15- Nymphaea Nouchali

230 19 2
                                    

LAIS yang baru sahaja selesai menunaikan solat fardhu subuh itu dikejutkan dengan bunyi deringan yang datangnya daripada telefon miliknya. Keningnya terjongket sebelah. Dia pelik. Siapa pula yang menelefonnya di awal pagi ini?

Sejadah dilipat lalu dia duduk di birai katil. Telefon pintar yang berada di tengah katil diambil lalu ikon hijau diseret ke tepi setelah dia melihat nama kenalan yang tertera di skrin.

Nymphaea Nouchali

Sempat Lais tersenyum sebentar sebelum memberikan salam untuk menyapa si pemanggil.

"Assalamualaikum, Seroja. Ada apa awak telefon saya ni?". Soal Lais dengan lembut. Ibu ajar kalau nak bercakap dengan wanita, mesti lembut-lembut! Tak boleh kasar-kasar. Wanita ni kan cepat terasa. Betul tak?

"Waalaikumussalam, Lais. Maaf saya menganggu".

"Tak menganggu pun, Seroja. Saya baru saja lepas solat subuh. Kenapa? Awak ada nak minta tolong apa-apa ke?". Lais bertanya lagi seraya sebelah tangannya mencapai kopiah di kepala lalu dibuang dan diletakkan ke atas riba.

"Awak rasa pelik tak kalau saya ajak awak breakfast roti canai pagi ni?".

Letus tawa Lais apabila telinga menangkap persoalan yang keluar daripada mulut Seroja itu. Matanya melirik ke arah jam di dinding bilik tidurnya.

Pukul 6.15 pagi.

Lais ketawa kerana ajakan Seroja untuk makan roti canai bersama itu sangat lah rawak. Tiba-tiba sahaja. Di pagi-pagi buta pula tu.

"Kenapa awak ketawa? Pelik sangat ke ajakan saya?". Suara Seroja di hujung talian sana pula kedengaran seakan berjauh hati dengan Lais. Sampai hati Lais ketawakan dia.

"Tak, tak. Tak pelik. Cuma saya rasa awak ni random sangat, Seroja". Lais memberi komen. Lagi lah membuatkan Seroja malu sendiri. Menyesal pula dia menelefon lelaki ini. Nak telefon Iman, gadis itu sudah semestinya lah masih sedang terbongkang tidur tatkala ini. Lagi lima belas minit baru mahu bangun agaknya.

"Kalau awak tak nak, tak apa...".

"Eh, siapa cakap saya tak nak? Saya nak la. Makan pagi bertemankan awak... Makin bersemangat saya nak pergi bekerja nanti". Lais berseloroh.

"Saya lupa harini awak kerja...". Rasa bersalah mulai timbul di hati Seroja. Lupa pula yang Lais ini perlu ke pejabat hari ini. Lelaki itu kan peguam ternama. Bukan seperti dirinya yang hanya lah seorang pengukir kayu di kedai sendiri. Nak masuk kerja pun tak apa, tak nak masuk pun tak apa.

"Saya masuk pejabat pukul 9. Sempat lah saya teman awak. Awak bersiap, nanti saya ambil awak. Jangan lupa bagitahu Cik Su". Tak lupa Lais berpesan kepada Seroja untuk memaklumkan kepada ibu wanita itu terlebih dahulu bahawa mereka ingin keluar bersarapan bersama.

"Okay".

"Okay, Seroja". Lais tertawa lembut di hujung katanya. Masih berasa lawak dengan ajakan Seroja tadi.

"Terima kasih, Lais. Assalamualaikum".

"Sama-sama. Waalaikumussalam".

Terdengar gagang diletak oleh Seroja.

Lais membawa skrin telefonnya ke hadapan wajahnya sebelum dia tersenyum selebar yang mungkin. Seronok betul ya kau, Lais?

CAHAYA SEROJA ||©Where stories live. Discover now