36- Surat, Rakaman & Kebenaran

260 17 6
                                    

SEROJA toleh ke sebelah dan dia melihat suaminya sedang ralit melihat sesuatu di skrin sebuah iPad. Sesekali jejari Lais menari di atas skrin itu. Seroja jenguk ke arah si iPad dan terlihat lah skrin tersebut dipenuhi dengan perkataan. Banyak perkataan yang Seroja langsung tak faham.

Lais perasan akan renungan si isteri. Dia berpaling ke tepi dan berkata,

"One of the documents I have to read for work. Are you curious, wifey?". Sambil berkata, sambil Lais menarik badan Seroja secara lembut menggunakan sebelah daripada tangannya agar si isteri berbaring semakin mendekat dengannya.

"Banyak lagi ke awak nak kena baca?". Seroja bertanya. Kedua tangannya naik memeluk pinggang Lais.

"Quite a bit more. Kenapa?".

Seroja melepaskan keluhannya sekali sebelum dia memberikan respon kepada soalan suaminya...

"Perempuan yang kita nampak dengan papa saya siang tadi ialah perempuan yang sama yang datang kepada saya dua hari yang lepas. Perempuan yang sama yang bagi dekat saya sampul surat yang sampai sekarang saya tak buka tu. And since I saw her today with my dad, I got curious about the envelope. Boleh awak teman saya buka sampul surat tu?". Seroja menyusun katanya untuk meminta si suami menemaninya melakukan hal itu. Harus berteman andai kata 'sesuatu' yang terkandung di dalam sampul surat tersebut terlalu menyayat hati buat Seroja lalui seorang diri.

"Sampul tu ada dekat mana?". Lantas Lais mematikan iPadnya dan meletakkan peranti itu ke meja lampu di samping katil.

"Ada dekat bilik bacaan saya".

"Alright. Let's go. Tapi awak okay pakai macam ni? Tak sejuk?". Lais mengalih pandang ke arah badan Seroja yang hanya tersarung dengan baju tidur labuh bermaterial cotton itu. Biasanya Seroja akan melapisi baju tidur tersebut dengan sehelai cardigan.

"Sejuk sikit". Walaupun bilik mereka ini memang tidak pernah dipasang penghawa dingin di malam hari, kipas pun hanya dibuka di takat nombor 3 sahaja, Seroja tetap sentiasa berasa sejuk.

"Tunggu sekejap. Saya ambil cardigan awak". Lais turun daripada katil lalu pergi mengambil cardigan berwarna coklat milik Seroja yang ada tergantung di dalam almari pakaian mereka.

Lais kembali semula ke katil dengan membawa pakaian yang diambilnya tadi.

"Depa tangan, Puan Seroja". Lais berseloroh dengan nama panggilan itu. Namun, Seroja ikutkan sahaja arahan Lais kerana sudah terbiasa. Jika Lais mahu memakaikannya cardigan ini, pasti bentuk arahan yang sama akan diberikan.

"Dah banyak kali saya cakap saya boleh pakai sendiri. Yang tak boleh bergerak tu kaki saya. Bukan tangan". Seroja berkata tatkala Lais sedang menyarungkan lengannya dengan lengan cardigan itu.

"Dah banyak kali juga saya cakap yang saya tahu awak boleh buat sendiri tapi saya nak buatkan untuk awak juga. Apa salahnya kan? Tiada tertulis dalam undang-undang pun bahawa seorang suami tidak boleh memakaikan isterinya mana-mana jenis pakaian sekalipun". Ujar Lais seraya mengemaskan secebis pakaian tersebut dan membutangnya penuh daripada atas hingga ke bawah.

"Selalu guna your special ability untuk lawan saya. Mana adil kalau macam tu". Seroja protes. Iya la, setiap kali mereka bergaduh mulut (manja-manja) saja, mesti Lais akan bercakap seperti dia sedang berada di dalam mahkamah.

"What special ability? Being a lawyer?". Lais tertawa dan Seroja mengangguk.

"Itu bukan special ability. Itu rezeki yang sudah lama tertulis untuk saya". Lais berkata seraya berdiri sisi katil dan seperti biasanya, membuka selimut yang menutupi kaki Seroja dan meletakkan tangannya di posisi yang membolehkan dia untuk mengangkat wanita tersebut.

CAHAYA SEROJA ||©Where stories live. Discover now