27- "Alright, baby..."

273 16 4
                                    

HARI ini Lais tidak sesibuk hari yang lain. Dia hanya perlu membaca dan menghafal beberapa kes yang perlu diuruskan olehnya nanti. Ada lebih kurang dua atau tiga fail di atas meja kerjanya yang mewakili setiap satu daripada kes syariah yang perlu dia selesaikan.

Daripada masuk bekerja pagi tadi, sampai sekarang, tak berhenti Lais membaca. Lais orangnya memang sebegini. Jika sudah memulakan sesuatu kerja, memang sukar untuk dia berhenti.

Apabila bunyi ketukan di pintunya kedengaran, baru lah Lais mengalih pandang. Matanya daripada merenung fail dibawa ke arah pintu bilik.

Ada seorang perempuan yang juga merupakan rakan sepejabat Lais yang berdiri di situ.

"Lais, ada panggilan untuk kau". Kata wanita itu seraya kepalanya berpaling ke belakang buat sedetik; ke arah meja di luar bilik Lais yang terletaknya sebuah telefon pejabat.

"Panggilan untuk saya? Siapa? Kenapa dia telefon pakai nombor utama office?". Soal Lais kepelikan. Biasanya kalau ada yang mahu menggunakan perkhidmatan guamannya, pasti individu tersebut akan menelefon nombor business nya. Jarang lah orang akan menelefonnya melalui nombor telefon utama syarikat guaman itu.

"Aku pun tak tahu. Tapi suara perempuan".

Lais mengangguk lalu bangun daripada kerusinya.

"Okay, terima kasih". Lais tersenyum segaris ke arah Ina sebelum wanita itu mengangguk dan berlalu pergi.

Lais lalu berjalan keluar daripada biliknya dan berhenti di hadapan meja, tempat letaknya telefon tersebut. Tangannya lalu mencapai telefon yang tergeletak di atas meja tanda gagangnya masih belum diletak itu.

"Hello. Assalamualaikum. Lais Idraqi daripada Construct Truth Legal Firm bercakap. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?". Lais memulakan bicara sesaat selepas dia mendekatkan telefon tersebut ke telinganya.

"Waalaikumussalam, Lais...". Makin bekerut dahi Lais apabila dia secara automatiknya mengecam pemilik suara itu.

"Seroja? Kenapa ni?". Terus risau Lais dibuatnya. Tidak pernah-pernah Seroja membuat panggilan terus ke syarikat guamnya. Kenapa hari ini tiba-tiba sahaja?

"Maaf saya telefon nombor ni. Saya cuba telefon awak tapi awak tak angkat".

Lais mengusap wajahnya sendiri. Isterinya ada telefon tadi? Ya Allah, sungguh dia tak perasan kerana telefonnya diletakkan di mod senyap. Memang sudah menjadi rutin Lais ketika bekerja untuk seratus peratus mengetepikan telefon peribadinya.

"Tak apa, tak apa. Saya yang patut minta maaf. Saya tak perasan awak telefon tadi. Kenapa ni, Seroja? Awak sakit ke?". Makin menjadi-jadi kerisauan Lais terhadap si isteri. Sudah lah wanita itu sedang duduk bersendirian di rumah. Tidak pergi ke kedai hari ini kerana katanya dia tidak sihat badan.

Berat juga hati Lais tatkala dia ingin pergi bekerja tadi namun tup tup boleh pula dia pergi silent kan telefonnya.

Sumpah, dia terlupa!

"Tadi saya terjatuh daripada kerusi roda. Saya ingat biasa saja tapi lepas tu kaki saya sakit. Berdenyut-denyut. Saya dah telefon mama, papa, Iman tapi semua tak angkat".

Lais mulai gelisah. Dia sudah agak. Pasti ada yang tidak kena dengan Seroja.

"Astaghfirullahalazim. Tak apa, saya balik sekarang". Terpaksa la Lais mengambil cuti separuh hari. Kerjanya memang penting tetapi keselamatan dan kesihatan Seroja lebih penting daripada segalanya.

He didn't want to just sit down and continue working while his wife was suffering alone at home.
He did a big mistake once by silencing his phone.
Not anymore. Never again.

CAHAYA SEROJA ||©Where stories live. Discover now