55- 57:22 [FINALE]

486 15 3
                                    

TATKALA Cahaya Seroja masih berada di dalam dewan bedah untuk menjalani pembedahan c-section untuk melahirkan anak mereka, Lais Idraqi duduk melutut di atas sejadah di dalam surau hospital. Tangannya diangkat tinggi, berdoa agar si isteri dan anaknya berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

"Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusan isteriku dalam melahirkan anak kami, Ya Allah. Kau berikanlah kesihatan yang baik-baik sahaja buat kedua daripada mereka Ya Allah. Sesungguhnya mereka berdua ialah insan terpenting dalam hidupku, Ya Allah". Doa pertama dipohon untuk meminta kesejahteraan buat isteri dan anaknya daripada Yang Maha Kuasa.

"Ya Allah... Kau hapuskan lah segala dosa isteriku, Ya Allah. Kau kurniakanlah pahala yang melimpah ruah buatnya, Ya Allah. Sesungguhnya dia adalah seorang isteri yang baik dan sempurna. Kau permudahkanlah segala urusannya, Ya Allah. Kau selamatkanlah dia dalam apa jua keadaan Ya Allah. Sesungguhnya dia merupakan wanita yang sangat aku cintai. Aamin...". Kedua belah tangannya disapu ke wajah sendiri tatkala segala doa sudah habis dituturkan.

Lais menukar posisinya untuk duduk bersila seraya bahagian belakang tangan kanannya menyapu air mata yang mengalir.

Kenapa dia menangis?

Lais sebenarnya sedang benar-benar merisaukan keadaan Seroja. Sebentar tadi, doktor ada melaporkan bahawa Seroja perlu melahirkan anak mereka dengan menggunakan kaedah c-section kerana bukaan laluan yang lambat. Doktor risau jikalau bayi mereka akan lemas jika ingin menunggu bukaan tersebut dengan lebih lama.

Di kala Seroja sedang bertarung nyawa dibedah di dewan bedah, Lais di sini, di surau ini memohon kepada Allah agar semua urusan isterinya berjalan dengan lancar.

Lais melipat sejadah yang digunakannya lalu dia letakkan ke tepi terlebih dahulu. Dompetnya tiba-tiba sahaja dibawa keluar dan buat kesekian kalinya, dia melihat ke arah bahagian lutsinar si dompet yang memaparkan nota kecil yang pernah diberikan oleh si isteri suatu ketika dulu.

Terima kasih.

"No... Thanks to you, baby". Lais tersenyum seraya dia mencium lembut gambar kecil Seroja yang ada di samping nota tersebut. Gambar Seroja yang sedang tersenyum sehingga kedua matanya tidak kelihatan. Senyuman yang sama seperti senyuman Lais sendiri.

They both have the same smile and Lais just realised that now.

Selama ini, susah betul mahu melihat Cahaya Seroja tersenyum. Lagi-lagi sebelum mereka berkahwin. Jadi, Lais langsung tak perasan yang Seroja sebenarnya ada senyuman yang sama sepertinya. Eye smile.

Sekarang...

Tak usah diminta, Cahaya Seroja sudah sering tersenyum buat Lais. Katanya lelaki itu mudah membuatnya gembira. Katanya lelaki itu gemar membahagiakannya. Kerana itu lah dia mudah tersenyum sekarang.

"Saya tak sabar nak tengok anak kita. Saya tak sabar nak tengok anak kita ada senyuman sama macam awak, Seroja. Saya tak sabar nak bina keluarga kecil kita dengan awak". Lais mengusap gambar kecil tersebut.

"Terima kasih kerana sudah hadir dalam hidup saya, Cahaya Seroja. I will be forever grateful for you. I love you so much, baby".

Lais menutup dompetnya, mengambil sejadah yang dilipat tadi lalu bangun daripada duduknya. Sejadah tersebut disimpan semula di tempat penyangkut yang disediakan sebelum dia berjalan keluar daripada surau kecil itu.

Lais menghembus nafasnya perlahan. Dia berharap agar semuanya akan baik-baik sahaja.

🍁

CAHAYA SEROJA ||©Where stories live. Discover now