32- Angry Baby

258 15 0
                                    

PERGERAKAN Seroja untuk memasuki kawasan dapur rumah itu terhenti tatkala dia mendengar pergaduhan mulut antara Lais dan Syaza. Seroja mengundurkan sedikit kerusi rodanya ke belakang untuk bersembunyi di sebalik dinding dapur.

"Aku pun tak hadap lah nak datang rumah kau ni!". Syaza menempik. Kata-katanya menampar hebat Lais yang sedang berdiri di hadapannya. Kata-kata yang seringkali tajam dan melukakan yang ditujukan khas buat lelaki tersebut.

"Aku tak minta pun untuk kau datang, Syaza. Aku hanya minta kau untuk hormat aku sebagai abang kau, hormat isteri aku sebagai kakak ipar kau selama kau ada dekat sini. I don't appreciate how you treat her at the dinner table just now". Lais menegur. Suaranya tenang. Tidak ada sekalipun dia cuba untuk menengking adik angkatnya itu.

Seroja yang sedang mendengar dengan serta-merta teringat akan kejadian yang berlaku di meja makan sewaktu mereka makan malam bersama tadi. Kejadian di mana Syaza menghinanya di situ. Seroja sebenarnya tidak kisah sangat pun. Dia sudah terbiasa dihina dek kerana kekurangannya.

Inikah sebab mengapa Lais dan Syaza sedang bergaduh mulut tatkala ini?

Syaza tertawa sinis.

"Hormat kau?". Gadis itu berpaling lalu Seroja melihat dia mengambil gelas yang berisi air sirap bekas sisa minumannya lalu menyimbahkan segala baki yang ada ke arah Lais.

Habis wajah lelaki tersebut basah dengan air minuman berwarna merah itu. Namun, Lais hanya beriak tenang sambil menyapu pergi sisa air sirap yang ada pada wajahya ke tepi. Seroja yang sedang mengintai pula berasa terkejut dan marah. Dia tak pernah tahu bahawa Syaza sebencu itu kepada abang angkatnya sendiri.

"Kau siapa aku nak hormat? Dia siapa aku nak hormat? Kau lupa ke kau tu siapa, Lais? Kau anak kutip jijik! Semua yang terlibat dengan kau, semuanya jijik!". Syaza terus-terusan menghina Lais membuatkan Seroja tidak tertahan lagi.

Seroja lalu membawa kerusi rodanya memasuki kawasan itu dan dengan serta-merta menarik perhatian dua manusia yang sedari tadi sedang bertengkar itu.

Seroja menolak Lais ke tepi dengan perlahan sebelum dia duduk betul-betul berhadapan dengan Syaza yang sedang berdiri tegak. Di tangannya masih ada gelas yang digunakan untuk menyimbah Lais tadi.

Seroja's mad.

"Get out of our house". Seroja tanpa aba-aba lagi terus menghalau gadis itu. Dia sudah tidak kisah jika gadis itu ialah adik angkat Lais sekalipun. Syaza sudah berlaku kurang ajar dengan suaminya. She won't let that slide easily. No one and she means NO ONE will insult her husband like that.

Syaza tertawa sinis.

"What? Kau ni pula nak berlagak macam mem besar dalam rumah ni?".

"No, I am not. Tapi awak hina suami saya. Awak simbah air bekas minuman awak ke atas muka suami saya. Awak buat semua itu dalam rumah kami. Awak fikir saya akan terima semua tu?". Seroja merampas gelas yang ada di tangan Syaza sebelum melemparkannya ke atas lantai. Habis pecah berderai gelas kaca tersebut.

Terhinjut bahu Syaza dek kerana terkejut.

"Seroja". Lais cuba untuk menyentuh bahu Seroja namun tangannya menghalang dan menolak tangan lelaki itu ke tepi.

"Saya tak tahu apa masalah awak dengan abang angkat awak sendiri tapi kalau awak rasa awak tak boleh nak hormat dia walaupun sedikit sewaktu awak berada di dalam rumah kami, then get out of our house. Get out of our house and never come back again unless you come to your senses to ask for his apology".

Syaza mendengus kasar mendengarkan kata-kata Seroja sebelum dia menghentakkan kakinya pergi daripada situ meninggalkan Seroja dan Lais sendiri di dapur.

CAHAYA SEROJA ||©Where stories live. Discover now