7- Crush Baru atau Si Dia?

291 17 4
                                    

"AWAK pula nak apa? Ada buat temu janji?". Seroja penat la. Lepas seorang, seorang lagi. Kalau tadi bekas suaminya yang enggan pulang walaupun dipaksa, sekarang ni Lais pula yang sibuk menyendeng di sampingnya. Lelaki ini tak bekerja ke hari ini?

"Dah. Dah buat dengan Cik Su tadi". Seroja memandang Lais dengan wajah tidak percaya sebelum dia berpaling ke arah mamanya yang sedang menjaga kaunter dengan pandangan yang tidak berpuas hati. Puan Suhaila pula hanya menayangkan wajah tidak bersalah seraya mengangkat dua jari tangan kirinya; membuat tanda 'peace'.

"Saya sibuk ni. Awak nak apa?".

"Jom keluar makan tengahari. Saya belum makan ni. Teman saya makan, boleh?". Eh, tiba-tiba sahaja Lais mengajak Seroja keluar makan dah kenapa? Untuk rekod, Lais tidak pernah mengajak mana-mana perempuan untuk keluar makan atau pergi ke mana-mana bersamanya. Tidak pernah. Seroja yang pertama.

"Kenapa pula saya kena keluar makan dengan awak? Saya bukan kenal awak pun". Terus-terang Seroja menyembur Lais. Tidak kira lah jika kata-katanya itu akan menyakitkan hati Lais ataupun tidak.

"Sebab tu kena keluar dengan saya. Boleh kenal-kenal". Lais masih tetap dengan kata-katanya. Seorang Lais Idraqi mana pernah kenal erti putus asa. Sebab itu lah jarang-jarang dia kalah kes.

"Encik Lais".

"Ya, saya".

"Urusan kita dah selesai semenjak tiga tahun lepas lagi. Itu pun sebatas awak peguam saya, saya anak guam awak. Kes dah selesai, bayaran awak pun awak dah dapat. Jadi saya rasa, hubungan kita pun dah selesai. Tak perlu susah-susah awak nak kenal-kenal sebab saya tak nak pun kenal awak". Jujur Seroja berkata. Dia memang dah malas nak kenal dengan mana-mana lelaki setakat ini walaupun sebatas teman. Seroja betul-betul malas.

Lais mengangguk faham. Dia lalu bangun daripada duduknya ingin beredar pergi. Lagipun, masa makan tengaharinya hampir sahaja tamat. Takut nanti masuk pejabat lewat, bising pula bosnya.

"Okay, tak apa. Tapi... Saya datang lagi esok, boleh?". Haih, ingatkan dah putus asa tadi.

"Esok cuti. Kedai tutup".

"Kenapa tutup?".

"Esok kan hujung minggu". Balas Seroja tanpa belum sempat pun nak fikir betul-betul esok hari apa.

"Tapi esok hari Selasa".

Terdiam Seroja di situ. Rasa macam nak tepuk kepala sendiri. Macam mana lah dia boleh tak ingat yang esok baru menjelang hari Selasa. Ini mesti kes tak sabar-sabar nak cuti ni. Yakin je jawab esok hujung minggu.

"Kalau berani, tanya la mama sana".

"Dah". Ini ha lagi lah membuatkan Seroja terkejut. Betapa advance nya si Lais ini. Entah sejak bila entah dia minta izin Puan Suhaila untuk membawa Seroja keluar makan bersama.

Seroja melepaskan keluhan kecil.

"Esok, boleh? Saya betul-betul sibuk harini".

"Boleh. Esok saya datang lagi kedai awak".

🍁

IMAN NASUHA agak pelik dengan rakannya yang satu ini. Tadi ajak keluar makan, ingat kan nak makan lah. Ini duk termenung saja... Apa pasal ni?

"Kau okay tak ni, Seroja? Asal kau macam banyak berfikir je harini?". Iman menyoal seraya dia menyedut air sirap laici yang ada di dalam gelas tingginya. Nak makan buah yang ada, kena tunggu airnya kering dahulu. Karang kalau dia celup macam tu je guna jari tatkala air masih penuh, nampak tak beradab pula.

CAHAYA SEROJA ||©Where stories live. Discover now