AGAK lama waktu yang diambil Seroja untuk mengubati luka di hatinya. Lama waktu yang diambil Seroja untuk mengumpulkan segala semangatnya untuk bertemu mata ke mata bersama mama, papa dan keluarga kecil kedua milik papanya.
Namun, waktu itu terhenti di sini....
...setelah beberapa minggu semenjak kejadian dia mengetahui perkara sebenar melalui surat dan pendrive yang diberikan oleh Aunty Annie. Beberapa minggu juga Seroja menyimpan rahsia yang melibatkan si suami. Berat. Namun dia berhajat untuk memberitahu Lais segalanya selepas sahaja masalahnya sendiri selesai.
Kini, Seroja, Lais, Encik Murshid, Puan Suhaila, Aunty Annie dan anak lelaki kepada keluarga kecil itu yang bernama Sufi sedang duduk bersama di sebuah meja di bilik VIP yang disewa di sebuah restoran. Bilik berprivasi ekstra dan tertutup. Semuanya Lais yang uruskan.
Namun, masih ada dua tempat duduk kosong bersama sebuah kerusi bayi yang diletakkan di sekeliling meja bulat itu.
"Seroja sihat? Lama mama tak tanya khabar Seroja. Mama dengar haritu Seroja pergi bercuti ke Terengganu. Macam ma-".
"Seroja sihat. Kedai macam mana?". Seroja menjawab soalan pertama Puan Suhaila dan terus mengajukan soalannya sendiri.
Puan Suhaila hanya menayangkan senyuman tipis. Dia bersyukur Seroja masih mahu bertutur kata dengannya walaupun tidak semesra dulu. Tidak mengapa, dia faham. Pasti wanita itu masih terasa hati dengannya sekeluarga.
"Ke-".
Baru sahaja Puan Suhaila ingin menjawab, ada suara lain yang memotong.
"Kedai okay, Seroja. Aunty Annie yang tolong jagakan sepanjang Seroja tiada. Aunty Annie ada belajar mengukir sikit-sikit daripada mama Seroja". Wanita yang duduk di sebelah kiri Encik Murshid bersuara.
Kepala Seroja ditolehkan ke arahnya.
"Siapa suruh aunty jaga kedai Seroja? Itu kedai Seroja. Seroja tak ada turunkan arahan pun untuk orang lain jaga selain mama". Seroja bersuara tegas membuatkan senyuman Aunty Annie memudar. Dia sudah dipesan untuk tidak terlalu menaruh harapan tinggi untuk bermesra dengan Seroja kerana ianya tidak akan berlaku. Namun, dia degil. Tetap juga tersenyum manis. Maka, hilanglah senyuman itu tatkala mendengar bait bicara Seroja.
"Mama demam baru-baru ni, Seroja. Mama yang suruh". Puan Suhaila kembali bersuara membela madunya.
"You're okay with this, mama?". Suara Seroja kembali melembut tatkala bercakap dengan ibu kandungnya. Dia tak mahu meninggi suara dengan Puan Suhaila. Nanti tak boleh masuk syurga!
Namun, Seroja masih pelik.
Macam mana Puan Suhaila boleh baik-baik saja dengan keadaan keluarga mereka tatkala ini? Bagaimana Puan Suhaila boleh baik-baik saja dengan papa yang sudah menduakannya?
Puan Suhaila terdiam.
Seroja memincit batang hidungnya sebelum pandangannya beralih pada Encik Murshid.
"Forget it. Berapa lama dah papa kahwin dengan Aunty Annie?". Soalan seterusnya terpacul keluar daripada mulut Seroja apabila soalan pertama tidak dijawab oleh Puan Suhaila. Ingin benar dia mengetahui usia perkahwinan papanya bersama si isteri kedua.
Encik Murshid kelihatan seperti sedang berada dalam keadaan serba salah untuk menjawab.
"Kenapa papa tak nak jawab? Seroja tanya baik-baik. Bukannya Seroja ajak bergaduh". Dia pun tak gila lagi nak bergaduh di sini. Di restoran orang. Malu direkod CCTV.
"Seroja. Saya rasa-". Suara lain berbunyi untuk memberikan cadangan namun dengan serta-merta disenyapkan dengan tatapan tajam daripada Seroja.
"Saya tak tanya awak, Sufi. Belum sampai pun giliran awak untuk bercakap. Bagi saya bercakap dengan papa saya dahulu". Seroja memberi amaran. Suaranya langsung tidak kedengaran tegas namun tetap sahaja menyeramkan! Perempuan kalau marah memang macam gini ke?
YOU ARE READING
CAHAYA SEROJA ||©
RomanceCahaya Seroja Lais Idraqi One of the most gorgeous love story I have ever written. Hidup Seroja gelap gelita apabila dia diceraikan oleh suami tercinta yang berjanji untuk setia hingga hujung nyawa. Kenapa? Kenapa sampai bercerai? Adakah kerana kead...