LIMA bulan berlalu semenjak segalanya terbongkar. Rahsia keluarga Seroja dan rahsia keluarga Lais. Begitu cepat masa berlari seolah tak mahu dikejar oleh sesiapa. Begitu cepat juga masa yang dikurniakan Allah S.W.T memulihkan segalanya, mengubat lara di hati mereka dengan izin-Nya.
Tatkala ini, Lais dan Seroja sedang ingin berdamai sepenuhnya dengan semua manusia yang pernah menyakiti mereka. Mereka mahu memulakan hidup baharu. Tatkala ini, kaki milik lelaki yang pernah berkata untuk tidak lagi akan datang ke sini ternyata sedang terjejak di sini bersama isteri tercinta.
Di mana?
Di hadapan rumah ayah kandungnya. Rumah Encik Ishak.
"Abang!". Tak sempat Lais dan Seroja mahu melangkah masuk ke dalam rumah tersebut, Syaza sudah berlari memeluk si abang. Ceria! Dia suka untuk melihat Lais ke mari. Tidak lagi seperti dulu. Semenjak daripada kejadian dia ditinggal curang oleh kekasihnya lima bulan lepas, dia sedar Lais lah yang banyak membantunya. Abang yang dulunya dia benci itu lah yang datang kepadanya di saat tiada siapa yang sanggup menolong. Sama juga seperti Seroja. Wanita itu yang banyak memberikannya nasihat dan kata-kata semangat.
"Ya, Syaza. Abang lah ni. Rindu sangat ke?". Lais tertawa kecil seraya menggosok bahagian belakang kepala si adik.
"Rindu lah!". Syaza melepaskan pelukannya dan tersenyum gembira. Suka betul dia!
"Tak rindu akak ke?". Seroja di sebelah sudah cemburu. Cemburu kerana Syaza hanya merindui Lais. Dirinya ini bagaimana? Syaza tak rindu ke? Ini yang nak merajuk ni!
"Rindu akak juga! And... most importantly, Syaza rindu this little one!". Syaza merendahkan kepalanya lalu melihat ke arah perut Seroja yang sudah mulai menampakkan bentuk.
Benar. Cahaya Seroja sedang mengandungkan anak pertamanya bersama Lais Idraqi. Usia kandungan sudah mencapai empat bulan. Orang pertama yang tahu tentang kandungan Seroja selain daripada Lais ialah Syaza dek kerana dia yang sering bertandang ke rumah mereka berdua untuk menemani Seroja. Kadang tu, ada juga Syaza ke kedai Seroja. Maka, dia lah yang tahu terlebih dahulu. Lais tak boleh nak sorok!
Ya. Serapat itu mereka sekarang. Setelah segala yang berlaku, ternyata ianya asbab untuk semakin mengeratkan hubungan antara mereka. Allhamdulillah.
"Dah tahu jantina ke ni, abang?". Syaza berdiri tegak kembali dan bertanya kepada Lais. Dia yang paling teruja ingin mengetahui jantina bayi yang dikandung oleh kakak iparnya itu.
"Belum. Esok ingatkan nak buat check up". Balas Lais.
"Kalau perempuan, Syaza nak ajak dia selalu keluar dengan Syaza. Teman Syaza shopping. Kalau lelaki, Syaza nak suruh dia teman Syaza pergi stadium, tengok bola". Ujar Syaza dengan teruja meskipun ada lebih kurang lima bulan lagi sebelum anak saudara pertamanya itu dilahirkan. Jauh benar pandangan Syaza.
"Belum keluar lagi budak ni, Syaza". Seroja tergelak kecil. Setelah mengenal Syaza dengan lebih rapat, baginya, gadis ini sangat ceria dan mudah untuk bergaul.
"Entahnya. Sibuk nak bawa anak orang keluar. Awak tu kahwin tak nak". Lais berseloroh. Mana tidaknya, umur Syaza makin meningkat. Kahwinnya tak nak. Katanya masih kecewa dengan Danish.
Ceh.
Dasar Danish!
"Diam la abang". Tak pasal-pasal Lais terkena jelingan Syaza.
"Syaza! Siapa-". Suara milik wanita yang sedang berjalan ke pintu hadapan itu terhenti apabila dia mendongak. Di hadapannya berdiri dua insan yang sangat dia rindui.
Lais Idraqi; anak tiri lelakinya.
Cahaya Seroja; satu-satunya menantu keluarga tersebut."Ya Allah, Lais... Seroja...". Dengan serta-merta Puan Azura menjatuhkan kain pengelap tangan yang dipegang lalu berlari anak untuk menyapa kedua manusia tersebut.
YOU ARE READING
CAHAYA SEROJA ||©
عاطفيةCahaya Seroja Lais Idraqi One of the most gorgeous love story I have ever written. Hidup Seroja gelap gelita apabila dia diceraikan oleh suami tercinta yang berjanji untuk setia hingga hujung nyawa. Kenapa? Kenapa sampai bercerai? Adakah kerana kead...