Author's notes: The scene with Seroja and Idris ahead was inspired by a scene in the kdrama XX (yes thats the title).
ANOTHER day, another therapy session. Kalau Seroja tak pergi, ada yang akan membebel. Siapa? Manusia di hadapannya ini lah.
Ya, hari ini, seperti kebiasaannya, Lais akan menemani Seroja untuk sesi terapinya. Nasib baik minggu ini sesi terapi itu dijadualkan pada hari Sabtu. Boleh lah Lais teman. Kalau hari bekerja, susah sikit.
Tapi, belum apa-apa lagi, Lais sudah ditelefon oleh majikannya untuk mengambil kes fail terbaru di pejabat. Lais berhajat mahu mengambil fail itu pada hari esok sahaja tapi dah majikannya suruh hari ini, hari ini saja la.
"Tunggu saya sekejap, boleh?". Lais berkata. Dia ingin masuk ke pejabatnya dan mengambil fail itu sekejap saja. Sudah diajak Seroja untuk masuk namun wanita itu berkeras untuk tunggu di luar sahaja.
"Iya, Lais". Sudah berapa kali Seroja memberikan jawapan yang sama.
"Alright, wifey. Give me five minutes". Lais mencium pipi Seroja sekilas sebelum berlari masuk ke dalam bangunan tempat dia bekerja meninggalkan Seroja seorang diri di hadapan pintu masuk.
Seroja pun duduk lah bersendirian di situ. Tak tahu nak buat apa sebenarnya. Nak main phone, phone tertinggal dalam kereta.
Toleh ke kanan, penuh dengan lautan manusia. Toleh ke kiri pun penuh dengan manusia. Hujung minggu ni, orang suka berjalan-jalan. Seroja saja yang kena terperap di hospital.
Toleh tak jauh ke hadapan, nampak kedainya. Hari ini tutup dek kerana hujung minggu. Tempahan hanya akan disiapkan di rumah sahaja oleh Seroja. Itu pun, nanti.
Toleh ke belakang, terlihat lah pintu bangunan tempat kerja suaminya. Sebuah bangunan milik syarikat law firm yang amat terkenal. Gah dan mewah sekali. Jarang sekali peguam daripada law firm ini kalah mana-mana kes.
Seroja tersenyum sekilas. Tiba-tiba sahaja dia berasa bangga dengan suaminya. Daripada seorang kanak-kanak yang ditinggalkan di rumah anak yatim kepada seorang lelaki bekerjaya yang bekerja di sebuah law firm yang cukup terkenal.
Seroja toleh sekali lagi ke hadapan dan senyumannya mati dengan serta-merta. Di hadapannya ada...
"Seroja...".
...Idris.
Seorang diri.
"Seroja buat apa sorang-sorang dekat sini?". Tanya Idris dengan suara yang lembut.
"Awak sibuk sangat ni kenapa? Suka hati saya lah nak duduk sorang-sorang dekat mana-mana pun. Saya bukannya menyusahkan awak lagi kan?".
'Lagi'.
Perkataan yang menyimpan seribu makna tentang kisah silam di hari-hari perkahwinan Seroja bersama lelaki tidak berguna itu.
"Seroja... Dah banyak kali abang cakap, abang minta maaf. Abang--".
"Pergi daripada sini, Idris. Berhenti cari saya. Kalau maaf yang awak mahu, sudah lama saya berikan. Tapi saya minta, tolong pergi daripada hidup saya". Seroja berkata dengan tegas sembari menundingkan jarinya lurus ke arah tepi mengisyaratkan Idris untuk berambus daripada pandangan matanya.
"Bagi abang peluang, Seroja...".
Idris cuba untuk datang dan memegang tangan Seroja membuatkan terbuntang mata Seroja, terkejut dengan tindakan Idris yang satu itu. Sudah lah ramai manusia yang melihat!
"APA KAU CUBA BUAT NI?! PERGI LAH, IDRIS!". Jeritan Seroja membuatkan orang di sekeliling mulai melihat ke arah mereka. Ada yang berbisik-bisik. Ada yang berkerut dahinya menyaksikan kejadian itu.
YOU ARE READING
CAHAYA SEROJA ||©
RomanceCahaya Seroja Lais Idraqi One of the most gorgeous love story I have ever written. Hidup Seroja gelap gelita apabila dia diceraikan oleh suami tercinta yang berjanji untuk setia hingga hujung nyawa. Kenapa? Kenapa sampai bercerai? Adakah kerana kead...