"APA yang ramai sangat orang ni, Cahaya Seroja oi?". Dah berapa kali Iman mengeluh tatkala mereka berdua sedang beratur dalam satu barisan yang amat panjang. Cop cop, sebenarnya tak ada la panjang mana. Cuma tadi mereka menunggu sambil duduk, sekarang sambil berdiri pula. Iman seorang lah kerana Seroja sentiasa sahaja duduk.
"Mesti lah ramai. Kami nak tengok penulis misteri handsome bergaya kami tu. Kau apa tahu?". Haih, rasa berbunga-bunga pula hati Seroja dibuatnya. Tak sabar dia nak bergambar dengan penulis kegemarannya itu nanti. Tiga tahun kut dia tunggu untuk menikmati momen ini!
"Mana kau tahu dia handsome? Bukan dia tak pernah tunjuk muka ke?". Pelik juga Iman dengan Seroja ini. Tadi cakap misteri lepastu cakap kacak pula. Mana dia tahu kacak kalau orangnya misteri, kan? Setahu Iman, sang penulis tidak pernah memaparkan wajahnya pada sesiapa sekalipun.
"I just know it". Balas Seroja dengan penuh bangga. Buku-buku hasil nukilan sang penulis dipeluk rapat ke dada. Seroja mempunyai empat daripada lima koleksi penulisan sang penulis yang lebih mesra dipanggil dengan nama penanya iaitu Sang Tinta Hitam atau singkatannya STH. Ingatkan hari ini Seroja nak cukupkan lima tapi tadi apabila wanita itu mahu membeli buku yang kelima, dia dimaklumkan bahawa buku tersebut sudah kehabisan stok. Kena tunggu esok atau beli sahaja secara atas talian.
"Parah dah kau ni. Angau dengan penulis misteri tu. Dia bukan kenal kau pun". Iman seakan menyedarkan Seroja ke dunia sebenar. Betul juga kan? Mana mungkin penulis misteri itu sedar akan kewujudan seorang Cahaya Seroja. Seroja sahaja yang sangat meminati Sang Tinta Hitam.
"Ish! Kasi lah chance aku delulu sikit!". Seroja menepuk tangan kiri Iman yang diletakkan di atas pemegang kerusi rodanya.
"Suka hati kau la, Seroja".
"Hati aku memang suka. Lagi-lagi bila nak jumpa bakal-". Kata-kata Seroja terhenti tatkala ada seorang kanak-kanak lelaki yang berumur dalam lingkungan tujuh tahun bertindak menarik selimut nipis yang menyelimuti kaki kaku milik Seroja.
"Hei!". Iman cuba untuk memanggil kanak-kanak itu namun si kanak-kanak terlebih dahulu mencampak selimut nipis milik Seroja yang diambilnya tadi ke atas lantai jauh daripada tempat Iman dan Seroja berada. Kanak-kanak tersebut kemudiannya berlari ke belakang ibunya yang terlihat sedang beratur juga di barisan yang sama.
"Hei, pergi ambil balik!". Iman mengarahkan kanak-kanak itu. Sangkanya akan diikuti namun Iman diejek pula olehnya. Lidahnya dijelir dan tangannya menunjukkan isyarat-isyarat yang tak sepatutnya.
"Kurang aj-"
"Iman, dah lah. Budak je tu. Biar lah dia". Seroja yang malas nak buat kecoh cuba untuk menenangkan Iman yang sememangnya cepat naik angin.
"Biar apa biar? Orang dah pijak-pijak selimut kau tu, Seroja. Kaki kau ni ha, mana boleh tahan sejuk. Kau tunggu budak, dapat dekat aku, memang aku pulas telinga dia". Ujar Iman lagi dengan suara yang betul-betul tidak puas hati.
Dikala Iman sibuk membebel, suasana yang agak bising tadi berubah menjadi senyap sunyi. Tiada lagi suara manusia. Seolah-olah mereka sedang fokus terhadap suatu perkara sahaja.
"Dah apahal senyap sangat ni? Tadi bising sangat". Terlepas kata-kata itu daripada mulut Iman dengan berbakikan kegeraman terhadap si budak tadi yang masih ada.
Angkat sahaja wajah mereka berdua, sang penulis misteri sudah berada di hadapan. Berpakaian serba hitam, bahagian mulut dan hidungnya ditutup sepenuhnya dengan penutup mulut dan hidung berwarna hitam manakala matanya pula dipakaikan dengan kaca mata yang juga berwarna hitam.
Terus terdiam Iman dibuatnya. Seroja yang sudah sedia ada diam itu makin diam apabila penulis kegemaran sudah berada betul-betul di hadapannya.
"Apa jadi?". STH bertanya kepada Iman.
YOU ARE READING
CAHAYA SEROJA ||©
RomantizmCahaya Seroja Lais Idraqi One of the most gorgeous love story I have ever written. Hidup Seroja gelap gelita apabila dia diceraikan oleh suami tercinta yang berjanji untuk setia hingga hujung nyawa. Kenapa? Kenapa sampai bercerai? Adakah kerana kead...