44- Idea: Double Date

258 16 0
                                    

"LAIN kali awak tak perlu lah melutut macam ni lagi. Kan saya dah boleh berdiri dengan stabil". Kata Seroja tatkala dia sedang membaiki tali leher yang telah dia pakaikan ke leher Lais sebentar tadi.

"Tapi saya kena pegang juga kan?".

"Memang lah... tapi tak sakit ke lutut awak hari-hari duduk macam ni?". Usai tali leher dibaiki, tangannya naik mengusap pipi Lais. Terpejam mata lelaki itu dibuatnya. Lembut benar kulit tangan Seroja seolah membuatkan dirinya khayal sebentar.

"Saya rela sakit lutut daripada awak yang sakit". Lais menuturkan jawapan balasnya membuatkan Seroja tertawa.

"Cringe lah!". Seroja menepuk bahu Lais sekali. Cringe pun dia suka sebenarnya. Cuma malu nak mengaku. Cukup Lais tahu hanya dengan melihat rona merah yang terbit di sekitar kedua pipinya. Kalau dengan Lais, memang cepat dan senang sahaja untuk Seroja blushing.

Lais lalu bangun berdiri tatkala semuanya sudah dikemaskan oleh si isteri. Dia melihat dirinya melalui cermin meja solek yang ada di dalam bilik mereka lalu dia tersenyum lebar. Masih terasa pegangan tangan hangat Seroja pada pipinya. #laisangau

"Sudah lah tu senyum. Nanti lewat masuk kerja". Seroja menegur.

Lais lalu berpaling ke arah Seroja dan mencapai beg sandang yang ada di tepi kerusi roda wanita itu lalu dipakaikan secara menyilang di badannya.

Seroja melihat Lais daripada atas ke bawah. Lelaki itu berbaju kemeja biru cerah bersama tali leher berona biru gelap dan berseluar slack hitam. Handsome sangat!

"Handsome nya suami saya. Macam Mike Ross". Seroja memuji Lais tatkala penampilan kacak Lais pada hari ini sungguh mengingatkannya kepada watak 'Mike Ross' di dalam siri The Suits. Dengan beg sandang yang disilang di dada dan pekerjaannya sebagai seorang peguam... sebiji macam Mike Ross!

"Awak tak tahu ke yang Mike Ross tu inspirasi saya? Tapi saya lagi handsome daripada dia lah. Kan?". Lais merendahkan badannya dengan kedua tangan yang diletakkan ke kedua sisi kerusi roda Seroja, 'memerangkap' gadis itu seraya berkata-kata dengannya.

Seroja terdiam.

Terdiam kerana Lais sekarang terlalu dekat dengannya! Dengan renungan mata redup dan senyuman yang mematikan itu... Seroja tak keruan!

Chup!

Matanya akhirnya berkelip tatkala hidungnya dicium sekali oleh Lais sebelum lelaki itu berdiri tegak kembali. Mungkin tak mahu terus mengusik si isteri. Nanti dua-dua tak pergi bekerja.

Oops...

"Awak pergi kedai tak harini? Nak saya hantarkan?".

Seroja menggeleng.

"Tak perlu lah. Lagipun saya pergi lewat sikit nanti. Nak keluar dengan Iman sekejap. Katanya ada topik gosip hangat. Awak izinkan tak?".

Lais laju sahaja mengangguk.

Dia langsung tidak menghalang jika isterinya mahu keluar berdua bersama sahabat baiknya; Iman Nasuha. Lagipun, bukan mereka nak buat benda tak baik pun. Keluar, makan, sembang-sembang, pergi kedai buku. Itu saja lah biasanya.

Lais tahu kerana sudah banyak kali Seroja keluar berdua bersama Iman dan wanita itu sering melaporkan segalanya kepada dirinya.

"Pergi lah, saya izinkan. Tapi waktu makan tengahari, saya nak makan dengan awak. Awak tak boleh makan dengan Iman harini". Sudah seperti Lais berebut Seroja dengan Iman pula.

"Awak nak keluar lunch dengan saya pukul berapa?". Soal Seroja.

"Satu setengah macam tu. Boleh?".

CAHAYA SEROJA ||©Where stories live. Discover now