Tiga tahun kemudian...
SEDANG aku sibuk membaiki lens kamera berjenama Sony milikku itu, tiba-tiba ada tangan kecil yang menepuk-nepuk sisi kaki aku. Siapa pula?
Cop, cop!
Sebelum tu...
Ni mesti ramai yang tertanya-tanya siapa aku kan? Kenapa tiba-tiba boleh pegang kamera pula? Mana narrator asal cerita ni? Aku ni mamat mana pula?
Nama aku Aidan Hakimi.
Aku sekarang ni sedang menjadi fotografer di majlis perkahwinan kawan kepada watak utama cerita ini. Majlis perkahwinan Iman Nasuha dan Nuh Iman.
Kenapa aku yang jadi tukang bercerita?
Mana lah aku tahu!
Anyway...
Berbalik pada cerita tadi...
Aku toleh ke arah si tangan kecil yang sedang menepuk-nepuk sisi kaki ku dan aku melihat ada seorang kanak-kanak kecil berumur dalam lingkungan tiga tahun macam tu. Anak siapa pula ni?
Aku berdehem kecil sebelum duduk bercangkung di sebelah kanak-kanak perempuan yang comel berbaju kurung berwarna merah jambu itu.
"Hai". Dia menegur aku terlebih dahulu. Laju! Aku baru sahaja nak tegur dia.
"Hai".
"Nama uncle shiape?". Omo! Suara comel dia membuatkan aku nak menghidap baby fever dekat situ juga!
"Aidan. Nama uncle, Aidan. Nama awak siapa? Mana ibu ayah awak?". Aku bertanya seraya melihat ke sekeliling untuk mencari takut-takut ada ibu ayah yang kelihatan sedang gelisah mencari anak mereka tetapi tiada. Semuanya sedang menjamu selera. Aku tak dapat nak detect mana satu mak ayah budak ni.
"Leila Cahaya April. Panggil April".
"Oh, April... Cantiknya nama".
"Time tasheh". Kanak-kanak perempuan bernama April itu tersenyum lebar. Ya Allah, comel! Terus aku rasa macam nak ada anak! Tapi masalahnya, aku belum kahwin. Tambah pula tiada calon.
Eh...
Ada lah calon hehe...
Diana namanya.
"Sama-sama. April nak uncle carikan ibu ayah April tak?". Aku menawarkan khidmat tak bergaji ku. Alang-alang aku pun tengah ada masa lapang sekarang ni, boleh lah aku bantu si April ni. Kalau tinggal sendiri karang, kena culik pula. Risau!
April mengangguk lalu dia mencapai tangan aku untuk dipimpin.
Omo! Comel kuasa tiga!
Comel comel pun, takut pula kalau orang ingat aku nak culik budak n-
"April!". Suara itu menghentikan monolog ku sendiri.
Macam kenal...
Suara siapa ya?
Aku pun berpaling lah ke arah suara yang amat dikenali itu bersama-sama dengan April dan mulut ku melopong.
"Eh, kau buat apa dekat sini? Macam mana boleh datang sini?".
"Daddy is here too. Daddy is friend with the groom". Budak lelaki berumur baru nak masuk tujuh tahun itu berkata. Aku pandang dia bergilir-gilir dengan seorang lagi budak perempuan yang ada di sebelahnya.
"Macam mana kau kenal dia?". Aku bertanya kepada Mecca berkenaan April.
"We are all together in the same nursery. Me, April and Elle". Mecca menjelaskan segalanya sekaligus memperkenalkan kepada ku kanak-kanak perempuan yang berdiri di sebelahnya.
YOU ARE READING
CAHAYA SEROJA ||©
RomanceCahaya Seroja Lais Idraqi One of the most gorgeous love story I have ever written. Hidup Seroja gelap gelita apabila dia diceraikan oleh suami tercinta yang berjanji untuk setia hingga hujung nyawa. Kenapa? Kenapa sampai bercerai? Adakah kerana kead...