BUKA-BUKA sahaja matanya, terus dia disapa oleh pemandangan indah matahari terbit. Dia palingkan kepalanya ke kiri dan kanan beberapa kali untuk mengamati situasi dan dia tersedar di hadapannya ada terbentang sebuah pantai yang sangat cantik. Airnya membiru, pasirnya memutih. Dengan sinar cahaya fajar yang memenuhi langit tatkala itu.
Di manakah dia tatkala ini?
Seroja membaiki posisinya untuk duduk menegak di kerusi tempat duduk penumpang kereta suaminya lalu dia kalih pandang ke luar tingkap yang terbuka. Ada beberapa pondok pantai yang sungguh cantik. Seroja renung lagi ke luar dan dia ternampak bangunan-bangunan cantik yang dipercayai rumah percutian di tepi pantai tersebut.
Lamunannya terhenti tatkala dia terdengar pintu tempat duduk pemandu kereta itu dibuka daripada luar. Seroja berpaling ke kanan dan dia melihat Lais masuk ke tempat duduk pemandu.
Seroja perhatikan si suami daripada atas ke bawah tanpa sebarang kata. Hujung lengan baju T lelaki tersebut kelihatan agak basah. Rambut Lais turut sedikit berserabai dan lembab.
"Saya pergi solat subuh sekejap tadi. Awak tak boleh solat kan?". Lais bertanya; memecah kesunyian.
Seroja hanya mengangguk tanpa kata. Jujurnya, dia masih tertanya-tanya di manakah dirinya tatkala ini. Bangun-bangun saja, dia sudah berada di tepi pantai yang indah ini.
Tiba-tiba Lais ketawa kecil membuatkan dahi Seroja semakin berkerut.
"Semalam kita tak balik. Saya tengok awak tertidur dalam kereta. Jadi, saya buat last minute plan. Kita di Pulau Perhentian sekarang".
Terbeliak mata Seroja setelah mendengar kata-kata Lais. What do you mean she's now at Pulau Perhentian?
"Kenapa awak bawa saya ke sini?". Soal Seroja.
"Honeymoon. Kita tak sempat pun berbulan madu selepas kahwin haritu. Jadi, saya fikir, sekarang masa yang sesuai. Besides, you need to ease your mind too, right?".
"Tapi kita ke sini sehelai sepinggan. Kenapa awak tak bagitahu saya dulu? Patutnya kita balik rumah dulu semalam". Seroja menyilangkan tangannya. Sedikit tidak berpuas hati dengan si suami. Boleh dia bawa kita ke Pulau Perhentian tanpa apa-apa macam ni?
"Nanti kita beli apa yang patut. Jangan risau". Lais memberikan jalan penyelesaian termudah.
"Kerja awak macam mana?".
"Saya dah e-mel bos saya tadi. Saya ambil cuti tahunan. Lagipun, I have no running case. Seminggu cuti saya. Jadi, kita akan ada di sini selama seminggu, okay?". Lais menutup pintu keretanya dan mula menghidupkan enjin setelah menyelesaikan kata. Niatnya ingin membawa Seroja bersarapan dahulu. Kemudian, baru lah mereka akan mendaftar masuk ke mana-mana homestay ataupun resort.
"Kita sarapan dulu, boleh?". Lais bertanya sembari memulakan pemanduannya.
Seroja menggumam perlahan.
Lais mengulum senyum puas. Dia gembira Seroja tidak membantah idea percutian tiba-tibanya ini. Ini merupakan salah satu usaha Lais untuk mengubati kesedihan yang ada di hati isterinya setelah berlakunya kejadian malam tadi.
🍁
"SAYA nak tengok pantai boleh?". Soal Seroja setelah Lais baru sahaja meletakkan badannya ke atas kerusi roda. Lelaki itu baru sahaja ingin menolaknya masuk semula ke dalam bilik rumah rehat yang disewa untuk berehat setelah seharian mereka di luar membeli segala keperluan yang tidak dibawa bersama.
"Tak nak rehat dulu?".
Seroja menarik tangan si suami dan menilik jam tangan berjenama Casio yang dipakai oleh lelaki tersebut. Terkejut Lais dibuatnya. Luar jangkaan betul tindakan isterinya ini.
YOU ARE READING
CAHAYA SEROJA ||©
RomanceCahaya Seroja Lais Idraqi One of the most gorgeous love story I have ever written. Hidup Seroja gelap gelita apabila dia diceraikan oleh suami tercinta yang berjanji untuk setia hingga hujung nyawa. Kenapa? Kenapa sampai bercerai? Adakah kerana kead...