa yang tak adil?".

"Mak kau!!!". Secara refleksnya, Seroja yang sangat terkejut dengan sapaan suara Lais itu melemparkan buku yang dipegangnya ke arah si lelaki.

"Aduh!". Mengaduh kesakitan Lais dibuatnya. Sampai jatuh terduduk dia ke atas rumput palsu yang ada di taman bunga mini tersebut. Tangannya naik menggosok dahi yang rasa-rasanya sudah lebam itu. Tepat betul ya Seroja lempar walaupun dalam gelap.

Terhenti tangisan Seroja tatkala dia mendengar suara mengaduh lelaki itu. Kerusi roda ditolak ke hadapan sedikit untuk melihat siapakah gerangan yang terkena lemparan buku miliknya tadi.

Tengok punya tengok...

"Ya Allah! Awak, saya minta maaf! Saya terkejut tadi. Saya ingatkan awak hantu!". Cepat-cepat Seroja ingin pergi ke arah Lais namun dihalang oleh lelaki itu apabila dia mengangkat sebelah daripada tangannya.

"Tak apa. Duduk dekat situ. Biar saya yang tolong ambilkan buku awak". Sambil menggosok-gosok dahinya yang masih terasa sakit, Lais bangun daripada duduknya, menyapu-nyapu habuk ghaib yang ada pada seluarnya lalu mengambil buku yang dilempar oleh Seroja tadi. Sikit lagi buku itu mahu terkeluar daripada pagar. Nasib baik lah masih boleh dicapai.

Lais lalu mengambil tempat duduk di salah satu kerusi meja batu di taman bunga mini itu sebelum dia hulurkan buku yang diambil tadi kepada pemiliknya yang duduk berdekatan.

Disambut oleh Seroja buku itu dengan teragak-agak.

"Saya minta maaf".

"Tak apa. Saya pun minta maaf sebab terkejutkan awak". Lais menayangkan senyuman manisnya biarpun dia tahu senyuman itu tidak boleh dilihat oleh Seroja di bawah sinar lampu yang agak malap di taman bunga mini itu.

CAHAYA SEROJA ||©Where stories live. Discover now