48- Sakit

302 17 0
                                    

SEROJA masih tidak biasa untuk berjalan dengan sendirinya tapi dia mencuba sedaya upaya untuk mengurus dirinya sendiri dan menjaga Lais yang ternyata sedang demam tatkala ini.

Macam sekarang.

Setapak-setapak dia melangkah dengan sebelah tangan memegang gelas berisi air buat Lais. Sebelah lagi tangannya memegang dinding sebagai penyokong dirinya untuk kekal berdiri tegak. Begitu lah dia berulang-alik daripada dapur ke bilik tidur mereka untuk menghantar makan dan minum buat si suami. Terpaksa angkut satu-satu. Mahu menggunakan dulang, tak boleh. Dia takut dia terjatuh jika satu daripada tangannya tidak memegang dinding atau perabot di sekeliling untuk berjalan. Kan kalau guna dulang kena guna kedua-dua belah tangan. Kalau guna satu je nanti, berat pula.

Lais yang terbaring lemah di atas katil bersama cool fever adult yang melekat di atas dahi hanya memandang ke arah Seroja. Kasihan pula dia akan isterinya. Baru sahaja boleh berjalan selepas hampir empat tahun lamanya lumpuh, sudah perlu menguruskan dirinya yang tiba-tiba sahaja demam hari ini.

Sudah beberapa kali dia melarang Seroja untuk membantunya, namun Seroja degil. Seroja lebih merisaukan keadaan Lais yang sedang sakit berbanding dirinya sendiri.

Dan katanya...

Selama ini Lais tak pernah berhenti membantunya. Mengeluh jauh sekali. Sejak daripada mereka belum berkahwin lagi. Bahkan sejak daripada lelaki itu menjadi peguamnya.

Maka, kenapa tidak boleh jika Seroja ingin membantu Lais kembali?

Sudah hampir sampai Seroja ke sisi katil bersama gelas yang dibawa, tiba-tiba...

Prangg!

Kedua kaki Seroja menjadi kebas lalu dia terjatuh. Habis pecah berderai gelas yang dipegang. Wajahnya juga terpercik air masak yang dibawa membuatkannya basah kuyup.

Lais yang hanya menatap Seroja dengan mata yang separa tertutup tadi, terus terkejut. Matanya terbuka luas. Dia lantas bangun daripada pembaringannya. Sudah tidak kisah akan badannya yang masih sakit urat.

"Tak apa. Awak rehat. Saya ambilkan awak air baru, okay?". Seroja tersenyum. Serpihan kaca berderai di atas lantai mozek bilik tersebut ditinggal tatkala dia cuba untuk berdiri semula berbantukan kaki katil namun dia...gagal.

"Seroja...". Lais memanggil dengan suara perlahan.

"Tak apa... Awak-". Katanya terpotong dengan rasa sebak yang mulai merajai hati sendiri. Seroja berasa sebak dek kerana dirinya yang tak sempurna ini tidak mampu untuk menolong si suami. Padahal, di mata Lais, apa yang dia lakukan sudah cukup. Bahkan kewujudannya di sisi Lais pada malam semalam dan sepanjang hidup lelaki tersebut juga sudah lebih daripada cukup.

Tidak tega melihat isterinya menangis terduduk di lantai, Lais yang masih terasa sengal badan akibat demam teruk itu turun daripada katil dan duduk bersila di samping si isteri. Ditarik juga si isteri untuk sedikit menjauh daripada serpihan kaca di atas lantai.

Demam-demam pun, setakat nak tarik isteri tu tidak menjadi masalah buat Lais.

"Sit on my lap, baby". Lais menepuk-nepuk pehanya untuk diduduki oleh Seroja. Arahan itu dikeluarkan dengan suara seraknya. Seksi pula kedengaran! Padahal member tu tengah sakit tekak.

Seroja ikutkan sahaja.

Selepas dia selesa mengambil tempat duduk di atas riba Lais secara mengiring, tangan lelaki itu bergerak mengurut perlahan kedua kaki Seroja. Perkara yang dia sering lakukan jika kaki Seroja tiba-tiba sahaja kebas.

"Jangan menangis, baby. Nanti saya sedih".

Terus sahaja Seroja mengelap air matanya menggunakan hujung lengan baju yang dipakai. Benar. Dia tidak patut menangis. Dia sepatutnya memberi semangat buat Lais. Dia sepatutnya menjaga Lais tatkala lelaki ini sedang sakit.

CAHAYA SEROJA ||©Where stories live. Discover now